Hamba dan Perhambaan Masa Kini

“Islam meminta supaya manusia menuju kepada satu tujuan sahaja iaitu ikhlas dalam menghambakan diri kepada Allah, jangan menyembah manusia lagi”. (Syed Qutb, Petunjuk Sepanjang Jalan, h. 65).

Perkataan al-‘Ibadah sering disempitkan maknanya. Ibadah sering dimaksudkan sebagai amalan keagamaan yang dilakukan di dalam masjid pada waktu-waktu tertentu. Setelah itu, manusia merasa bebas dan merdeka untuk melakukan apa sahaja aktiviti yang dikehendaki. Ibadah juga bukanlah sekadar gerak hati untuk berniat baik. Tanpa merasa perlu melakukan aktiviti wajib yang lainnya.

Ibadah sebenarnya berasal dari perkataan ‘abada (beribadah, menyembah, mengabdi). Manakala perkataan ‘abuda bererti menjadi hamba sahaya.

Seseorang yang beribadah bererti menjadikan dirinya hamba sahaya hanya untuk menyembah atau mengabdikan diri kepada tuannya. Dengan maksud yang sedemikian rupa siapakah yang disebut hamba? Dan aktiviti apakah yang menjerumuskan seseorang kepada perhambaan?


Image

Pengabdian diri kepada Allah subhanahu wa ta'ala perlu dilatih dari kecil lagi.


Perhambaan Manusia

Kerajaan Parsi sebelum kedatangan Islam, diperintah oleh keluarga Sasanit yang berkuasa secara turun temurun. Mereka merasa lebih tinggi kedudukannya dari manusia biasa. Bahkan mereka menganggap diri mereka sebagai keturunan dewa (tuhan). Seluruh harta kekayaan negara menjadi milik raja-raja dan digunakan sewenang-wenangnya untuk berpesta melampaui batas kesenangan dan kemewahan. (Abu Hassan al-Hassan an-Nadwi, Sirah an-Nabawiyyah, 1989).

Ketika utusan kaum muslimin, Raba'I bin Amir, Huzaifah bin Muhsin dan Mughirah bin Syu’bah berdiri di hadapan Rustum, panglima perang Parsi ,mereka berkata, “Allah mengutus kami untuk mengeluarkan manusia dari penyembahan (perhambaan) terhadap sesama manusia, kepada penyembahan terhadap Tuhan manusia…”. (Syed Qutb, Petunjuk Sepanjang Jalan).

Aktiviti perhambaan sesama manusia mungkin berlaku apabila aktiviti yang dilakukan untuk memuliakan, mengagungkan, membela, menyerahkan jiwa raga kepada seseorang, sehingga melampaui batas kemanusiaan. Walaupun dia rela berdiri sebagai hamba. Keadaan ini berlaku antara lain sebagaimana yang dilakukan oleh para pengikut orang suci Dalai Lama di Tibet, Dewa Matahari di Jepun dan Raja Bhumipol di Thailand. Keadaan ini juga boleh berlaku jika seseorang peminat fanatik terhadap seorang bintang filem, penyanyi, negarawan dan ahli politik. Pada hakikatnya mereka telah diperhambakan. Perhambaan manusia atas manusia.

Perhambaan Ideologi

Ketika mendengar seruan dakwah Rasulullah s.a.w, Adi bin Hatim, pemuka suku Tha’I segera melarikan diri ke Syam. Maka Rasulullah s.a.w menawan saudara perempuannya dan beberapa orang dari kaumnya.

Atas hidayah Allah S.W.T saudara perempuan Adi telah memeluk Islam. Kemudian dia menemui Adi bin Hatim dan menganjurkannya pergi ke Madinah untuk menemui Rasulullah s.a.w. memenuhi anjuran saudaranya itu, Adi bin Hatim berangkat ke Madinah untuk menemui Rasulullah s.a.w. Di lehernya bergantungan kalung salib sebagai lambang kenasraniannya. Melihat kedatangan Adi dengan kalung di lehernya, Rasulullah s.a.w kemudian membaca surah at-Tawbah ayat 31.

“mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai Rabb (tuhan) selian Allah dan (juga mereka menjadikan tuhan) al-Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Ilah yang Maha Esa, tidak ada Ilah kecuali Dia, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan”.

Mendengar bacaan Rasulullah s.a.w Adi bin Hatim memprotes, “Kami tidak menyembah orang alim kami”. Rasulullah s.a.w menjawab, “para rahib itu mengharamkan ke atas kaumnya apa yang halal dan menghalalkan apa yang haram, kemudian diikuti oleh mereka. Maka itu bererti pengabdian (penyembahan). Dengan jawapan itu, Adi kemudian telah memeluk Islam. (terjemahan ringkas, Ibn Kathir, Jilid IV).

Ajaran para rahib Nasrani antara lain mengatakan bahawa Isa al-Masih adalah Ilah (tuhan) yang harus disembah (ajaran Saint Paul), menghalalkan daging babi yang diharamkan Allah S.W.T dan mengharamkan ibadah nikah yang telah dihalalkanNya. Bila ajaran ini diikuti, maka perbuatan mengikuti itu merupakan sebuah bentuk pengibadatan kepada ajaran Nasrani (yang telah diselewengkan) sekaligus sebuah bentuk penyembahan terhadap penditanya.

Perhambaan Kepada Material

Al-Ahnaf bin Qays melihat seseorang memegang wang dirham, lalu bertanya, “Milik siapakah wang itu?”.

“Milikku,” jawab orang itu.
“Wang itu menjadi milikmu jika anda belanjakan untuk sesuatu yang akan mendatangkan pahala atau menimbulkan rasa syukur”.

Kemudian al-Ahnaf membaca sebuah syair, “Anda dimiliki oleh harta jika anda tahan (tidak gunakan). Sebaliknya, jika harta itu anda sedekahkan atau belanjakan, maka harta itu benar-benar menjadi milik anda”. (Terjemahan ringkas, Ibn Kathir, Jilid 9).

Kebenaran syair yang dibaca oleh al-Ahnaf bin Qays itu dapat kita temui dalam kehidupan sehari-hari. Begitu ramai manusia yang bersusah payah, bekerja keras, membanting tulang, memerah keringat, hanya untuk mengumpul harta sebanyak-banyaknya. Bahkan kadang-kadang dengan berbagai cara haram yang dihalalkan. Menyodok kanan kiri, menekan yang dibawah, menjilat yang di atas, menendang yang didepan, menutupi apa yang ada di belakang. Padahal, dia sendiri tidak sempat untuk menikmati seluruh hasil usahanya itu.

Orang-orang yang terseret dalam dunia korupsi, monopoli, riba dan apa sahaja kerja yang sejenis itu, untuk menebalkan poketnya sendiri. Sesungguhnya dia telah menjadi hamba harta, hamba kekayaan, sebagaimana syair yang dibacakan oleh al-Ahnaf di atas. Rasulullah s.a.w telah mengecam orang-orang seperti itu dengan sabdanya antara lain bermaksud, “Celaka dan kecewa hamba wang dinar atau dirham, celaka hamba perhiasan, permaidani atau pakaian”. (HR Bukahri).

Perhambaan Kepada Jin

Pasa suatu malam, Kurdum bin Abi Sa’ib al-Ansari dalam perjalanan ke Mekah untuk menemui Rasulullah s.a.w. Beliau bermalam di rumah pengembala kambing. Ketika malam semakin larut, datang seekor serigala dan secepat kilat menyambar seekor kambing. Pengembala itu segera berseru, “Hai penjaga daerah lembah ini, ku harap perlindunganmu!”.

Tiba-tiba terdengar suara, “Hai Sarhan, lepaskanlah!”. Kemudian kambing yang disambar serigala itu lari kembali dan masuk ke dalam kandangnya. Tanpa terluka atau terganggu sedikitpun. (Terjemahan ringkas, Ibn Kathir, Jilid 8).




Dalam kisah di atas, pengembala kambing itu telah melakukan syirik. Dia meminta perlindugan daripada roh-roh penguasa wilayah itu. Ini termasuk perhambaan kepada roh atau jin. Allah S.W.T berfriman, “Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan”. (Surah al-Jin : 6).

Jika berkhemah di suatu tempat, biasanya seseorang membaca, “Aku berlindung dengan pemimpin Jin di tempat ini, jangan diganggu diriku dan anak-anakku, atau ternakan serta harta kekayaanku”. (Asudi, Ibn Kathir). Ini menyebabkan jin semakin bongkak. Dia makin berani melakukan kejahatan dan menakut-nakutkan manusia. Hingga sebahagian manusia rela memberikan persembahan-persembahan sesuai dengan permintaan jin. Manusia seperti ini telah masuk ke perangkap perhambaan kepada Jin.

Perhambaan Kepada Hawa Nafsu

Kebiasaan orang Arab Jahiliyyah adalah menyembah benda-benda yang disukainya. Boleh jadi, hari ini dia menyembah batu yang bentuknya indah. Namun bila dia menemui benda lain yang lebih menarik hatinya, maka batu itu ditinggalkan. Kemudian dia akan beralih menyembah benda baru yang lebih menarik itu. Begitulah seterusnya. (Tafsir Ibn Kathir). Tentang keadaan ini, Allah S.W.T berfirman, “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Ilah (tuhan)nya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya…”. (Surah al-Jathiyah : 23).

Nafsu menuntut untuk selalu dipenuhi dan dituruti. Ketika dirinya sendiri sudah tidak berkuasa untuk menolak, bahkan terus memburu kepuasan nafsunya, saat itulah sedar atau tidak dia telah menjadi hamba hawa nafsunya.

Munculnya perilaku homoseksual, hiperseks, lesbian dab sodomi merupakan fenomena manusia yang diperhambakan oleh nafsu seks. Akibatnya timbullah penyakit-penyakit mental, "sex maniac" dan sebagainya. Ada pula orang yang diperhambakan oleh nafsunya yang selalu menjadikannya gelisah dan gundah gulana. Maka larilah mereka mencari pil 'ectasy', ganja, morfin dan yang sejenis dengannya. Jadilah mereka hamba hawa nafsu yang mengabdikan diri kepada kepuasan nafsunya semata-mata.

Manusia Yang Merdeka

Allah S.W.T berfirman, “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Ku”. (Surah az-Zariyat : 56). Islam berpijak pada pengertian bahawa manusia adalah ‘abd, hamba atau pelayan Allah, hamba kepada Penciptanya, hamba kepada Maha Pemberi , Pemelihara, Penguasa mutlak dan Rabb semesta alam. Kemudian Allah S.W.T melantik manusia sebagai wakilNya di muka bumi.

Maka langkah yang lurus dari pemahaman ini adalah untuk menjadikan Allah S.W.T sebagai satu-satunya sembahan sedangkan manusia sebagai abdi (hambaNya). Adalah suatu yang amat keliru apabila manusia mengambil Tuhan selain Allah atau sembahan-sembahan selain Allah. Bahkan adalah tidak wajar bila manusia menjadikan dirinya sendiri sebagai tuhan selain Allah S.W.T.

Menjadikan hanya Allah S.W.T sebagai sembahan, adalah dengan mengerjakan segala yang diperintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mematuhi dan melaksanakan perintah Rasul, menghormati kedua orang tua, mentatati pemimpin yang beriman, menunaikan ibadah seharian, menolong sesama manusia, membela kehormatan diri dan agama, menuntut ilmu, semua itu adalah perintah Allah. Maka sebagai hamba yang baik, kita harus berusaha semaksima mungkin untuk melaksanakannya.

Demikian pula sebaliknya. Judi, zina, syirik, membunuh jiwa tanpa alasan syar’I, menindas, menuruti hawa nafsu, merupakan larangan-larangan Allah S.W.T. Maka sebagai hamba yang baik, kita harus berusaha semaksiman mungkin untuk meninggalkannya.

Ini sesungguhnya hakikat manusia yang merdeka. Mengembalikan perhambaan dirinya hanya kepada Allah S.W.T. Tidak menjadi hamba ideologi, tidak pula menjadi hamba manusia, harta benda, makhluk-makhluk halus, hawa nafsu atau yang lainnya.


Sumber: Dakwah-info Read more!

Mari kita main lipat² kertas buat Bintang Ninja (Shuriken) & Ros

Post kali ni aku nak ajak saing² main lipat kertas, bukan lipat sebarang lipat tapi lipat untuk membuat bintang Ninja (Shuriken). Hahah... puok² Naruto mesti suka nih, hehe. Cakap pasal lipat² kertas ni, dulu masa sebelum hardisk ku rosak banyak e-book mengenai Origami ni aku simpan, tapi semuanya dah tinggal sejarah. Entah kenapa arini aku boleh terigat balik kat Origami, mungkin sebab arini aku banyak sangat pegang kertas barangkali. Almaklumlah tengah² selsema ni kertas tisu je aku duk pegang. Maybe pasal tu la kot...hmm. Ok la, mari kita sama² cuba tra test orang Terengganu kata. Di bawah ni ade 2 bentuk Origami, satu cara lipat buat Shuriken dan satu lagi untuk buat bunga Ros. Kedua²nya aku ambil dari WikiHow.



Fold an Origami Star (Shuriken)



Fold a Paper Rose

Nak tau jugak hasil lipatan saing²... heheh Read more!

Mini Fest Kelantan 2007, alangkah best kalau negeriku pun menganjurkannya..

Baru² ni kerajaan negeri Kelantan Darul Naim telah mengajurkan satu Mini Fest, banyak acara² yang menarik telah diadakan dan antara yang diperkatakan ialah kejayaan kerajaan negeri menganjurkan forum filem Majid Majidi. Selain tayangan perdana filem² terbaik arahan Majid Majidi, festival ini juga telah mengadakan dialog 'Sinema Majid Majidi: Moral dan Kemanusiaan' [1] yang mana antara ahli panelnya adalah Profesor Dr Hatta Azad Khan dari UiTM serta pelakon Maya Karin. Apa yang aku ingin ulas ialah mengenai tayangan filem ‘Children of Heaven’ yang sehingga kini aku masih ingat jalan ceritanya walaupun aku sudah lama menontonnya beberapa tahun yang lalu. Cerita yang benar² membuat aku tersentuh, dan begitu jugalah dengan Tuan Guru Nik Abd Aziz bilamana menonton filem ini.

“Saya bukan orang yang suka menonton filem. Tapi malam ini saya menonton ‘Children of Heaven’ daripada awal hingga akhir, ekoran penulis skrip filem ini berjaya mengheret masyarakat menyelami nilai moral dan kemanusian. Filem ini boleh membuatkan sesiapa menontonnya menitis air mata.”
Demikian luahan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas selesai menonton filem ini.[2]

Filem² arahan Majid Majidi memang sesuai ditonton oleh semua golongan, mesej yang ingin disampaikan menjangkau sempadan kerana filemnya menekankan aspek kemanusiaan dan bukannya seperti filem² kebaratan yang majoriti memaparkan kisah keegoan manusia dan kecelaruan budaya barat yang menyimpang dari cahaya kebenaran. Di postku kali ini, aku memasukkan sekali filem ini untuk tontonan bagi mereka² yang ingin menghayati mesej yang ingin disampaikan pengarah terkenal Iran ini. Moga² filem seperti ini dapat memberikan kita rasa keinsafan diatas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.

Children of Heaven ( Iran ) - Part I


Children of Heaven ( Iran ) - Part II




Read more!

The Lover and The Beloved

A man knocked at the door of his beloved.
"Who are you, trusted one?" thus asked the friend.
He answered: "I!" The friend said: "Go away,
Here is no place for people raw and crude!"
What, then, could cook the raw and rescue him
But separation's fire and exile's flame?
The poor man went to travel a whole year,
And burnt from separation from his friend,
And he matured, was cooked and burnt, returned
And carefully approached the friend's abode.
He walked aound it now in cautious fear
Lest from his lips unfitting words appear.
His friend called out: "Who is there at my door?"
The answer: "You, dear, you are at the door?"
He said: "Come in, now that you are all I-
There is no room in this house for two 'I's!"

-Maulana Jalaluddin Rumi, Mathnawi I 3056-63
Read more!

Tuan Guru Dato’ Haji Nik Aziz Nik Mat, the engineer of beautiful Malaysia

"Akal yang cerdik adalah akal yang berteraskan kepada iman, yang menggunakan segenap ilmu bagi mencapai keredaan Allah, sekalipun dibenci oleh kebanyakan orang."

Tuan Guru Dato’ Haji Nik Aziz Nik Mat, the engineer of beautiful Malaysia
- Taken from my old blog
Read more!

7 tips for writing a novel

Have you always wanted to write a novel? Do you see the story in your head but find yourself uncapable of getting it all out on paper? Do you begin excitedly writing and then get burnout almost before you've even began?

If it all seems overwhelming maybe the following suggestions will help you become more organized and form those budding ideas!

1.You Need An Outline
Some people say they can just start writing and it all flows smoothly and evenly to become the perfect piece. If you can write your novel this way, I envy you. (And you probably don't need to read this article)But most people need to form their ideas in some kind of outline. It doesn't have to include every detail of your novel, just the framework. And you can always add and modify as you go along.

2. Point-of-View
Decide what point of view you are going to use in a particular scene and stick with it.
Don't jump back and forth, it's confusing. Use the "omniscent" viewpoint sparingly
and have a limited number of POV characters. Never tell the POV of an insignificant
character.

3. Dialogue
Read the conversations aloud. Do people you know really talk that way?

4. Dramatic Concept
Imagine you are writing the blurb for your novel. Can you sum it all up in just a few
sentences? If not, you need a stronger dramatic concept.

5. Tension & Escalation
A good story needs conflict but it is equally as important that your conflict escalate.
You should gradually build up to that critical level.

6. Show- Don't Tell
It's an old saying- but it's true. If a character is angry, don't just SAY she is mad. Put
her in a situation that will make her mad and SHOW how she reacts.

7. Obvious Mistakes
This is actually one of the most important. No matter how great your word
processing program or how many times you proofread yourself, you can always
overlook misspellings, grammatical errors and incorrect punctuation. You should
have someone very qualified in English or a professional editor proofread your work.
If you do not know someone personally, you can hire someone. It is well worth the
price.

I hope these guidelines will help you a little on your journey to writing that perfect
novel!

Read more!

Pulang ke ibu kota & Doa Monsun..

Hari ni last aku kat kampung sebab malam nanti dah kena bertolak pulang ke ibu kota untuk meneruskan kerja. Rasanya baru semalam aku balik kampung, ye kata orang rindu belum sempat habis lagi.. Tapi apakan daya, kerjaku di kota Metropolitan semestinya perlu diteruskan walaupun aku kekadang fed up dengan riuh pikuk di kota Metropolitan itu.. Kadang² aku terpikir untuk kembali bekerja di tempat kelahiranku, mungkin belum ade rezeki ku maka aku masih bekerja di ibu kota.

Kini musim monsun di negeriku dan negeri di sepanjang pantai timur, berita² banjir sering kedengaran di kaca TV. Alangkah besarnya ujian Allah S.W.T kepada penduduk² sebelah sini, moga² ujian banjir & hujan ini menambahkan keimanan kita semua hendaknya. Walaupun tempat tinggalku tidak banjir tetapi aku pernah melalui pengalaman banjir ketika aku kecil dulu. Kata orang memang memeritkan, walaupun aku ketika itu masih kecil keperitannya dapat aku rasai. Baru² ni juga Piala Monsun Cup telah diadakan di tempatku, ini yang aku marah sangat. Marah bukan sebab aku tolak pelancongan, tetapi lebih besar daripada itu aku menolak program² maksiat yang kini tumbuh dengan banyaknya di negeriku kini dan salah satunya lahir dari acara² seperti Monsun Cup ni. Aku pernah terbaca, jumaat minggu sebelum acara Monsun Cup diadakan tok² khatib membacakan khutbah mengenai acara ini. Tapi apa yang peliknya, khutbah itu adalah promosi kepada acara Monsun Cup yang semua maklum didalamnya bercampur baur dengan program maksiat. Na'uzubillah... Ingatkan khatib nak menegur mungkar tapi digalakkannya pula... Apa nak jadi dengan Terengganu ni?

Tahun lalu, acara ini juga telah diadakan, tapi ni cerita lain. Diceritakan imam² masjid diseluruh Terengganu diminta untuk mengimamkan solat hajat untuk meminta angin kencang supaya acara Monsun Cup tu berjalan dengan lancar. Ni lagi satu perkara² pelik yang telah berlaku di negeriku... Ya Allah selamatkanlah negeriku dan rakyatnya dari bala petakaMU, kembalikanlah pemerintahan yang Engkau redhai agar negeriku kembali mendapat keberkatanMU... Ameen.

Akhir kalam, aku teringat satu doa dari Rasulullah s.a.w apabila menghadapi angin ribut... Semetalah kita masih dalam bulan monsun eloklah kiranya dapat kita mengamalkan doa ini.

“Allahumma inni as aluka khairahaa wa’auzuubika min syarrihaa”/ “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kpd-Mu kebaikan angin ini & aku berlindung kpd-Mu dari keburukannya.”
[HR. Abu Dawud 4/326, Ibnu Majah 2/1228, & mohon rujuk kitab Shahih Ibnu Majah 2/305]



Wassalam
- Ibnu Malik

Read more!

Kata² hikmah sumbangan sahabatku..

Kata² hikmah di dah lama aku kumpulkan, oleh sbb blogku sebelum ni terperap tanpa sebarang post jd terpaksa la aku biarkan ianya... koleksi kata² hikmah ini datangnya dari sahabat sahabiah yg aku cintai... kebanyakkannya adlh drp kiriman sms ;)

sahabat yang beriman ibarat mentari yg bersinar, sahabat yang setia ibarat pewangi yang mengharumkan, sahabat yang sejati menjadi pendorong impian, sahabat yang berhati mulia mendorong kita ke jalan Allah

‘Love’ is not about finding the right person, but creating the right relationship. It’s not how much love you in the beginning, but how much love you build till the end.

Manusia akan matang & dewasa dengan pengalaman. Dengan pengalaman & dugaan Ilahi jugalah manusia dapat menilai siapa dirinya yang sebenar

Sesuatu perkara yang dimulakan dengan pembohongan, tidak akan bertahan lama..

Apabila seseorang itu memuji dirinya sendiri.. Maka hilanglah kebijaksanaannya.. -Imam Malik

Allah will never leave you EMPTY. If something is taken away He will replace it with something BETTER. If He denies your request, it's because He want to give you the BEST!

Orang kan jadi ahli ilmu sejati selama dia masih menuntut. Tapi bila dia berkata 'Aku sudah pintar' maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya. -Luqmanul Hakim

Sadiqukal haqqu huwas sadiqul lazi, yaqifu ila janibika fis shadaaidi..

Sometimes.. somehow.. whatever you prayed for will come true.. it may not be in the exact package you wanted. But.. It will be what Allah thinks is the best for you.

Sahabat yang sejati adalah orang-orang yang berkata benar pada kita dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu.

Bahagia itu dari dalam diri, kesannya zahir rupanya maknawi, terpendam bagai permata didasar hati dan bahagia itu ada jiwa, terbenam bagai mutiara di lautan nurani.

Sesuatu amal yang baik menimbulkan NUR dihati dan sinar pada wajah, keluasan pada rezekidan rasa cinta di hati sesama manusia..

Apa yang anda sabarkan akan memoperolehi hasilnya kerana kesabaran akan menolong segala pekerjaan & dalam kepayahan itu tersembunyi nasihat² kebijaksanaan - Hukamak -

Anugerah Allah kepada hambanya adalah nikmat,kemudian dicabut nikmat dan digantikan dengan sabar, apa yang diganti itu lebih baik daripada yang dicabutnya
- Umar Abdul Aziz-

Memang benar kita tak tahu apa yang kita punyai sehinggalah kita kehilangannya, dan juga Memang benar kita tak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang...

ORANG-ORANG yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

"Always fear Allah; He knows what is in men's hearts." (Sayyidna Abu Bakr, Radi-Allahu anhu)

" Jika anda berada dalam jamuan di rumah orang hendaklah menjaga perangai dan menjaga mata; dalam solat menjaga hati; dan dalam pergaulan menjaga lidah."
-- Imam Al-Ghazali

" Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

"Bagi setiap ilmu ada ahlinya; dan setiap orang dimudahkan untuk mendapat apa yang diuntukkan baginya"(Imam Ghazali)

SABAR ITU ADALAH SUATU TINGKATAN DARIPADA TINGKAT-TINGKAT AGAMA DAN SUATU KEDUDUKAN DARIPADA KEDUDUKAN ORANG-ORANG YANG BERJALAN MENUJU allah S.W.T. - Imam AL-GHAZALI

SABAR ITU ADA EMPAT PERKARA : 1- SABAR DALAM KETAATAN, 2-SABAR DALAM BEBUAT MAKSIAT, 3- SABAR DALAM GODAAN DUNIA, 4-SABAR TERHADAP UJIAN ALLAH s.w.t - Imam Al - Ghazali

ORANG YANG TIDAK BERSABAR SESUDAH BERSEDEKAH IALAH ORANG YANG BERBANGGA-BANGGA DN MENCACI DENGAN SEDEKAHNYA, MAKA DIA SENDIRI MEMBATALKAN AMALAN NYA - Imam Al-Ghazali

"Bersungguh-sungguhlah engkau dalam menuntut Ilmu, jauhilah kemalasan & kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya KESESATAN ".- Imam AL-Ghazali

'AKAL sebenarnya lebih berhak untuk disebut NUR atau CAHAYA daripada mata, kerana ia tidak mempunyai kecacatan maupun kekurangan yang dimiliki mata - IMAM AL- Ghazali '

'Barangsiapa yang mengenal ALLAH s.w.t di Dunia ini, Maka ia akan merasakan seperti berada di SYURGA, kelapangannya laksana lapangnya 7 petala Langit dan Bumi' - Imam AL-Ghazali

" Kalau BESAR yang dituntut dan MULIA yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan Kesusahan UNTUK melaluinya, panjang jalan nya dan banyak Rintangan nya " - Imam AL-Ghazali

ILMU itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar Penglihatan daripada Kezaliman & Tenaga badan daripada Kelemahan. Dengan ILMU, Manusia punyai darjat yang tinggi. - Imam Al-Ghazali


Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...
-- Seminar

Those who Know they do not Know that to Know is to Know what they do not Know! - Ibn Sina (Aveccina)

"Apabila engkau bersabar akan timbul kekuatan dalam dirimu dan memperoleh pahala,tetapi jika engkau berkeluh kesah, ia akan menimbulkan kelemahan"
- Ibn Qais -

GOOD FRIENDS are hard to find, harder to leave and impossible to forget. When it HURTS to look back, and you're scared to look ahead, you can look beside you and your BEST FRIENDS will be there. Most people walk in and out of your life, but only FRIENDS leave footprints in your heart.

Seseorang yang merasa rindu akan sesuatu akan merasa bahagia apabila sesuatu itu belum ada ditangan.Tetapi apabila telah berada ditangan maka hilanglah kerinduan. Kenapa? Indahnya didunia ini apabila sesuatu itu belum ada ditangan.

Di antara fitnah orang yang berilmu (orang alim) ialah berkata-kata lebih disukai daripada mendengar. Padahal mendengar itu lebih selamat daripada berkata-kata kerana dalam berkata-kata orang cenderung untuk mengisi, menambah dan mengurangi
-Yazid bin Abi Habib

Orang yang berbahagia itu adalah orang yang dapat menguasai hatinya sendiri,
sebab orang yang dapat memerintah hatinya sendiri,
lebih besar faedahnya daripada orang yang dapat menakluki sebuah negeri.
-HUKAMAK-

Cinta sejati adalah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurangan kerana kesalahan

"we delight in the beauty of butterfly but we rarely admit the changes it has gone through to achieve that beauty."

"Tekunlah beramal dan bermujahadah, cintailah ilmu pengetahuan dan cintailah kehidupan akhirat, jadikan diri kamu sebagai pengembara yang sentiasa dahaga dengan cinta Allah, rahmat Allah dan pengampunan Allah." -Hubaib

Salman ibn Dinar said: "What you love to have with you in the Hereafter you should advance today, and what you hate to have with you, you should abandon today."

“Aspire to become a scholar or a student of knowledge and do not aspire to become anything other than that” (Ibn Mas’ood)

Help Ever, Hurt Never
-- Tulisan di belakang lori

"Barang siapa yang tidak menjaga DIRINYA, maka tidak bergunalah ilmunya......"(Imam Ghazali)

Kalau manusia ini mengejar kasih Allah, tidak akan timbul perselisihan dan perbalahan. Jika manusia sesama manusia, mengejar kasih manusia, itulah rahsia manusia itu bersaing dan berbalah.

Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan secara kebetulan atau suratan tetapi setiap masalah yang dicari mesti ada jalan tertentu bagi seseorang untuk menyelesaikannya melainkan diri sendiri yang menimbulkan masalah sendiri.

....kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu....kekadang rasanya tak mampu.... kadang-kadang mahu beralah.....tapi di sana ada kebahgiaan hakiki....

Redha Allah itu bergantung kepada redha kedua ibu bapa dan marah Allah juga bergantung kepada marah kedua ibu bapa .

God be with you, be happy and keep up the rituos live

Wanita adalah hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah yang akan membahagiakan syurga didalam rumahtangga.

Setiap manusia pernah merasai kejayaan dan juga kegagalan dan setiap kejayaan dan kegagalan yang dirasai oleh manusia mempunyai hikmah dan pengajarannya yang tersembunyi disebaliknya.

Kesabaran itu menguji ketabahan seseorang. Setiap kesabaran yang disusuli dengan keikhlasan akan menjanjikan ganjaran yang lumayan di akhirat.

Sayangi diri anda terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain.

Jadikanlah apa yang dilihat oleh mata itu untuk kita berfikir, dari berfikir itu rasakan dalam hati kebesaran Penciptanya.

Allah tidak memandang amalan yang banyak tetapi amalan yang ikhlas, sedangkan ikhlas itu rahsia Allah.

Janganlah kamu merasa lemah dan berdukacita... Sesungguhnya kau adalah yang kuat seandainya kau beriman kepada Allah

Cinta pada bunga,bunga akan layu, Cinta pada manusia,manusia akan mati, TAPI Cinta pada ALLAH adalah cinta yang kekal abadi.

Manusia Hawa diciptakan daripada rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjungi, dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi dari sisinya, untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.

Don't ask what you demand for life but ask what life demands from you.

Kebiasaan yang selalu diamalkan akan menjadi tabiat dan sesungguhnya amatlah sukar kepada individu mengikis sesuatu yang dipanggil tabiat.

Kecantikan tidak terletak pada wajah seseorang tapi pada mata yang memandang.

Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...

Tiada apa yang paling berharga di dunia ini selain dari kebahagiaan..tiada apa yang paling memilukan selain dari kesedihan

Tingkah laku diri mencerminkan peribadi lebih daripada apa yang kita katakan tentang diri sendiri.

Kejayaan bermula dengan impian di fikiran .Menulisnya adalah langkah kedua. Melakukan sesuatu untuk merealisasikan merupakan langkah ketiga.

Sesungguhnya siang yang menjelma itu lebih baik dari malam yang gelap. Cari seberapa banyak Hikmah yang ada di siang hari . Jika inginkan sesuatu pastikan ianya menjadi kenyatanan yang akan dikenang buat selamanya.

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Elakkanlah dirimu dari berhutang kerana hutang itu akan menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan gelisah pada waktu malam
-- Luqman Al-Hakim

The skill is not by having many listeners but earn the good pleasure of Allah

Live needs sacrifice, Sacrifice needs fight, Fight needs courage, Courage needs confidence, Confidence determine success, Success lead us to happiness...

"sekiranya ada orang memuji kamu, maka mereka sebenarnya memuji akan keelokkan tutupan Allah ke atas kamu, maka pulangkanlah pujian itu kepada Allah" Read more!

French Student Bikes for Hajj

IslamOnline.net & Newspapers


Image

The French student will bike for Saudi Arabia to join three million Muslims from all around the globe in performing hajj

CAIRO — A French Muslim student is setting off a criss-cross journey on his bicycle to join three million Muslims from all around the globe in performing hajj, reported the Nottingham Evening Post on Saturday, October 27.

Salim Moumou Eljeddahoui is cycling more than 3,000 miles through different countries to arrive in the holy city of Makkah.

The 25-year-old, who moved to the town of Nottingham this year to learn English, is following in the footsteps of his grandfather who walked from France to Makkah for the ritual.

"It took him six months during which the conditions for eating and sleeping were very difficult," said Eljeddahoui.

"I want to experience similar conditions and the same difficulties."

Salim will cycle through France, Belgium, Switzerland and Italy before sailing to Turkey.

He will resume his bike journey through Syria and Jordan before arriving in Saudi Arabia on December 18 for hajj.

One of the five pillars of Islam, hajj consists of several ceremonies, which are meant to symbolize the essential concepts of the Islamic faith, and to commemorate the trials of Prophet Abraham and his family.

Every able-bodied adult Muslim -- who can financially afford the trip -- must perform hajj once in their lifetime.

Bold

Eljeddahoui's friends were caught with surprise about knowing his plans.

"At first they thought it was strange, but now they are very happy for me," he said.

The young Muslim student has been planning for the trip for a whole year.

He is taking a tent with him to sleep in during the journey.

Many mosques in Nottingham are supporting Eljeddahoui's bike journey.

"It is a good example for young people to see someone being so courageous and entrepreneurial," said Dr Musharraf Hussain of the Karimia Institute.

"I have been advising him to take the right precautions so that he is always near a hostel, mosque or hotel at night and doesn't have to sleep rough.

"Hopefully this will encourage other people to be as bold."

Last year, a 63-year-old Chechen criss-crossed 13 countries on his rusting bicycle to join the faithful in hajj.




Source: Islamonline.net Read more!

Elegant Header

In this tutorial we’ll make an elegant header for a website.

Header

1. Make a new file, 770×400px.
2. Fill background layer with #232323 (SHIFT+Backspace opens fill menu).
3. Make a new layer and select something like this:

Selection

4. Fill selection with #171717.

5. Grab Text Tool and write something (Color: #d8d8d8), maybe main links in this black area. For example:

Upper Menu

6. I recommend not to use strange fonts with many styles because this way is better for Search Engines. Everyone have for example Verdana so you can code it in HTML instead of making a JPG file. But it’s different topic (;
7. I want Board link to be more visible so I changed font color to #f27d00

Board Link

8. You can group some layers to “Upper Menu” “Logo” etc.
9. Make a new layer, and select something like this:

Selection

10. Fill it with any color, it’ll change when we apply gradient on it.
11. Go to blending options and use these settings:

Gradient

Gradient

12. We have nice “Web 2.0″ gradient top.
13. Write some text. Look at my previous tutorial, it can be useful: Simple but elegant text
14. OK, we’ll make a nice RSS icon.

15. Look at: RSS Icons and download RSS Icon pack. Open orange one and paste it on our work.
16. You should have something like this:

RSS

17. Duplicate this layer, and hide duplicated one.
18. Go to blending options of visible RSS Icon and use these settings:

Inner Shadow

19. Set layer’s blending mode to Multiply and reduce Opacity to 35%.
20. Unhide duplicated RSS icon. Press CTRL+T and reduce it’s size to 80%:

Transforming

21. Grap your favourite font and write under icon “rss feed” :)

Transforming

22. Add a logo if you have or use my Quick Method To Receive a Nice Background (QMTRANB). How it work? Get a nice image, for example clouds -> HDR Clouds, resize it, paste and erase unnecessary parts to have something like this:

QMTRANB

23. Now set this layer’s blending mode to Hard Light and reduce Opacity to 40%.
24. You can add some blur or something… or use another image ;) It’s sometimes very useful.


Source: http://pshop.pl/2007/11/14/elegant-header/ Read more!