Mini Fest Kelantan 2007, alangkah best kalau negeriku pun menganjurkannya..

Baru² ni kerajaan negeri Kelantan Darul Naim telah mengajurkan satu Mini Fest, banyak acara² yang menarik telah diadakan dan antara yang diperkatakan ialah kejayaan kerajaan negeri menganjurkan forum filem Majid Majidi. Selain tayangan perdana filem² terbaik arahan Majid Majidi, festival ini juga telah mengadakan dialog 'Sinema Majid Majidi: Moral dan Kemanusiaan' [1] yang mana antara ahli panelnya adalah Profesor Dr Hatta Azad Khan dari UiTM serta pelakon Maya Karin. Apa yang aku ingin ulas ialah mengenai tayangan filem ‘Children of Heaven’ yang sehingga kini aku masih ingat jalan ceritanya walaupun aku sudah lama menontonnya beberapa tahun yang lalu. Cerita yang benar² membuat aku tersentuh, dan begitu jugalah dengan Tuan Guru Nik Abd Aziz bilamana menonton filem ini.

“Saya bukan orang yang suka menonton filem. Tapi malam ini saya menonton ‘Children of Heaven’ daripada awal hingga akhir, ekoran penulis skrip filem ini berjaya mengheret masyarakat menyelami nilai moral dan kemanusian. Filem ini boleh membuatkan sesiapa menontonnya menitis air mata.”
Demikian luahan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas selesai menonton filem ini.[2]

Filem² arahan Majid Majidi memang sesuai ditonton oleh semua golongan, mesej yang ingin disampaikan menjangkau sempadan kerana filemnya menekankan aspek kemanusiaan dan bukannya seperti filem² kebaratan yang majoriti memaparkan kisah keegoan manusia dan kecelaruan budaya barat yang menyimpang dari cahaya kebenaran. Di postku kali ini, aku memasukkan sekali filem ini untuk tontonan bagi mereka² yang ingin menghayati mesej yang ingin disampaikan pengarah terkenal Iran ini. Moga² filem seperti ini dapat memberikan kita rasa keinsafan diatas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.

Children of Heaven ( Iran ) - Part I


Children of Heaven ( Iran ) - Part II




0 comments:

Post a Comment