“Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad”

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/tokkupaloh.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

( Foto : Tok Ku Paloh)
Catatan diatas adalah ‘lebih dari memahat sejarah’. Ia adalah catatan yang dibuat oleh Residen British di Pahang sekitar tahun 1894, Hugh Clifford, lebih seratus tahun yang lalu. Siapakah pahlawan-pahlawan yang telah diseru oleh Tok Ku Paloh untuk melancarkan perang jihad itu?

Mereka adalah Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman yang berjuang menentang Inggeris di Pahang. Pada awalnya, perjuangan mereka yang hanya berasaskan semangat bangsa Melayu, perasaan tidak puas hati dan dendam terhadap penjajah Inggeris. Mereka telah menentang Inggeris habis-habisan sehingga mereka diasak segala penjuru hingga mereka hampir-hampir kalah.

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/tok%20gajah.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.(Foto: Tok Gajah)
Kemudian, mereka lari dan menyembunyikan diri ke Terengganu, dan meminta perlindungan dari Tok Ku Paloh. Di situlah, mereka telah memantapkan ilmu-ilmu Islam, kemudian kembali ke Pahang dengan satu semangat yang luar biasa, menentang penjajah dengan Jihad FisabiliLlah.

Sejarah perjuangan menentang ketidakadilan seorang lagi pejuang Islam Melayu Terengganu, Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong (pernah berguru dengan Tok Ku Paloh) telah menyanggah undang-undang tanah yang dibawa oleh British dengan syariah.. Begitu juga dua orang pejuang yang telah memahat sejarah di negeri Kelantan, Tok Kenali dan Tok Janggut juga pernah berguru dengan Tok Ku Paloh.

Berasaskan catatan sejarah diatas, sudah tentu Tok Ku Paloh adalah seorang tokoh yang sangat hebat. Dia adalah tokoh yang mendidik semua nama-nama besar dalam sejarah perjuangan Islam dan Melayu di pantai Timur: Tok Gajah, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Abdul Rahman Limbong, Tok Kenali dan Tok Janggut.

Bahkan, Tok Ku Paloh bukan seorang tokoh yang berpengaruh Pantai Timur Semenanjung, tetapi juga hingga ke Patani. Hubungan beliau sangat erat dengan Haji Wan Ismail bin Syeikh Ahmad al-Fathani, iaitu Kadi Jambu. Walau bagaimanapun, Haji Wan Ismail al-Fathani (lahir 2 Jamadilawal 1304 H/27 Januari 1887 M) dari segi perbandingan umur adalah peringkat cucu kepada Tok Ku Paloh (lahir 1233 H/1818 M).

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/bahaman.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.(Foto: Datuk Bahaman)
Tahun lahir Tok Ku Paloh itu sama dengan tahun lahir Syeikh Wan Muhammad Zain al-Fathani (lahir 1233 H/1817 M). Beliau ini ialah datuk kepada Haji Wan Ismail al-Fathani. Hubungan antara Haji Wan Ismail al-Fathani, Kadi Jambu, dengan Tok Ku Paloh hanyalah kesinambungan hubungan yang terjalin sejak zaman datuknya itu, dan meneruskan hubungan antara Tok Ku Paloh dengan ayah beliau, iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani.

Darah perjuangan Tok Ku Paloh dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu tidak dapat dinafikan mempunyai kesan tersendiri dalam tubuh Syeikh Ahmad al-Fathani. Isu kemaslahatan Islam dan bangsa Melayu yang menghadapi pelbagai masalah penjajah pada zaman itu perlu dilihat dalam konteks hubungan antara Syeikh Ahmad al-Fathani, Tok Ku Paloh dan Sultan Zainal Abidin III, Terengganu.

Tok Ku Paloh dirahmati berumur panjang. Beliau meninggal dunia pada bulan Zulhijjah 1335 H/September 1917 M. Bererti ketika meninggal dunia Tok Ku Paloh berusia sekitar 102 tahun menurut perhitungan tahun hijrah atau 100 tahun menurut tahun masihi.

Nama penuh beliau ialah Saiyid Abdur Rahman bin Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus. Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus mempunyai beberapa nama gelaran, yang paling popular ialah Tok Ku Paloh. Gelaran lain ialah Engku Saiyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik dan Syaikh al-Islam Terengganu. Tok Ku Paloh mempunyai beberapa orang adik-beradik. Ada yang seibu sebapa dan ada juga yang berlainan ibu. Adik-beradik kandung Tok Ku Paloh ialah Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus yang digelar dengan Engku Saiyid Seri Perdana, Saiyid Ahmad al-Aidrus digelar Tok Ku Tuan Ngah Seberang Baruh dan Saiyid Mustafa al-Aidrus yang digelar Tok Ku Tuan Dalam.

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/matkilau.gif” cannot be displayed, because it contains errors.(Foto : Mat Kilau)
Beliau ialah seorang ulama dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Adik-beradiknya selain yang disebut itu ialah Tuan Embung Abu Bakar atau digelar dengan nama Tuan Embung Solok atau Tok Ku Tuan Kecik, Tuan Nik (Senik). Antara nama-nama tersebut, ramai yang memegang peranan penting dalam Kerajaan Terengganu tetapi nama yang paling masyhur ialah Tok Ku Paloh.

Pendidikan

Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus atau Tok Ku Paloh berketurunan ‘Saiyid’. Oleh itu sudah menjadi tradisi keturunan itu untuk lebih mengutamakan usaha mempelajari ilmu-ilmu daripada orang yang terdekat dengan mereka. Ayah beliau, Saiyid Muhammad al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar, pula merupakan seorang ulama besar yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam urusan Islam di Terengganu. Dapat dipastikan Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus telah belajar pelbagai bidang ilmu daripada orang tuanya sendiri.

Hampir semua orang yang menjadi ulama di Terengganu pada zaman itu memperoleh ilmu melalui jalur daripada ulama-ulama yang berasal dari Patani. Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus, selain belajar daripada ayahnya, juga berguru dengan Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-Fathani atau Tok Syeikh Duyung (lihat Utusan Malaysia, Isnin, 6 Mac 2006).

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/tokjanggut.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.(Foto : Tok Janggut - syahid ditali gantung)

Saiyid Muhammad al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar dan Tok Syeikh Duyung bersahabat baik dan sama-sama belajar daripada Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani di Bukit Bayas, Terengganu. Mereka juga sama-sama belajar dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani di Mekah.

Dalam artikel ini saya terpaksa menjawab satu e-mel dari Brunei Darussalam yang bertanyakan apakah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani berketurunan Nabi Muhammad s.a.w.? Sepanjang dokumen yang ditemui ada tulisan meletakkan nama ‘Wan’ pada awal nama beliau. Ada saudara pupu saya di Mekah memberi maklumat bahawa beliau menemui satu catatan Syeikh Ismail al-Fathani (Pak De ‘El al-Fathani) bahawa ulama Patani itu juga berketurunan marga ‘al-Aidrus’.

Sejak dulu saya mengetahui ada catatan lain menyebut hal yang sama bahawa Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani di Bukit Bayas, Terengganu juga termasuk marga ‘al-Aidrus’. Dengan keterangan ini bererti antara ulama Patani dengan ulama Terengganu yang diriwayatkan ini selain ada hubungan keilmuan mereka juga ada perhubungan nasab.

Perjuangan

Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus (Tok Ku Paloh) melanjutkan pelajarannya di Mekah. Di sana beliau bersahabat dengan Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani (kelahiran Sungai Duyung Kecil, Terengganu) dan ramai lagi. Antara orang yang menjadi guru mereka di Mekah ialah Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/tokkenali.gif” cannot be displayed, because it contains errors.(Foto : Tok Kenali)

Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus setelah pulang dari Mekah memusatkan aktivitinya di Kampung Paloh, Terengganu. Menurut Muhammad Abu Bakar, Kampung Paloh didatangi orang daripada pelbagai jurusan, bukan saja dari sekitar Kuala Terengganu, tetapi juga dari Kelantan, Pahang dan Patani (Ulama Terengganu, hlm. 181). Diriwayatkan bahawa salah seorang murid Tok Ku Paloh ialah Sultan Zainal Abidin III. Riwayat lain pula mengatakan antara muridnya yang terkenal dan menjadi pejuang antipenjajah ialah Haji Abdur Rahman Limbung dan Tok Janggut.

Tok Ku Paloh ialah ulama yang tidak takut menanggung risiko tinggi dalam perjuangan demi mempertahankan Islam dan bangsa Melayu. Beliau melindungi pejuang-pejuang Islam dan Melayu yang bermusuh dengan penjajah Inggeris pada zaman itu. Semangat jihadnya sungguh indah, menarik dan ada hembusan segar seperti yang diriwayatkan oleh Muhammad Abu Bakar.

Katanya: “Dalam Perang Pahang, penentang-penentang British yang dipimpin oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri setelah mengalami tekanan daripada kerajaan.

“ Pada Mei 1894, mereka menghubungi Tok Ku Paloh, dan mendapat simpati daripada ulama tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka, tetapi mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh mereka di Pahang. Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad.

“Hasil semangat baru yang diperoleh daripada Tok Ku Paloh, serta penambahan kekuatan, pasukan pahlawan menjadi lebih besar dan tersusun.” (Ulama Terengganu, hlm. 184)

Daripada riwayat ini, kita dapat mengambil iktibar berdasarkan peristiwa dunia terkini bahawa ramai tokoh Islam menjadi pejuang Islam dan bangsanya, dan ramai pula yang menjadi pengkhianat. Afghanistan, Iraq, Palestin dan Lebanon menjadi sasaran bom yang dilancarkan oleh bangsa-bangsa bukan Islam. Ada ramai pejuang Islam di sana. Pengkhianat pun banyak. Bangsa kita, bangsa Melayu yang beragama Islam, patut mencontohi perjuangan bijak Tok Ku Paloh. Janganlah ada manusia Melayu yang khianat terhadap agama Islam dan bangsanya.

Tok Ku Paloh sangat berpengaruh terhadap murid dan saudara ipar beliau iaitu Sultan Zainal Abidin III. Beberapa pandangan dan nasihat Tok Ku Paloh kepada Sultan Zainal Abidin III tentang pentadbiran kerajaan banyak persamaan dengan surat-surat dan puisi Syeikh Ahmad al-Fathani kepada Sultan Terengganu itu. Semasa Tok Ku Paloh dan Sultan Zainal Abidin III masih hidup, Inggeris tidak berhasil mencampuri pentadbiran negeri Terengganu.

Tok Ku Paloh wafat pada bulan Zulhijjah 1335 H/September 1917 M dan Sultan Zainal Abidin III mangkat pada 22 Safar 1337 H/26 November 1918 M. Sesudah itu, tepat pada 24 Mei 1919 M barulah Inggeris dapat mencampuri kerajaan Terengganu.

Penulisan

Ahli sejarah, Datuk Misbaha ada menyebut bahawa risalah ‘Uqud ad-Durratain adalah karya Tok Ku Tuan Besar, berdasarkan cetakan tahun 1950 oleh ahli-ahli Al-Khair dan cetakan pada tahun 1978 oleh Yayasan Islam Terengganu (Pesaka, hlm. 91). Tetapi pada cetakan yang jauh lebih awal berupa selembaran dalam ukuran besar yang diberi judul Dhiya’ ‘Uqud ad-Durratain, ia merupakan karya Tok Ku Paloh. Tertulis pada cetakan itu, “Telah mengeluar dan mengecapkan terjemah ini oleh kita as-Saiyid Abdur Rahman bin Muhammad bin Zain bin Husein bin Mustafa al-Aidrus….”

Di bawah doa dalam risalah itu dinyatakan kalimat, “Tiada dibenarkan sekali-kali siapa-siapa mengecapkan terjemah ini melainkan dengan izin Muallifnya dan Multazimnya Ismail Fathani. Tercap kepada 22 Ramadan sanah 1335 (bersamaan dengan 11 Julai 1917 M).”

Yang dimaksudkan Ismail Fathani pada kalimat ini ialah Kadi Haji Wan Ismail bin Syeikh Ahmad al-Fathani. Risalah cetakan ini saya terima daripada salah seorang murid Haji Wan Ismail Fathani.

Beliau menjelaskan bahawa risalah itu diajarkan di Jambu, Patani secara hafalan. Orang yang menyerahkan risalah itu bernama Nik Wan Halimah yang berusia lebih kurang 78 tahun (Oktober 2000). Ketika beliau menyerahkan risalah itu kepada saya, beliau masih hafal apa yang termaktub dalam risalah itu.

Kemuncak penulisan Tok Ku Paloh yang sering diperkatakan orang ialah kitab yang diberi judul Ma’arij al-Lahfan. Sungguhpun kitab ini sangat terkenal dalam kalangan masyarakat sufi sekitar Terengganu, Kelantan dan Pahang namun ia belum dijumpai dalam bentuk cetakan

Catatan :
Tokoh yang sebegini hebat, hanya dinamakan kepada sebuah ‘penambang’ di Taman Tamadun

The image “http://buletinonline.net/images/pas/penambangtti1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Sumber: BuletinOnline


Nota: Paloh adalah nama sebuah kampung bersebelahan dengan Losong (Terkenal dengan keropoknya). Di Losong inilah juga terletaknya Muzium Negeri Terengganu dan bersebelahan dengannya berdirinya Masjid Tokku Paloh. Paloh jugalah kampung tempat tinggalku sekarang...
Read more!

Kisah Burung Pipit Yang Bijak Dan Lelaki Tamak

Jika seseorang meningingkan yang serba banyak atau terlalu panjang
angan-angannya atas sesuatu yang lebih, nescaya hilanglah sifat qana'
(merasa cukup dengan yang ada). Dan tidak mustahil ia menjadi kotor
akibat haloba dan hina akibat rakus sebab kedua sifat itu mengheret
kepada pekerti yang jahat untuk mengerjakan perbuatan-perbuatan
mungkar, yang merosakkan maruah (harga diri).

Untuk itu, rasanya tidak keliru kalau kita perhatikan sebuah hadis
Nabi S.A.W:

" Apabila anak Adam (manusia) itu mempunyai dua lembah emas, nescaya
ia akan mencari yang ketiga untuk tambahan dua lembah itu tadi. Dan
rongga anak Adam itu tidak akan penuh selain dari tanah. Tetapi,
Allah menerima taubat terhadap sesiapa yang bertaubat. " Demikian
sabda Nabi.

Ada sebuah cerita menarik dari Asy-Sy-bi' yang layak kita semak dan
cermat. Cerita bahawa terdapat seseorang lelaki menangkap burung
qunbarah ( semacam burung pipit ).

Tiba-tiba burung itu bertanya, " Apa yang ingin engkau lakukan pada
diriku?"

Lelaki itu menjawab " Akan aku sembelih engkau dan aku makan engkau "

" Demi Allah ! Engkau tidak akan begitu berselera memakanku dan aku
tidak akan mengenyangkan engkau. Jangan engkau makan aku, tetapi akan
aku beritahu kepada engkau tiga perkara yang lebih baik bagi engkau
daripada memakanku "

" Baiklah, sebutkan ketiga perkara itu "

" Perkara yang pertama. Aku akan beritahu saat aku berada di tanganmu
ini. Yang kedua, apabila aku engkau lepas dan terbang ke atas pohon.
Yang ketiga, saat nanti apabila aku telah terbang lagi dan di atas
bukit."

Lelaki itu menyanggupi.

" Nah, katakanlah yang pertama ", Kata lelaki itu kemudian.

" Janganlah engkau merisaukan apa yang telah hilang dari engkau "

Lalu lelaki tersebut melepaskan burung itu. Takala ia telah berada di
atas pohon, berkatalah lelaki itu. " Katakan perkara yang kedua "

" Janganlah engkau benarkan apa yang tidak ada bahawa ia tidak ada. "
jawab burung itu.

Kemudian burung itu terbang dan hinggap di atas bukit serta tiba-tiba
ia berkata " Hai, orang yang sial. Jika tadi engkau sembelih aku,
nescaya akan engkau dapati dalam tubuhku ada dua biji mutiara. Berat
tiap-tiap mutiara itu dua puluh gram."

Lelaki itu mengigit bibirnya, risau dan menyesal.

" Cepat katakan yang ketiga. " katanya kemudian geram.

" Engkau telah lupa akan perkara dua perkara tadi, bagaiman mungkin
aku terangkan perkara ketiga? Bukankah aku telah mengatakan bahawa
engkau jangan mengeluh terhadap apa yang telah hilang dari engkau?
Dan jangan engkau benarkan apa-apa yang tidak ada? Cuba engkau
fikirkan, hai orang yang celaka. Aku, dagingku darahku dan buluku
tidak akan ada dua puluh gram. Lantaran itu, bagaimana mungkin akan
ada dalam perutku dua biji mutiara yang masing-masing seberat dua
puluh gram? "
Kemudian terbanglah burung bijak itu meninggalkan si lelaki yang
merenungi ketamakannya itu.

Itulah contoh betapa halobanya anak adam yang dapat membuatkan diri
dari mengetahui kebenaran.

Mutiara Hikmah
# Jangan risau tentang apa yang telah hilang dari anda.
# Jangan inginkan sesuatu yang tidak ada bahawa ia akan ada. Read more!

Riwayat Imam Syafi’i (muqaddimah)

آمنت بالله ومما جاء عن الله على مراد الله وآمنت برسول الله ومما جاء عن رسول الله على مراد رسول الله

Aku beriman kepada Allah dan apa yang datang dari-Nya sesuai dengan apa yang dimaksudkan Allah. Aku beriman kepada Rasul-Nya dan apa yang datang darinya sesuai dengan apa yang dimaksudkan Rasullullah. (luma'atul i'tiqod hal.36, manhaj Imam Syafi'i fi itsbatil aqidah:I/83)


Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas

Imam Syafi’i salah seorang Ulama Fiqih (hukum Islam) yang terkenal dan mempunyai pengikut yang ramai di Negara-Negara yang ramai penduduk Islamnya terutama di Indonesia dan Malaysia. Beliau di lahirkan pada tahun 150 H di Gaza. Imam Syafi’i menghabiskan seluruh hidupnya untuk mengkaji hal-hal yang berkenaan Hukum Islam.

Disamping itu beliau juga salah seorang ahli sya’ir yang terkenal dengan sya’irnya yang indah dan berisi. Syairnya-syairnya ibarat untaian mutiara yang gemerlapan, penuh dengan ungkapan-ungkapan balaghah, hikmah, dan nasihat yang bernilai tinggi. Imam Syafi’i pencinta Ilmu Pengetahuan semenjak kecil lagi. Beliau biasa mengkhatamkan al-Quran sebanyak enam puluh kali, terutama dalam bulan Ramadhan, terutama dibacanya ketika sholat. Imam Syafi’i seorang yang suka berderma dari apapun harta yang dimilikinya.

Hidupnya sangat sederhana terutama dalam makan dan minum. Beliau tidak pernah makan kenyang semenjak usia enam belas tahun. Karena kekenyangan akan menambah berat badan, mengeraskan hati, menumpulkan otak, membawa mengantuk dan malas beribadah, demikian kata Imam Syafi’i.

Imam Syafi’i wafat selepas magrib malam Juma’at, akhir bulan Rajab, dan jenazah beliau dikebumikan pada hari Jum’at, tahun 204 Hijriyah di Mesir. Ramai Ulama yang mengakui kejujuran, keadilan, kezuhudan, kewara’an, dan akhlak yang mulia yang dimiliki oleh Imam Syafi’i. Selama hidupnya penuh dengan petunjuk dengan sifat taqwanya yang tinggi dan hidupnya jauh dari kesesatan dan kejahatan.

Beliau jujur dalam Hukum-Hukumnya, berlandaskan Kebenaran dan Keadilan Allah s.w.t. yang disanjung tinggi. Hukum-Hukumnya ibarat bintang-gemintang yang menjadi perhiasan angkasa raya. Beliau suka merantau untuk menambah Ilmu Pengetahuan dan mengamalkannya untuk kepentingan Ummat. Untaian mutiara pesanan yang ditinggalnya sangatlah banyak antara lain beliau berpesan:

* Pergilah (merantaulah) dengan penuh keyakinan, niscaya akan engkau temui lima kegunaan, yaitu Ilmu Pengetahuan, Adab, pendapatan, menghilangkan kesedihan, mengagungkan jiwa, dan persahabatan.
* Sungguh aku melihat air yang tergenang membawa bau yang tidak sedap. Jika ia terus mengalir maka air itu akan kelihatan bening dan sehat untuk diminum. Jika engkau biarkan air itu tergenang maka ia akan membusuk.
* Singa hutan dapat menerkam mangsanya, setelah ia meninggalkan sarangnya. Anak panah yang tajam tak akan mengenai sasarannya, jika tidak meninggalkan busurnya.
* Emas bagaikan debu, sebelum ditambang. Pohon cendana yang tetancap ditempatnya, tak ubah seumpama kayu bakar (kayu api).
* Jika engkau tinggalkan tempat kelahirnmu, engkau akan menemui derajat yang mulia ditempat yang baru, dan engkau bagaikan emas sudah terangkat dari tempatnya.

Masa kecil beliau

Semenjak kecil Syafi’i telah hafal al-Quran dan banyak dari Hadis Nabi s.a.w. Dimana beliau mendengar ada orang Alim, maka beliau segera menemuinya untuk menimba Ilmu Pengetahuan. Ketika berusia masih kecil yaitu 14 tahun, beliau menceritakan hasratnya kepada ibundanya yang sangat dikasihinya tentang keinginannya untuk menambahkan Ilmu Pengetahuan dengan cara merantau.

Mulanya Ibundanya berat untuk melepaskan Syafi’i, karena beliaulah seorang yang menjadi harapan ibunya untuk menjaganya di hari tuanya. Demi ketaatan dan kecintaan Syafi’i kepada Ibundanya, maka mulanya beliau terpaksa membatalkan keinginannya itu, demi kasih sayangnya kepada ibunya itu. Meskipun demikian akhirnya ibundanya mengizinkan Syafi’i untuk memenuhi hajatnya untuk menambah Ilmu Pengetahuan.

Sebelumnya melepaskan Syafi’i berangkat, maka ibundanya mendo’akannya
:”Ya Allah Tuhan yang menguasai seluruh Alam ! Anakku ini akan meninggalkan aku untuk berjalan jauh, menuju keredhaanMu. Aku rela melepaskannya untuk menuntut Ilmu Pengetahuan peninggalan Pesuruhmu. Oleh karena itu aku bermohon kepadaMu ya Allah permudahkanlah urusannya. Peliharakanlah keselamatanNya, panjangkanlah umurnya agar aku dapat melihat sepulangnya nanti dengan dada yang penuh dengan Ilmu Pengetahuan yang berguna, amin!”

Selesainya berdo’a ibundanya memeluk Syafi’i kecil dengan penuh kasih sayang dan dengan linangan air mata karena sedih untuk berpisah. Sambil berkata: “Pergilah anakku Allah bersamamu !Insya-Allah engkau akan menjadi bintang Ilmu yang paling gemerlapan dikemudian hari. Pergilah sekarang karena ibu telah redha melepaskanmu. Ingatlah bahwa Allah itulah sebaik-baik tempat untuk memohon perlindungan ! Selepas ibunya mendo’akan Syafi’i, maka Syafi’i mencium tangan ibunya dan mengucapkan selamat tinggal kepada ibunya.

Sambil meninggalkan ibunda yang sangat dikasihinya dengan hati yang pilu Syafi’i melambaikan tangan mengucapkan salam selamat tinggal, dan mengharapkan ibundanya senantiasa mendo’akannya untuk kesejahteraan dan keberhasilannya dalam menuntut Ilmu Pengetahuan yang berguna.

Oleh karena kehidupannya yang sangat miskin, maka Syafi’i berangkat dengan tidak membawa perbekalan uang, kecuali dengan berbekalkan do’a ibunya dan cita-cita yang teguh untuk menambah Ilmu Pengetahuan sambil bertawakkal kepada Allah s.w.t.

Imam Syafi’i mengisahkan perpisahan dengan ibunya dengan mengatakan: “Sesekali aku menoleh kebelakang untuk melambaikan tangan kepada ibuku. Dia masih terjegat diluar pekarangan rumah sambil memperhatikan aku. Lama-kelamaan wajah ibu menjadi samar ditelan kabus pagi. Aku meninggalkan kota Makkah yang penuh barkah, tanpa membawa sedikitpun bekalan uang, apa yang menjadi bekalan bagi diriku hanyalah Iman yang teguh dan hati yang penuh tawakkal kepada Allah s.w.t.serta do’a restu ibuku sahaja. Aku serahkan diriku kepada Allah seru sekalian
Alam.”

imam syafi’i sewaktu berguru dengan imam malik

Betapa gembiranya Imam Malik karena mendapat seorang murid yang cerdas dan bijak seperti Syaf’i. Syaf’i semenjak kecil bukan saja telah hapal
seluruh isi al-Quran dan ribuan hadis Nabi s.a.w. malah beliau juga telah
hapal seluruh isi kitab Hadis Muwatta’ karangan Imam Malik bin
Anas, sebelumnya Syaafi’i bertemu dengan Imam Malik. Imam Syafi’i membagi malam kepada tiga bahagian yaitu:

* Sepertiga untuk Ilmu Pengetahuan
* Sepertiga untuk sholat
* Sepertiga untuk tidur

Rabi’ menerangkan bahwa Imam Syafi’i setiap hari menamatkan al-Quran
sekali, tetapi dalam bulan Ramadhan seluruhnya enam puluh kali, dan
semuanya dibaca ketika menunaikan ibadah Sholat. Imam Syafi’i sendiri
menerangkan bahwa beliau belum pernah bersumpah seumur hidupnya, baik ketika membenarkan sesuatu ataupun mendustakan sesuatu. Pernah disatu ketika ada orang bertanyakan sesuatu masaalah kepada beliau. Ketika itu Imam Syafi’i mendiamkan diri sejenak tidak langsung menjawabnya. Ketika beliau disoal mengapa berbuat demikian, maka Imam Syafi’i menjelaskan:

“Aku menunggu terlebih dahulu, sehingga aku mengetahui, mana yang lebih
baik aku diam ataupun menjawab pertanyaanmu.”

Ini menunjukkan bahwa Imam Syafi’i adalah orang yang sangat teliti dalam memberikan sesuatu fatwa, kepada seseorang yang bertanyakan sesuatu masaalah semasa.

Imam Syafi’i pernah mengatakan: “Pada suatu hari aku tidak punya uang sesenpun, sedangkan aku ingin benar menuntut Ilmu. Lalu aku pergi bekerja disebuah Dewan untuk mendapat sedikit belanja”. Ini menunjukkan bahwa Imam Syafi’i tidak berdiam diri ketika menemui kesulitan dalam
keuangan, terutama ketika menuntut Ilmu, beliau bersedia bekerja apa saja
yang halal, asalkan saja cita-citanya tercapai.

Imam Ghazali pernah menceritakan bahwa Imam Syafi’i juga adalah seorang Tokoh penting dalam kehidupan Sufi. Ia seorang yang sangat Taqwa tidak ingin bermegah-megahan dalam hal apapun juga. Berkenaan Ilmu Sufi, Imam Syafi’i berkata: “Saya ingin manusia itu mempelajari Ilmu ini, tetapi janganlah menyebut-nyebut namaku, dengan sepatah kata juapun”.

Diantara kata-kata yang bernilai sufi daripada Imam Syafi’i ialah:

* Orang yang zalim kepada dirinya, ialah orang yang merendahkan dirinya kepada orang yang tidak memuliakannya dan orang yang menyukai sesuatu benda yang tidak memberi manfaat kepadanya, begitu juga orang yang menerima sesuatu pujian dari seseorang yang lain yang tidak mengenalnya, dengan sesungguh-sungguhnya.

* Orang yang tidak diutamakan karena Taqwanya, tidaklah termasuk Orang Yang Utama.

* Siasat manusia lebih kejam daripada siasat binatang.

* Jikalau kuketahui bahwa ia dengan itu dapat mengurangi kehormatanku, meskipun aku haus, aku tidak akan meminumnya.

* Diantara tanda-tanda benar dalam Ukhuwah ialah menerima keritikan teman, menutupi aib teman, dan mengampuni kesalahannya.” Demikianlah kata-kata Hikmah dari Imam Syafi’i r.a.

sumber
http://www.shiar-islam.com

Read more!

Apabila Uskup Anglikan Mendukung Penerapan Syariah Islam

Pemimpin Keuskupan Canterbury-pusat agama Kristian Anglikan- Rowan Williams menyatakan keyakinannya bahawa masyarakat di Britain perlu mengadaptasi sejumlah hukum syariah karana dapat membantu merapatkan hubungan antara warga masyarakat di Britain.

"Hal itu tidak dapat dihindarkan lagi. Pada kenyataannya, beberapa aturan syariah sudah dikenalpasti dalam masyarakat kita dan ada dalam hukum kita. Jadi, situasinya tidak seolah-olah kita membawa mahluk asing dan sistem yang menjadi rival sistem yang ada, " kata Williams dalam siaran radio BBC.

Uskup Williams mengungkapkan, hukum syariah selayaknya diperkenalkan sebagai alternatif bagi sumber hukum secara rasmi, ianya perlu apabila isu-isu berkaitan dengan warga Muslim seperti masalah perkawinan dan masalah kewangan.

Menurut Williams, warga Muslim tidak harus memilih antara dua pilihan yang kaku "apakah harus loyal terhadap budaya atau loyal terhadap negara."

Berdasarkan hukum di Britain, setiap orang boleh memilih cara mereka sendiri dalam upaya menyelesaikan pertikaian, dihadapan pihak ketiga yang sudah disepakati dan kedua pihak yang bertikai sepakat dengan proses penyelesaian tersebut.

Dalam hal ini, menurut Uskup Williams, termasuk cara lewat pengadilan syariah seperti Beth Din milik warga Yahudi yang lebih dulu wujud di Britain.

Seperti sudah bisa diduga, kenyataan Uskup Williams bahawa sudah saatnya Britain membuka pintu terhadap hukum syariah, menerima kritik dari berbagai pihak termasuk pemerintah Britain sendiri.

Perdana Menteri Britain Gordon Brown menerusi jurucakapnya mengatakan bahwa hukum Britain harus berdasarkan kepada nilai-nilai yang berlaku di Britain.

"Perdana Menteri menegaskan bahawa hukum Britain-lah yang berlaku di negeri ini dan prinsip-prinsip syariah tidak boleh dimasukkan dalam pengadilan sivil untuk memecahkan pertikaian yang terjadi di masyarakat, " kata jurucakap Brown. Pengecualian boleh berlaku dalam kes-kes yang dianggap spesifik.

Kelompok Konservatif di Britain juga mengecam kenyataan Uskup Williams. "Komentar Uskup tidak banyak membantu dan mungkin hanya akan menambah kebingungan yang sudah ada di tengah masyarakat kita, " kata Tories, menteri bayangan hubungan masyarakat, yang ketika ini dipegang oleh Sayeeda Warsi, seorang Muslim Inggris.

Kenyataan serupa dilontarkan tokoh Liberal Lib Dems yang mengatakan bahwa dia tidak setuju dengan Kenyataan Uskup Williams. "Kita tidak akan hidup dalam situasi di mana berlaku hukum yang berbeza untuk orang-orang tertentu, " ujarnya. (ln/iol)



Nota: Kalau dah uskup yang bukan Islam ni pun boleh paham kepentingan hukum Syariah, apalagi alasan ulama² Islam Hadhari untuk menolaknya. Rasanya mana² ulama' suk yang tak faham² tu, datang²lah jumpa uskup ni, mana tau boleh belajar dari dia. Bukan belajar nak jadi murtad, tapi belajar bertanya macam mana dia boleh menyokong hukum Syariah ni? Read more!

Ulama Pewaris Nabi... Mereka² yang meninggalkan kita!

Allah SWT akan senantiasa menanamkan tunas-Nya, yaitu generasi penerus para nabi dan rasul bagi agama Islam yang dapat menegakkan hujjah-hujjah-Nya bagi manusia. Mereka akan berjuang untuk menjelaskan agama Allah dan syariat-Nya dan memberikan bantahan atas orang-orang yang mengingkari kitab-Nya (Alquran) dan aagama-Nya serta menyelewengkannya dari tempatnya.

Imam Ahmad berkata, "Segala puji bagi Allah SWT yang telah menciptakan segolongan ulama yang hidup pada setiap masa antara rasul-rasul-Nya, mereka meyeru orang-orang sesat untuk kembali kepada Allah, bersabar dalam menerima cobaan, menghidupkan orang-orang mati dengan kitab Allah, menjadikan orang-orang buta dapat melihat dengan cahaya Allah. Berapa banyak orang yang gugur karena melawan iblis telah dihidupkannya, dan berapa banyak pula orang-orang sesat yang telah mereka berikan petunjuk. Alangkah baiknya jejak mereka bagi manusia dan alangkah buruknya jejak orang-orang sesat. Mereka menghapuskan penyelewengan atas kitab Allah yang dilakukan oleh orang-orang yang lalai dan orang-orang yang sesat serta penafsiran orang-orang bodoh, yang merupakan para pembuat bid'ah. Mereka juga membersihkan para pembuat fitnah, orang-orang yang menyeleweng dari dan bertentangan dengan kitab Allah bersepakat meninggalkan kitab-Nya tanpa berdasarkan ilmu, membicarakan masalah-masalah mutasyabih (yang samar-samar) dari firman Allah dan membodohi orang-orang awam dengan penafsiran mereka tentang mutasyabih. Kami berlindung kepada Allah dari fitnah orang-orang yang sesat." (Ar-Radd 'ala al-Jahmiyyah wal Zanadiqah, 85, tahqiq Dr. Abdurrahman Umairah).

Mereka adalah kelompok yang selamat dan mendapat pertolongan Allah yang keberadaannya telah diberitahukan oleh Rasulullah saw ketika terjadi perbedaan pendapat di antara manausia dan perpecahan. Bahkan, beliau memberitakan bahwa kelanggengan golongan selamat di lingkungan umat ini hingga Allah menurunkan pertolongannya yang mana kesesatan orang-orang yang menyeleweng dan tipu daya para pembohong tidak akan memalingkan mereka. Hal demikian telah dikemukakan pada banyak hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan para sahabat yang mulia, di antaranya riwayat Imam Muslim dengan sanadnya kepada Tsauban ra bahwa ia berkata, Rasulullah saw bersabda, "Di antara umatku masih ada segolongan orang yang menjalankan kebenaran, yang mana mereka tidak dapat disesatkan oleh orang yang memperdaya mereka hingga pertolongan Allah datang, dan mereka pun demikian."

Juga hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Abu Hurairah dari Rasulullah saw, bahwa beliau bersabda, "Di dalam umat ini masih terdapat segolongan orang yang berada dalam kebenaran, yang mana mereka tidak akan disesatkan oleh orang yang menentang mereka hingga datang pertolongan Allah, begitulah keadaan mereka."



Penerangan Hadis:
Golongan yang selamat ini memiliki ciri-ciri tertentu, dan beberapa ciri, di antaranya adalah:

1. Berada dalam kebenaran (al-haq), mereka menjalankan agama yang benar, berpegang teguh padanya, seperti halnya mengamalkan ilmu yang benar yang berdasarkan pada dalil-dalil syar'i, dan merealisasikannya dengan sepenuh hati dan anggota tubuh.

Syekh Salman bin Fahd al-Audah mengatakan, "Beberapa aspek yang menonjol dari kebenaran yang dapat menjadi pegangan bagi segolongan orang hingga menjadikannya sebagai golongan ang selamat adalah:

a. Istiqamah (konsisten) dalam memegang keyakinan dan menjalankan apa-apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya, serta menjauhi bid'ah dan orang-orangnya.
b. Konsisten dalam menempuh jalan hidup dengan tetap pada petunjuk dan perilaku yang berdasarkan pada metode nabi yang diwariskan kepada sahabat-sahabatnya, dan terbebas dari sebab-sebab kefasikan, keraguan, dan nafsu yang diharamkan.
c. Konsisten dalam jihad (berjuang di jalan Allah), baik dengan jiwanya maupun hartanya, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, serta menegakkan hujjah bagi seluruh alam semesta.

2. Menjalankan perintah-perintah Allah dalam menyebarkan agama yang benar, menjelaskannya kepada manusia dan mencegah keragu-raguan, menyebarkan sunnah kepada kaum muslimin, memerangi bid'ah, dan menjalankan kewajibannya dalam memerintahkan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta berjihad di jalan Allah.

3. Mereka tetap ada hingga hari kiamat. Syekh Salman al-Audah mengatakan, "Kata azh-zhuhur (tampak atau ada) dalam konteks ini--seperti yang terlihat--mencakup beberapa makna, yaitu: pertama, makna yang sering digunakan dalam tema ini, yakni jelas, nyata, dan tidak ada penghalang atau penutup, jadi mereka benar-benar terlihat nyata dan jelas.
Secara global, pengertian demikian adalah ilustrasi yang benar mengenai golongan ini, karena kegiatan dakwah yang mereka lakukan, ajakan mereka kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, jihad, menegakkan hujjah, yaitu bahwa golongan ini muncul ke permukaan dan terkenal, metodenya telah dikenal dan arahnya jelas.... Upaya golongan ini dalam menjalankan kewajiban tabligh (penyampaian) dan dakwah, memerangi kemungkaran dan menghancurkan musuh-musuhnya, hal itu semua memerlukan penampilan mereka secara terang-terangan tanpa ada penghalang, berusaha keras menyuarakan kebenaran secara lantang begi setiap muslim, bahkan setiap orang."

Golongan yang selamat dan yang mendapatkan pertolongan Allah ini juga memiliki banyak ciri-ciri yang lain.

Abdullah bin al-Mubarak mengatakan, "Menurutku, mereka adalah orang-orang yang melaksanakan hadis."

Yazid bi Harun mengatakan, "Jika mereka bukan orang-orang yang melaksanakan hadis, saya tidak tahu siapa mereka."

Imam Ahmad berkata, "Jika mereka bukan orang-orang yang melaksanakan hadis, saya tidak tahu siapa mereka."

Imam al-Bukhari menyebutkan sebuah hadis, "Di antara umatku masih terdapat segolongan....' Mereka adalah para ulama."

Demikian beberapa pendapat para ulama tentng golongan yang selamat dan masih banyak pendapat lain yang pengertiannya tidak jauh berbeda dari apa yang telah dikemukakan di atas.

Kesimpulan yang dapat ditarik dari pendapat-pendapat di atas adalah bahwa orang-orang yang menekuni ilmu syariat, akidah, fikih, hadis, tafsir, belajar-mengajar, dakwah, dan praktik mereka adalah kaum yang paling pertama disebut sebagai golongan yang selamat. Mereka adalah orang yang paling utama melakukan dakwah dan jihad, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, menolak para pembuat bid'ah. Itu semua harus didampingi oleh ilmu yang benar yang diambil dari wahyu.

Jika golongan yang selamat ini ada yang terdiri dari pemimpin-pemimpin yang memegang teguh syariat, para ulama, dam mujahid, maka manusia pada umumnya akan menyambut mereka dengan ilmu dan keutamaan, sehingga ilmu yang benar yang berdasarkan Alquran dan sunnah Nabi saw akan melauas di masyarakat. Dengan demikian, hujjah Allah dapat ditegakkan bagi manusia, karena Allah Ta'ala telah menjadikan golongan yang selamat ini sebagai hujjah bagi hamba-hambaa-Nya sampai terjadinya kiamat. dari merekalah manusia mempelajari ilmu.

Keberadaan golongan ini di suatu tempat dapat menjadikan isyarat untuk menentukan bahwa hujjah Allah telah ditegakkan bagi orang-orang yang hidup di tempat tersebut. sebaliknya, keberadaan mereka yang tingal di lingkungan golongan selamat berbeda dengan orang-orang yang hidup di lingkungan yang mayoritas penghuninya adalah orang-orang yang sesat dan ahli bid'ah dan sunnah, karenanya menjadi sesuatu yang asing.

Riwayat: Al-Jahl bi Masail al-I'tiqad wa Hukmuhu


---------------

Baru² ini kita telah ditinggalkan oleh 2 orang ulama yang telah pergi meninggalkan alam yang fana ini. Al-Fatihah buat al Ustaz Dato' Ishak Baharom seorang ulama tanahair dan juga Al-Fatihah buat Allahyarham Syeikh Mustafa Said al-Khin seorang ulama timur tengah yang terkenal kelahiran Syam.
Read more!

Wikipedia Hina Islam... Satu lagi rancangan kuffar!

Baru saja rasanya umat Islam dimalukan oleh Jyllands-Posten beberapa ketika dulu kini sekali lagi dimalukan apabila pihak Wikipedia enggan membuang gambar yang mereka dakwa sebagai Rasulullah... dalam hal ini ku ingin bertanya! kemanakah pemimpin² Islam? Mana dia suara OIC yang dipengerusikan oleh negara Islam Hadhari? Beginilah jadinya apabila umat Islam tidak mengusai dunia sebagaimana telah di ulas oleh Sheikh Abu Hasan `Ali al-Nadwi dalam kitabnya Maza khasira al-`Alam bi Inhitat al-Muslimin... Yahudi & Nasara tanpa segan silu memalukan umat Islam, sungguh licik rancangan mereka. Disini kupetik berita dari dua sumber untuk bacaan semua, satu daripada IslamOnline dan lagi satu dari Eramuslim. Pakat²la sign petition tu ye! Walaupun ianya hanya petisyen yang mungkin tiada apa², tapi tunjukkanlah rasa tanggungjawab kita sekurang²nya menunjukkan ketidak setujuan kita mengenai hal ini.


Wikipedia Prophet Images Irk Muslims

By IOL Staff

CAIRO — More than 90,000 people are asking Wikipedia, the biggest multilingual free-content encyclopedia on the Internet, to remove medieval images it says are of Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him).

"We Muslims respect all religions and expect the same respect from all," Nayyar Iqbal, Pakistan, wrote on Tuesday, February 5, adding his name to the online petition.

"Kindly remove the illustrations of our beloved prophet from the Wikipedia."

The petition, posted on ThePetitionSite.com, was created on December 4 by Faraz Ahmad from the United Kingdom.

When IslamOnline.net last checked it at 18:30 GMT, it was signed by 90,245 from 83,691 a day earlier.

Check Petition

Skimming through the entities, which are both dated and serially numbered, suggests the petition has been signed by people from almost every world country.

Many just write their names and country while others add their own comments but all agree on thing; Wikipedia must remove the photos.

"Please remove the false photographs of Prophet Mohammad as he himself in his own life had prohibited for his portraits," wrote Samad Ahmad, Albania.

Some of images, which are believed to be drawn in the 12th century, are not merely illustrative, but offensive.

One of them portrayed the Prophet as an idol to whom Muslims prayed for aid in battle. Another represents the Prophet as a monk and cardinal.

Prophet Muhammad forbade Muslims to make images of living beings whether human or animals let alone himself.

He feared that these images would lead to idolatry as images of pious and religious figures were often worshiped by many people in Arabia at the time as well as in other cultures and societies.

No Compromise

The San Francisco-based Wikimedia Foundation has been inundated by emails, urging it to remove the imagery.

"We have been noticing a lot more similar sounding, similar looking e-mails beginning mid-January," Jay Walsh, a spokesman for the Wikimedia Foundation, told The New York Times.

Wikipedia considered but rejected a compromise that would allow visitors to choose whether to view the page with images.

"Since Wikipedia is an encyclopedia with the goal of representing all topics from a neutral point of view, Wikipedia is not censored for the benefit of any particular group," it explained the refusal.

But the petitioners are not satisfied with this response.

"I strongly condemned this act by wiki and I demand immediate removal of the picture from wiki pages," Pakistani Hassaan Mustafa wrote Tuesday.

"Freedom of Speech doesn't mean that u start hurting millions humans personal feelings. Respect Every One."

In September 2005, Danish mass-circulation Jyllands-Posten published 12 drawings including portrayals of a man the daily called the Prophet, wearing a bomb-shaped turban and another showing him as a knife-wielding nomad flanked by shrouded women.

The cartoons, considered blasphemous under Islam, triggered mass protests across the world and strained Muslim-West ties.

Sumber: IslamOnline
----------------------------


Meski Sudah Diprotes, Wikipedia Tolak Hapus Gambar-Gambar Nabi Muhammad Saw

Laman web Wikipedia ternyata memuatkan beberapa gambar yang diberi keterangan sebagai sosok Nabi Muhammad Saw. Gambar-gambar itu mendorong Faraz Ahmad, seorang muslim Inggris, membuat petisi secara online yang isinya mendesak pengelola Wikipedia menghapus gambar-gambar tersebut.

Petisi yang bisa dikunjungi di alamat ThePetitionSite.com ini, menurut Islamonline, dibuat sejak 4 Desember 2007 dan sampai hari Selasa (5/2) sudah 90.245 orang dari seluruh dunia yang mengisi menandatangani petisi tersebut. Terjadi kenaikan yang cukup signifikan dibandingkan satu hari sebelumnya, di mana penandatangan petisi jumlahnya baru 83.691 orang.

Seorang penandatangan petisi bernama Nayyar Iqbal asal Pakistan pada tanggal 5 Februari menulis, "Kami, umat Islam menghormati semua agama dan berharap yang sama dari semua agama lain."

Mereka yang ikut mengisi petisi tersebut, ada yang hanya menuliskan nama dan asal negaranya saja, ada juga yang menuliskan komentarnya. Mereka semua sepakat bahwa Wikipedia haris menghapus gambar-gambar yang diberi keterangan sebagai sosok Nabi Muhammad Saw.

"Mohon, gambar-gambar palsu Nabi Muhammad Saw dihapus. Karena Rasulullah sendiri dalam kehidupannya melarang gambar-gambar dirinya, " tulis Samad Ahmad dari Albania.

Gambar-gambar yang disebut sosok Nabi Muhammad Saw yang dimuat Wikipedia diklaim sebagai gambar-gambar yang dibuat pada abad ke-12. Gambar-gambar itu bukan sekedar ilustrasi di Wikipedia, tapi sudah bersifat ofensif. Dalam satu gambar misalnya, Nabi Muhammad Saw digambarkan seperti seorang pendeta dan seorang kardinal.

Wikipedia Foundation yang berbasis di San Francisco mengakui sudah menerima banyak email sejak pertengahan Januari, yang meminta gambar-gambar Rasulullah dihapus dalam situs tersebut. Pihak Wikipedia menyatakan mempertimbangkan email-email itu tapi menolak untuk menghapusnya. Wikipedia menyerahkan pilihan pada pengunjung situsnya apakah mau melihat gambar-gambar itu atau tidak.

"Wikipedia adalah ensiklopedia yang tujuannnya menyajikan beragam topik dari sudut pandang yang netral. Wikipedia tidak akan melakukan sensor untuk memenuhi kepentingan kelompok-kelompok tertentu, " kata Jay Walsh dari Wikipedia Foundation pada surat kabar New York Times.

Jawaban pihak Wikipedia tidak memuaskan para penandatangan petisi. "Saya dengan tegas mengutuk tindakan Wiki dan saya mendesak agar gambar-gambar itu segera dihapus dari halaman Wiki, " tulis Hassan Mustafa dari Pakistan.

"Kebebasan berpendapat bukan berarti Anda menyakiti perasaan jutaan orang. Hormatilah setiap orang, " tandas Hassan (ln/iol)

Sumber: Eramuslim


P/S: Tunjukkan rasa tidak setuju kita dengan tindakan Wikipedia ini dengan menanda petisyen, sila klik
Read more!

Bilakah lagi kita semua Satu Hati?

Pilihanraya bakal kunjung tiba, sama²lah kita semua bersatu hati... bersatu hati mendaulatkan Islam di bumi Malaysia tercinta ini... Takbir!

Read more!

Religion Vs Money in Malaysian Polls

IslamOnline.net & News Agencies


Image

With 94 percent of its population are Muslims, Kelantan has an appearance of piety and austerity

KOTA BAHRU, Malaysia — With Muslim-majority Malaysia gearing up for general elections, the political battle lines in the northern state of Kelantan are quite clear: religion versus money.

"Kelantan is strongly religion-orientated," Syed Husin Ali, a leader of the state's ruling Parti Islam se-Malaysia (PAS), told Reuters on Wednesday, February 6.

"As far as they are concerned, what is important is not material things, but the spiritual. PAS, of course, appeals to this kind of religious conservatism."

Malaysians are likely to go to the polls for federal and state elections in March.

Prime Minister Abdullah Badawi's ruling coalition has promised millions of dollars of investment in a bid to win Kelantan back from PAS, which has ruled the state for 18 years.

It unveiled a $34 billion plan to create a farming, energy and tourism hub encompassing the states of Kelantan, Terengganu and Pahang and parts of Johor.

The blueprint pitches a vision of Kelantan as a booming farming center with thriving goat, fish and kenaf farms.

A small farming area of 1.4 million people, Kelantan has seen few fruits of the country's rapid economic growth in the last decade.

Official figures show that a tenth of its people lived in poverty in 2004, the third highest rate among Malaysia's 13 states.

With an estimated 800,000 members, PAS is the main rival of Abdullah's ruling coalition in the coming elections.

Once a growing opposition force, the party suffered a humiliating defeat in general elections in 2004, leaving it in control of only Kelantan state.

PAS currently has seven seats in the 219-seat lower house of parliament, down from 27 seats in 1999.

Religious Kelantan

The government's mouthwatering offers are unlikely to win over Kelantan's religious voters.

"Islamic rule is very generous," said Mrs Tan, a tiny 50-year old ethnic Chinese, as she peered over her half-moon glasses while poring over newspapers in her modest auto spare parts store.

"They follow religious laws. There is no corruption and they are more fair and honest."

With 94 percent of its population Muslims, Kelantan has an appearance of piety and austerity.

Many villagers live in rickety wooden homes and till the land, go to sea or sell farm produce for a living.

The state, which has more Islamic religious schools than other parts of Malaysia, bans gambling joints and nightclubs.

Alcohol can only be sold to non-Muslims.

PAS has lifted a 15-year ban on the popular games of snooker and billiards and allowed cinemas to operate -- although with the lights on to prevent any unseemly behavior.

"What we're doing now is trying to narrow the gap between PAS and the non-Malay, non-Muslim community," said PAS deputy president Nasharudin Mat Isa.

"We're going to defend the culture of all minority groups, the language, the schools."

Muslim Malays comprise about 60 percent of the country's 26 million population.

Ethnic Chinese and Indians - most of them Buddhists, Hindus and Christians - make up about 35 percent. The rest are indigenous people and Eurasians.

Read more!