Minta TV3 haramkan Anak Pontianak

EMAIL saya bukan untuk menjaga tepi kain orang atau pun mengaibkan orang lain. Cuma mohon supaya tindakan yang sepatutnya dapat diambil oleh siaran TV sebelum ia akan menjadi satu virus atau kanser yang akan berjangkit lebih parah ke atas masyarakat Malaysia pada masa kini dan akan datang.

Sudah menjadi kebiasaan atau satu trend semasa mana beberapa artis baru atau muda yang masih baru mencari tapak untuk popular sudah mengambil langkah berani sama ada secara sengaja atau tidak menjatuhkan diri dalam kontroversi.

Sebelum ada artis realiti TV swasta yang terjerat dengan gambar bogel (kononnya super impose katanya), pihak stesen TV mohon dia berhenti daripada rancangan TV tetapi entah bagaimana nasib dia baik sebab selepas itu dia glamer terus dapat kerja jadi DJ di syarikat radio swasta tak berapa famous sangat.

Baru-baru ini terdpt pula konsert live mana bekas penyanyi kumpulan nasyid bertukar menjadi penyanyi rock membuka baju sambil terdapat lambang Superman di dada.

Konsert tersebut live kat TV dan kemungkinan ribuan orang yang tengok, tetapi mungkin dah terlalu seronok menyanyi dan ingin membuat gimik seperti artis mat salleh kat luar negara sanggup melakukan sesuatu di luar jangkaan yang boleh dilihat ribuan orang yang pergi konsert atau yang tengok kat rumah.

Disebabkan benda tersebut mungkin lepas ini orang akan sentiasa kenal dia, ia lah benda yang buruk tu sekejap jer orang ingat tetapi lepas ni lupalah sebab janji mereka famous.

Yang lain pula, tersebar lak gambar seorang dj lelaki yang tak famous macam Kiran, AC atau Jimmy di stesen radio terkenal sedang berpelukkan mesra dengan teman lelaki sambil mengambil gambar. Adakan tersebar gambar tersebut melalui email dan menjadi bahan cerita media, DJ lelaki yang sebelum ni orang tak pernah langsung akan menjadi terkenal lepas ni.

Akhir sekali, pelakon utama anak pontianak yang gambar bogelnya tersiar dan tersebar di email. Sabtu lepas saya ada terbaca di sebuah akhbar menyatakan bahawa dia dengan perasaan lega dan tidak bimbang bahawa gambar bogel tersebut adalah super impose.

Mulanya saya tak berapa kisah sangat pasal cerita tersebut sebab saya pun bukan suka sangat tengok cerita tu, tetapi entah bagaimana pulak semalam terdapat forwarded mail daripadakawan-kawan tentang gambar-gambar tersebut.

Ada 7 keping semuanya, dan 5 keping adalah gambar aksi depan kamera dengan boyfriend (yang dia mengaku tak kenal mamat tersebut). Pelakon ni sebelum ni orang tak pernah kenal sebab dia berlakon mcm kayu (mengikut majoriti kawan-kawan saya) dalam cerita tersebut tak pasal orang dah kenal nama dia.

Adakah ini salah satu cara dia untuk terkenal dengan cipta kontroversi, keluar surat khabar, lepas tu orang pun dah tahu dah nama dia dan juga bentuk bdn dia. FYI, buat superimpose tak senang, kalau satu keping boleh lagi tetapi kalau dah 7 keping dari jarak dekat, konsisten dari segi lighting, bayang dan posing. Wallahulam masing-masing buat judgement sendiri.

Kalau kita tengok trend ni balik, tak ubah seperti artis-artis famous hollywood yang kene posing bogel dahulu sebelum jadi terkenal spt Cameron Diaz, Vanessa William dan etc. Yang terbaru ialah Venessa Hudgen heroin film muzikal kegilaan budak-budak sekolah kat KL “High School Musical”.

Kita tak mahu budaya ni menular. Lepas ni artis mana pulak yang inginkan kontroversi atau gambar anak sapa pulak yang berbogel lepas tu dapat di tengok oleh orang ramai yang ade email. Mungkin yang lihat tu kawan-kawan mak bapak dia atau sedara mara dia sendiri.

Takkan setiap kali gambar bogel artis, dengan mudah dapat publisiti murahan dan terus terkenal. Disebabkan hari ni hari Khamis, drama anak pontianak akan tayang di tv3 malam ni.

Saya amat berharap kepada sahabat SIM yang berkerja di TV3 dapat diberhentikan sementara rancangan drama tersebut. Selagi perkara super impose ni tak selesai, makin menyampah pulak tgk muka dia kat TV3 serta ingatan posing ghairah dalam gambar yang saya dapat.

Akhir sekali, ia diharap dapat menjadi pengajaran kepada artis-artis kat Malaysia, tolonglah jgn buat kontroversi dengan papar gambar bogel atau gambar berzina ke dan Syarikat TV kene tegas mana2 artis yang ada masalah kesopanan supaya menjadi budaya negara kita bahawa tak kira artis kita tetap berpegang pada konsep kesopanan dan kesusilaan.

Wasalam..

Norhisham Abu Bakar


Sumber: mSTAR Online

0 comments:

Post a Comment