Bersama Membangun Bersama Islam dalam PRU ke 12!

Assalamualaikum Warahmatullah hi Wabarakatuh kepada semua pembaca blog² ni, moga semuanya dalam limpahan rahmat dari-NYA sentiasa.. Amin.

Sempena mood PRU ke 12 ni, insyaAllaah blog ini akan di'update'kan dengan post² yang berkaitan PRU dan semestinya info² dari pihak Parti Islam yang kita dukungi iaitu PAS. Memandangkan banyak portal pihak² kita yang terkena demam akibat overload dalam menampung pengunjung² yang ramai dan pelbagai helah yang mungkin digunakan oleh cybertroopers anak penjajah untuk melemahkan saluran di pihak kita, maka serba sedikit diharap blogku ini menjadi saluran alternatif sekiranya kejadian tersebut berulang. Post² akanku kutip dari pelbagai sumber untuk dimuatkan kedalam blog ini, insyaAllaah.

Kepada semua pemuda pemudi, marilah sama² kita memberikan sokongan yang tak berbelah bagi kepada Tuan Guru², Ulamak², dan professional² dan semua pemimpin² dalam pakatan barisan alternatif. Sama² kita jadikan PRU ke 12 ini sebagai jihad kita menegakkan daulah Islamiah di negeri dan negara kita yang tercinta ini. Dengan Islam sahajalah kita akan maju didunia dan akhirat.... akhir kata sama² kita hayati amanat 2 Tuan Guru yang kita kasihi dalam PRU kali ini... Marilah kita bersama alim ulamak! Lawan tetap lawan, membangun pasti hanya dengan Islam! Takbir!!! 3x


Sidang media khas bersama presiden Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selepas pengumuman parlimen



Sidang media khas Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz selepas pengumuman pembubaran Parlimen

0 comments:

Post a Comment