Schism lawan dakyah "Fitna"

JEDDAH: Seorang penulis blog Arab Saudi berjaya menghasilkan sebuah video selama enam minit berjudul Schism dengan memetik ayat dalam kitab Injil yang menghalalkan peperangan, sebagai reaksi tindakan ahli parlimen Belanda Geert Wilder menghina Islam menerusi filem bertajuk Fitna.

Raid Al-Saeed, 33, menunjukkan di dalam filemnya, beberapa petikan kitab Injil yang menggalakkan peperangan dan membuat tambahan dengan klip rakaman memperlihatkan kumpulan ekstremis Kristian menyampaikan ceramah berunsur keganasan.

“Saya menghasilkannya dalam tempoh kurang 24 jam. Dalam ‘Schism’ saya menggunakan metodologi sama digunakan Wilders dan ia membabitkan petikan yang disalah tafsir,” katanya.

Beliau berkata langkah yang diambil untuk menghasilkan filem itu adalah bagi membuktikan bahawa adalah salah untuk mengadili dan menilai Islam dengan menonton Fitna. Petikan ini dicatatkan Raid pada penghujung filemnya.


“Memang mudah untuk memetik mana-mana bahagian dalam kitab suci dan menyalah tasfirkan petikan itu sehingga membuat ia seolah-olah kelihatan seperti sebuah kitab yang tidak mempunyai nilai kemanusiaan.”

“Inilah yang dilakukan Geert Wilders untuk mendapat sokongan bagi ideologinya yang penuh perasaan kebencian. Berikutan itu saya menghasilkan Schism sebagai satu reaksi balas,” katanya.

Raid berkata beliau tidak percayai ada kitab suci menggalakkan keganasan dan pertumpahan darah.

Beliau berkata Fitna dibuat ‘berasaskan kebencian’ dan Wilders menyalahgunakan ‘kebebasan bersuara yang dinikmatinya,” kata beliau yang menambah, filem Wilders menunjukkan perasaan perkauman dan kebencian yang dimilikinya.

Apabila Raid mengirim klipnya ke YouTube pada 1 Mac, ia dibatalkan 12 jam kemudian dengan satu pesanan daripada laman itu yang menyatakan klip berkenaan bercanggah dengan terma yang ditetapkan.

Raid menulis semula kepada You Tube dan bertanya mengapa filemnya dibatalkan sedang Fitna dibenarkan untuk terus dilayari. Beliau memuat naik filem itu sekali lagi dan menambah mesej kepada pentadbir laman meminta mereka menyaksikan Wilders sebelum membatalkan ‘Schism’.

Video beliau sudah disaksikan lebih 1,800 kali dan kembali semula ke YouTube sejak 2 Mac. Ia juga boleh disaksikan melalui Google.

Raid menegaskan matlamat beliau bukan untuk menyemarakkan kebencian sebaliknya untuk memberitahu dunia bahawa seseorang itu tidak boleh mengadili sesuatu agama atau ideologi dengan tafsiran yang menyalahi hakikat dan perkara sebenar. – Agensi





Read more!

Gambar-gambar Sekitar Ziarah Anwar Berjumpa Tuan Guru Ayah Chik

Salam alaik...
Berikut adalah beberapa gambar sekitar ziarah Anwar berjumpa dengan TGHA di Hospital Sultanah Zahirah, K.T... Gambar² diambil dari blog amdang81 sebagaimana kata penulis blog tersebut, koleksi gambar² ni belum disusun... harap maklum, sila lawati blog saudara amdang81 untuk maklumat selanjutnya..


















Maliki xp:
Aku nak tunggu gambar TGNA melawat TGHA plak nanti, mesti manis gambar² tu nanti pabila 2 Tuan Guru saling ziarah menziarahi... Setakat ini TGNA sudah pun menghantar setiausaha politik beliau iaitu saudara Anual Bakri Harun untuk menziarahi TGHA dan telah juga mengamanahkan saudara Anual untuk menyampaikan air tawar buat TGHA. Alangkah manisnya hubungan & keakraban yang ditunjukkan 2 Tuan Guru ini.... Takbir!
Read more!

Gambar-gambar TG Haji Hadi dari HSNZ

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Berikut adalah sedikit gambar ehsan dari kawan-kawan yang menziarahi TG Haji Hadi. Aku sempat juga semalam masuk untuk berjumpa dan bersalaman. Ayah Chik kelihatan sihat dan dikatakan tidak serius. Hanya kerana perasan adanya tanda-tanda stroke sahaja Ayah Chik dimasukkan. Namun pada sebelah petang semalam semuanya beransur pulih.

Ustaz Nasarudin Mat Isa tiba kira-kira jam 6 petang semalam.

YB Salahudin Ayub yang tiba bersama Ustaz Nasa.


YB Hussam tiba dekat-dekat jam 7 malam.

Ceria berbicara. TG Kelihatan sihat.

Bergambar bersama TG

YB Dato Tg Hassan dan isteri keluar dari bilik TG. YB Ladang ini hadir pada sebelah pagi lagi.

Dato Man Bakar turut hadir menziarahi TG.

Antara pelawat yang hadir.

Bersalaman dengan pelawat

Adik ini turut bersalaman dengan TG



Berita dipetik dari: http://amdang81.blogspot.com/

Maliki xp: Sama² doakan semoga TGHA cepat sembuh agar dapat kembali meminpin jemaah... InsyaAllah TGHA akan kembali ke medan siasah dalam beberapa hari lagi... takbir!
Read more!

Temui penulis novel fenomenal Ayat-ayat Cinta di KLIBF 2008


Assalamualaikum wbt buat semua...

Semoga saudara/saudari semua didalam limpahan rahmatNya sentiasa...ameen
Lama benar rasanya diriku tak menulis kedalam blogku ini, almaklumlah kesibukkan aku membataskan & menjadi kekangan untukku menulis... Ni nak tanya kat semua ni.. Hmm, semua dah pergi ke pesta buku antarabangsa ke belum? Belum lagi? Alahai pergilah semua meriah²kan suasana membaca dikalangan masyarakat kita... bukankah wahyu pertama diturunkan kepada Rasul junjungan s.a.w itu bermula dengan "Iqra"?


Ni nak cerita sikit je ni, tak nak suspen² sebab dari tajuk posting kali ni pun dah terang² bagitau...heheh. Arini jumaat 11 Apr 2008 antara pukul 5:00 PM - 6:00 PM Al-Hidayah Publishers akan mengadakan sidang bersama pengarang Novel Ayat-ayat Cinta iaitu al Ustaz Habiburrahman El Shirazy bertempat di Pentas Prima - Dewan Tun Razak 2. Bagi peminat² novel AAC & novel² lainnya hasil karangan penulis jangan lepaskan peluang ini. Boleh la nanti dapatkan autograf & bersuai kenal dengan beliau selanjutnya. Aku sendiri mungkin tak sempat untuk kesana, tapi insyaAllah kalau ade rezeki akan ku cuba jugak kesana... Banyak lagi buku tak dibeli nih =( Mintak diri lah ye semua.. InshaAllaah ade rezeki jumpa kat sana nanti... Jangan lupa gi sana beli buku ye!


The man who does not read good books has no advantage over the man who can't read them. ~Mark Twain, attributed


Read more!

Umat Islam berarak, bantah filem 'Fitna' di Kedutaan Belanda

KUALA LUMPUR, 4 April (Hrkh) - Umat Islam di Malaysia membantah
sekeras-kerasnya tindakan ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang
menerbitkan filem pendek yang menghina kesucian al-Quran dan ajaran Islam itu
sendiri.


Ketua Pemuda PAS Pandan,Ustaz Zulkifli berkata, seluruh umat Islam di
dunia ini sekali-kali tidak akan meredai tindakan Wilders yang
menyalahgunakan toleransi dalam negara.



Image"Kita mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan filem 'Fitna' yang sengaja
mengundang kemarahan umat Islam seluruh dunia tanpa mempedulikan
perasaan dan sensitiviti penganutnya yang akan mempertahankan agama ini,"
ujarnya dalam perhimpunan yang diadakan di hadapan Kedutaan Belanda, berhampiran bangunan Ampwalk selepas solat Jumaat petang tadi.


Dalam ucapannya, beliau mengecam tindakan pihak kerajaan Belanda yang
tidak sensitif akan perasaan dan prinsip toleransi beragama di negara ini
yang telah dimanipulasikan.


Meskipun hanya lebih 200 sahaja yang hadir, namun laungan semangat mereka di
tengah gerimis dan siraman hujan yang semakin lebat itu ternyata
membakar semangat orang ramai yang lalu lalang sambil memerhatikan gelagat
demonstran sambil membunyikan hon sebagai tanda sokongan.



Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Pemuda PAS Pusat, Ustaz
ImageRidhuan Mohd Nor menyatakan perarakan yang sama juga diadakan oleh pemuda
PAS di peringkat negeri seluruh negara.


"Antara tindakan yang drastik kita jalankan ialah memboikot semua
produk keluaran Belanda sebagai tanda protes terhadap industri mereka untuk
memberi pengajaran mengenai kesalahan yang dilakukan," katanya.


Perarakan aman yang bermula seawal jam 2.15 petang dikawal dengan baik
oleh pihak polis dan anggota trafik ibukota sambil diperhatikan oleh
anggota unit simpanan persekutuan (FRU) sehingga mereka tiba di bangunan
kedutaan tersebut.


Bantahan peserta demonstrasi aman tersebut dirakamkan menerusi poster
dan sepanduk yang dipamerkan kepada orang ramai semasa mereka sedang
berarak.



Antara sepanduk dan poster tersebut berbunyi, 'jangan hina kesucian
Islam', Boikot produk Belanda', Pemuda PAS bantah sekeras-kerasnya
Imagepenerbitan 'Fitna' dan 'Don't insult Islam'.


Turut berucap di hadapan kedutaan tersebut, Ketua Pemuda PAS Wilayah
Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad, dan wakil mahasiswa Islam, Mohamad
Syazwan.


Selain itu, ia turut mendapat liputan yang meluas daripada media dalam
dan luar negara memandangkan ia adalah inisiatif dibuat pemuda PAS
selepas siri perhimpunan dianjurkan pemuda Umno.


"Kita memperjuangkan isu ini bersama semua pihak yang mempunyai hasrat
yang sama tanpa mengira perbezaan kaum dan sempadan politik kerana ia
adalah tanggungjawab bersama," tegasnya.


Bahkan, pada 30 Mac lalu, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi
Awang merakamkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap sebuah filem
Belanda terbitan Geert Wilders bertajuk 'Fitna' yang jelas memberikan
gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al Quran serta Nabi Muhammad
s.a.w.


ImageFilem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang
ganas, ujarnya dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui Setiausaha
Akhbarnya, Roslan Shahir Mohd Shahir semalam.


Dalam kenyataan tersebut, beliau merasakan filem yang tidak
bertanggungjawab ini akan mencetuskan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan
Islam dunia dan dengan itu mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan
lagi.


Justeru, beliau menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC),
negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan
tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan
meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang
lagi.



Tambahnya, PAS menghormati kebebasan berkarya, namun ia perlu ada had
dan batasan, dan dalam hal filem Belanda ini ia ternyata tidak
menghormati sensitiviti agama Islam dan penganutnya yang kini merupakan hampir
separuh penduduk dunia.


ImageBantahan yang sama turut disuarakan pada 31 Mac lalu oleh Ketua Pemuda
PAS, salahudin Ayub menerusi memorandum yang diserahkan kepada kepada
Timbalan Ketua Kaunselor Kehormat, Luc Schillings, Kedutaan Belanda


Dalam memorandum tersebut, jelas Salahudin beliau mendesak kerajaan
Belanda menghentikan sebarang bentuk provokasi agar dapat mengekalkan
suasana aman dan makmur di seluruh negara.


Katanya, beliau bertanggungjawab untuk menyerahkan memorandum tersebut
agar menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak kerana tindakan menghina
sesuatu agama itu tidak bertamadun serta tidak berbudaya.


Dua hari selepasnya, Exco Pemuda Umno Pusat, Dato' Pirdaus Ismail pula
telah mengambil langkah yang sama sebagai tanda bantahan dan protes
terhadap kebiadapan Geert Wilders dalam penerbitan filem kontroversi
'Fitna' yang mengundang rasa tidak senang seluruh umat Islam.


ImageKemudian, Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria pula menggesa para
pendakwah Islam agar segera bangkit menjelaskan kekeliruan dalam filem
pendek 'Fitna' yang ditayangkan di internet sejak 27 Mac lalu.


"Adalah menjadi tanggungjawab kepada pendakwah Islam untuk menjawab
segala fitnah yang telah dilemparkan oleh penerbit filem tersebut, Geert
Wilders menerusi internet memandangkan ia kini sedang giat ditayangkan
melalui medium tersebut.


"Kita kesal dengan kerajaan Belanda yang membenarkan filem tersebut
ditayangkan meskipun kini mereka mahu mengambil tindakan ke atas Geert.


Image"Kenapa daripada awal mereka tidak mengambil tindakan yakni mengenakan
sekatan ? Kenapa dibiarkan juga mereka meneruskannya, sebab itu kita
mengambil keputusan untuk memboikot produk Belanda sebagai protes,"
katanya.


Filem pendek yang mempunyai dua versi ditayangkan selama 16 minit 48
saat dan 10 minit itu memaparkan beberapa potong ayat al-Quran yang
menjelaskan mengenai konsep jihad dan peperangan dalam Islam. - mks.

Read more!