Cara-cara untuk Memupuk Ukhuwah Fillah

1. Hendaklah seseorang memberitahu temannya bahawa dia kasih kepadanya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Jika seseorang kasih kepada seseorang; maka hendaklah dia memberitahu temannya."(HR Abu Daud)

2. Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Setiap hamba yg muslim yang mendoakan saudaranya seIslam tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata "Engkau juga akan mendapat seumpamanya"(HR Muslim)

3. Hendaklah sentiasa bermanis muka ketika berjumpa saudaranya.

"Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun; sekalipun dgn berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria"(Hr Muslim)

4. Bila berjumpa dengan temanmu maka segerelah bersalam dengannya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Setiap dua org Islam yangg berjumpa serta bersalaman pasti akan diampun dosa keduanya sebelum mereka berpisah.(HR Abu Daud)

5. Sesekali menziarahinya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu menziarahi sesekali; nescaya akan menambah kasih sayang diantara kamu."

6. Memberi hadiah

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu saling memberi hadiah; nescaya kamu akan berkasih sayang."(HR Thabrani)

7. Membantu sahabat²nya fiLLAH.

Nabi berpesan: "Org yg berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik drpd orang yang beriktikaf selama 2 bulan."(HR Hakim)


Rujukan: al-Ukhuwah Islamiah oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan.
Credit to: SalmanMaskuri

0 comments:

Post a Comment