doPDF5.3 free PDF converter

Sebelum ini aku memang menggunakan Adobe Acrobat (i.e. Acrobat Pro bukan Acrobat Reader tau!) untuk menukarkan fail² ke format PDF, tapi tu kat rumah la. Masalahnya terjadi bila berada di tempat kerja cam sekarang ni, bukan sebarang software boleh di installkan pada komputer dek polisi syarikat yang strict. Jadi apa lagi terpaksa la aku mencari alternatif murah atau percuma untuk memudahkan kerja aku. Untuk pengetahuan semua banyak kelebihan menggunakan fail yang telah ditukarkan kepada format PDF. Why PDF?

Jalan-jalan dalam dunia maya ni akhirnya aku pun terjumpalah solution murah dan percuma yang aku inginkan tu, iaitu software doPDF v5.3. Ape yang bagusnya software ni, ianya satu²nya versi percuma untuk menukarkan fail kepada format PDF. Walaupunnya hanya mempunyai fungsi asas untuk menukarkan fail seperti Microsoft Word/Excel/Power Point dan lain² kepada format PDF tapi bagiku tu dah kira syukur sangat² daripada tiada langsung. Jika pembaca² berminat untuk menggunakan software ini, sila lah download dan install pada komputer anda doPDF v5.3.





Dah install? Dah! Ok, untuk menggunakan software ini senang saje, klik menu "print" pada dokumen yang ingin ditukarkan format. Sila lihat gambar diatas, kemudian satu tetingkap untuk "save" kan fail anda ke format PDF akan muncul. Anda hanya perlu "save" kan, boleh je kalu nak tukar nama fail sebelum "save". Itu saja! Dah jadi! hehe.. senang bukan?


Note: Bagi sesiapa yang pernah menggunakan Acrobat Pro, konsepnya sama saje di mana akan muncul satu "virtual printer" pada setting komputer anda. Sebarang kemusykilan boleh rujuk web asal F.A.Q doPDF ataupun utarakan padaku, insyaAllaah aku kan menolong sekadar termampu..

0 comments:

Post a Comment