How to make an Origami Crane

1. Start with a perfectly square sheet of paper

Paper made specifically for origami can be found

at most craft stores. It is usually colored only on

one side. I used a sheet that was colored on both sides.

2. Begin by folding one edge to meet to other,

with the colored side outward...

...to get this.

3. Open up the paper and lay it flat.

Now repeat step 2 in the other direction,

and open up it up again.

4. Fold it diagonally with the white side out (pink here).

Line it up corner to corner...

...to get this.
5. Open up the paper, repeat

step 4 in the other direction, and

open up the paper again.


This is fun right? to continues please click Read more!

Minta TV3 haramkan Anak Pontianak

EMAIL saya bukan untuk menjaga tepi kain orang atau pun mengaibkan orang lain. Cuma mohon supaya tindakan yang sepatutnya dapat diambil oleh siaran TV sebelum ia akan menjadi satu virus atau kanser yang akan berjangkit lebih parah ke atas masyarakat Malaysia pada masa kini dan akan datang.

Sudah menjadi kebiasaan atau satu trend semasa mana beberapa artis baru atau muda yang masih baru mencari tapak untuk popular sudah mengambil langkah berani sama ada secara sengaja atau tidak menjatuhkan diri dalam kontroversi.

Sebelum ada artis realiti TV swasta yang terjerat dengan gambar bogel (kononnya super impose katanya), pihak stesen TV mohon dia berhenti daripada rancangan TV tetapi entah bagaimana nasib dia baik sebab selepas itu dia glamer terus dapat kerja jadi DJ di syarikat radio swasta tak berapa famous sangat.

Baru-baru ini terdpt pula konsert live mana bekas penyanyi kumpulan nasyid bertukar menjadi penyanyi rock membuka baju sambil terdapat lambang Superman di dada.

Konsert tersebut live kat TV dan kemungkinan ribuan orang yang tengok, tetapi mungkin dah terlalu seronok menyanyi dan ingin membuat gimik seperti artis mat salleh kat luar negara sanggup melakukan sesuatu di luar jangkaan yang boleh dilihat ribuan orang yang pergi konsert atau yang tengok kat rumah.

Disebabkan benda tersebut mungkin lepas ini orang akan sentiasa kenal dia, ia lah benda yang buruk tu sekejap jer orang ingat tetapi lepas ni lupalah sebab janji mereka famous.

Yang lain pula, tersebar lak gambar seorang dj lelaki yang tak famous macam Kiran, AC atau Jimmy di stesen radio terkenal sedang berpelukkan mesra dengan teman lelaki sambil mengambil gambar. Adakan tersebar gambar tersebut melalui email dan menjadi bahan cerita media, DJ lelaki yang sebelum ni orang tak pernah langsung akan menjadi terkenal lepas ni.

Akhir sekali, pelakon utama anak pontianak yang gambar bogelnya tersiar dan tersebar di email. Sabtu lepas saya ada terbaca di sebuah akhbar menyatakan bahawa dia dengan perasaan lega dan tidak bimbang bahawa gambar bogel tersebut adalah super impose.

Mulanya saya tak berapa kisah sangat pasal cerita tersebut sebab saya pun bukan suka sangat tengok cerita tu, tetapi entah bagaimana pulak semalam terdapat forwarded mail daripadakawan-kawan tentang gambar-gambar tersebut.

Ada 7 keping semuanya, dan 5 keping adalah gambar aksi depan kamera dengan boyfriend (yang dia mengaku tak kenal mamat tersebut). Pelakon ni sebelum ni orang tak pernah kenal sebab dia berlakon mcm kayu (mengikut majoriti kawan-kawan saya) dalam cerita tersebut tak pasal orang dah kenal nama dia.

Adakah ini salah satu cara dia untuk terkenal dengan cipta kontroversi, keluar surat khabar, lepas tu orang pun dah tahu dah nama dia dan juga bentuk bdn dia. FYI, buat superimpose tak senang, kalau satu keping boleh lagi tetapi kalau dah 7 keping dari jarak dekat, konsisten dari segi lighting, bayang dan posing. Wallahulam masing-masing buat judgement sendiri.

Kalau kita tengok trend ni balik, tak ubah seperti artis-artis famous hollywood yang kene posing bogel dahulu sebelum jadi terkenal spt Cameron Diaz, Vanessa William dan etc. Yang terbaru ialah Venessa Hudgen heroin film muzikal kegilaan budak-budak sekolah kat KL “High School Musical”.

Kita tak mahu budaya ni menular. Lepas ni artis mana pulak yang inginkan kontroversi atau gambar anak sapa pulak yang berbogel lepas tu dapat di tengok oleh orang ramai yang ade email. Mungkin yang lihat tu kawan-kawan mak bapak dia atau sedara mara dia sendiri.

Takkan setiap kali gambar bogel artis, dengan mudah dapat publisiti murahan dan terus terkenal. Disebabkan hari ni hari Khamis, drama anak pontianak akan tayang di tv3 malam ni.

Saya amat berharap kepada sahabat SIM yang berkerja di TV3 dapat diberhentikan sementara rancangan drama tersebut. Selagi perkara super impose ni tak selesai, makin menyampah pulak tgk muka dia kat TV3 serta ingatan posing ghairah dalam gambar yang saya dapat.

Akhir sekali, ia diharap dapat menjadi pengajaran kepada artis-artis kat Malaysia, tolonglah jgn buat kontroversi dengan papar gambar bogel atau gambar berzina ke dan Syarikat TV kene tegas mana2 artis yang ada masalah kesopanan supaya menjadi budaya negara kita bahawa tak kira artis kita tetap berpegang pada konsep kesopanan dan kesusilaan.

Wasalam..

Norhisham Abu Bakar


Sumber: mSTAR Online Read more!

Sejarah Pertembungan Islamis-Sekularis

Sejarah Dalam Dunia Nyata

Sekular berasal daripada perkataan Latin 'saeculum' yang bererti 'suatu generasi atau zaman'. Dalam konteks barat dan dunia Kristian sekular membawa maksud penolakan agama dalam urusan yang berkaitan dengan keduniaan atau lebih jelasnya pemisahan antara agama dan negara. Agama cuma dibataskan kepada urusan individu dan duniawi dan tidak mempunyai hubungan dengan urusan politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Asas kepada sekularisme ialah politik yang berteraskan kebangsaan, ekonomi bebas (laissez faire) dan budaya hidup yang berlandaskan individualisme. Sekularisme menafikan aspek kehidupan yang berkaitan dengan kerohanian dan menekankan kepada aspek-aspek kebendaan. Sekularisme juga menafikan kewibawaan yang mempunyai unsur-unsur kerohanian. Ini termasuklah penolakan kuasa mutlak Allah s.w.t. dan kewibawaan para nabi dan rasul. Para sekularis menganggap agama adalah buatan manusia dan tidak mengikut peredaran zaman.

Sejarah Kemunculan Sekularisme

Sekularisme lahior daripada pergolakan yang berlaku dalam agama Kristian pada abad pertengahan. kemunculannya adalah berikutan tindakbalas penganut agama tersebut terhadap kongkongan dan penguasaan gereja ke atas masyarakat. Peperangan Salib telah membuka mata orang Kristian Eropah terhadap perubahan, termasuk menuntut kebebasan daripada semua bentuk kongkongan gereja yang selama ini hanya membenarkan ilmu-ilmu yang tidak bercanggah dengan kepentingannya.

Melalui gerakan yang dilakukan, orang Kristian Eropah berjaya memisahkan seluruh aspek kehidupan mereka daripada pengaruh gereja. Kemajuan ilmu pengetahuan yang dicapai membolehkan mereka menghasilkan kemajuan ekonomi dan politik. Sistem feudal yang diamalkan sebelum ini digantikan dengan sistem kapitalis yang pada awal abad ke-20 turut membawa kepada kemunculan Komunisme dan Sosialisme. Melalui pemisahan sepenuhnya antara agama dan negara masyarakat moden yang dibentuk di Eropah dibina di atas asas sekular.

Sekularisme dan Dunia Islam

Sekularisme merebak ke dunia Islam melalui pertembungan dengan barat. Menjelang pertengahan abad ke-19, sebahagian besar wilayah Islam dijajah oleh barat. Ini termasuklah penjajahan Inggeris di Tanah Melayu (1874), Perancis di Tunisia (1881), Inggeris di Mesir (1882) dan Rusia di Merv (1883).

Daulah Islamiyah yang masih mampu bertahan ialah Daulah Uthmaniyah. Namun begitu, Daulah Uthmaniyah terpaksa berhadapan dengan ancaman barat yang menggelar daulah tersebut sebagai 'orang sakit Eropah'. Sebagai usaha untuk menghadapi ancaman ini, Daulah Uthmaniyah telah mengambil nilai-nilai barat agar mampu menghadapi persaingan tersebut. Ini termasuklah menghantar pelajar-pelajar Turki belajar di barat, memperkenalkan sistem pendidikan barat, menerima sistem perundangan barat termasuk hak sama rata antara orang Islam dan orang bukan Islam dan sebagainya.

Penerimaan unsur-unsur barat turut membawa idea dan nilai barat ke dalam masyarakat Turki. Kemasukan unsur-unsur ini merupakan permulaan kepada usaha-usaha ke arah memisahkan peranan agama dalam pemerintahan. usaha-usaha ini dijuarai oleh pergerakan Turki Muda yang kemudiannya berjaya menjatuhkan pemerintahan Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1909. Pemerintahan Turki Muda selama lebih kurang satu dekad menyaksikan Daulah Uthmaniyah hancur dan turki kemudiannya muncul sebagai sebuah negara sekular.

Peristiwa yang berlaku di Turki meruapakn satu contoh bagaimana sekularisme berjaya merobohkan sebuah peradaban yang dibina selama 600 tahun. Sekularisme juga bertapak di negara-negara Islam yang lain dan seterusnya berjaya mendominasi politik negara. Golongan sekularis yang mengambil pelbagai bentuk seperti nasionalis sosialis, Baathis dan sebagainya kini merupakan kelompok yang berjaya menguasai politik negara Islam. Kejayaan yang dicapai oleh kelompok ini adalah hasil eksploitasi, tipu daya, peranan kuasa barat dan juga akibat beberapa kelemahan kelompok Islam sendiri sehingga menyebabkan mereka gagal dalam persaingan yang berlaku.

Konflik Sekularis-Islamis - Sorotan Kes di Turki

Daulah Islamiyah merupakan salah satu empayar yang teragung dlam sejarah manusia. Empayar ini berjaya bertahan selama sekitar 600 tahun dan menguasai sebahagian besar tiga benua iaitu Eropah Timur, Asia Barat dan Afrika Utara. Empayar ini hancur dalam tahun 1924 apabila Kemal Ataturk mengujudkan sebuah negara Turki sekular. Bagi Kemal segala-gala yang berunsur Islam dianggap penghalang kepada kemajuan. Kemajuan dikaitkan dengan pembaratan yang mengamalkan nilai-nilai sekularisme. Sebagai melaksanakan cita-cita ini Kemal cuba mensekularkan seluruh kehidupan masyarakat Turki yang meangkumi aspek pendidikan, politik, ekonomi, nilai hidup dan sebagainya. Pelaksanaannya termasuklah menghapuskan Islam sebagai agama rasmi negara, menggantikan undang-undang Syariah dengan undang-undang barat, menggantikan tulisan Arab kepada tulisan Latin, mengharamkan pemakaian purdah dan berpuluh-puluh lagi peraturan yang bertujuan bagi memisahkan masyarakat daripada ajaran Islam.

Kemal berjaya mewujudkan sebuah negara Turki merdeka melalui dokongan yang diberikan oleh mereka yang berjuang di atas landasan Islam. Malahan pada peringkat awal perjuangannya, Kemal menggunakan platform Islam bagi mendapatkan sokongan. Beliau sering menaiki mimbar pada hari Jumaat untuk menyampaikan khutbah. Umat Islam Turki terpedaya dengan sikap kepura-puraan Kemal sehingga membolehkan beliau berjaya menguasai tampuk kekuasaan Turki.

Bagi memastikan idealisme terus berkekalan, Kemal menggunakan dua pendekatan iaitu pendekatan pendidikan dan ketenteraan. Melalui pendidikan Kemal ingin memastikan bahawa generasi yang dilahirkan dibentuk mengikut acuan sekularnya menakala melalui ketenteraan Kemal ingin memastikan bahawa pelaksanaan mesti dijalankan walaupun melalui paksaan atau kekerasan. Ternyata pendekatan yang dilakukan oleh Kemal ini telah membentuk generasi yang amat tebal nilai-nilai sekularnya.

Walaupun Kemal telah membuat perancangan dan pelaksanaannya, namun masyarakat Turki tidak dapat dikikis sepenuhnya daripada nilai-nilai keislaman yang pernah diamalkan oleh nenek moyang mereka. Sejak awal tahun 1970-an cahaya Islam mula menyinar di Turki. Melalui kegiatan kepartian yang digerakkan oleh Neemettin Erbakan pengaruh Islan ternyata berjaya menjadi unsur penting dalam politik Turki. Namun begitu untuk Islam muncul sebagai kuasa dominan bukan suatu yang mudah kerana nilai-nilai sekularisme telah berakar umbi dalam masyarakat Turki. Lebih-lebih lagi nilai-nilai ini amat mendominasikan golongan elit, birokrat dan tentera.

Kemunculan kembali Islam sebagai unsur penting dalam kehidupan masyarakat di Turki akan membawa kepada konflik dengan golongan sekularis. Dalam pertembungan yang berlaku kelompok Islam telah mengalami pelbagai tindakan seperti parti yang menjadi wadah diharamkan, pelajar-pelajar yang bersimpati dengan Islam tidak dibenarkan meneruskan pengajian, pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan Islam dipenjara atau dihalang daripada menjalankan kegiatan politik.

Konflik Sekularis-Islamis - Sorotan Kes di Mesir

Selapas Perang Dunia I, politik Mesir telah didominasikan oleh Parti Wafd dibawah pimpinan Saad Zaghlul, seorang lulusan Universiti Al-Azhar yang berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Inggeris. Walaupun perjuangan Parti Wafd adalah atas asas-asas kebangsaan, namun parti ini didokong oleh unsur-unsur Islam yang kuat. Selepas kematian Zaghlul pada tahun 1927, Parti Wafd kehilangan arah dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai krisis yang melemahkan parti tersebut.

Sepanjang tahun 1930-an dan 1940-an politik Mesir semakin diwarnai oleh aliran politik yang berteraskan ideologi yang jelas. Pada waktu inilah politik Mesir didominasikan oleh Ikhwan al-Muslimin di bawah pimpinan Hassan al-Banna. Pada waktu ini Ikhwan al-Muslimin telah memainkan peranan penting dalam menyemarakkan kesedaran politik masyarakat, meningkatkan amalan spiritual melalui program usrah dan tarbiyyah dan menggerakkan kemajuan melalui program ekonomi dan sosial.

Potensi Ikhwan al-Muslimin untuk muncul sebagai kelompok yang bakal mendominasikan politik Mesir menghadapi cabaran yang hebat apabila Hassan al-Banna mati syahid pada tahun 1949. Gabungan antara kelemahan Ikhwan al-Muslimin sendiri menyelesaikan masalah dalamannya dan pendekatan golongan sekularis yang ternyata lebih berjaya, membolehkan golongan sekularis mendominasikan politik Mesir sehingga ke hari ini.

Pengalaman yang boleh dipelajari daripada konflik sekularis-Islamis dalam kes yang berlaku di Mesir ini ialah bagi golongan sekularis kuasa mesti diperolehi dengan apa jua cara sekalipun. Walaupun golongan sekularis menunjukkan sikap yang berbaik-baik dengan golongan Islamis, namun pendekatan ini adalah bersifat sementara kerana langkah itu diambil dalam proses mengumpul kekuatan. Bagi golongan Islamis pula pendekatan politik yang terlalu mempercayai pihak yang menjadi saingan juga membawa padah yang buruk. Ini adalah kerana bagi golongan sekularis untuk mencapai matlamat semua bentuk pendekatan boleh dilakukan termasuk menggunakan pendekatan yang zalim bagi menghapus pengaruh golongan Islamis dalam masyarakat.

Konflik Sekularis-Islamis - Sorotan Kes di Malaysia

Peranan golongan Islamis dalam mencetuskan kesedaran pendidikan, sosial dan politik masyarakat Melayu tidak diberikan perhatian yang sewajarnya dalam kajian sejarah di Malaysia. Sebelum Perang Dunia II, kegiatan mencetuskan kesedaran di kalangan orang Melayu didominasikan oleh mereka yang berpendidikan agama dan mendapat pendidikan di Timur Tengah. Seawal-awalnya tahun 1911/12 pelajar-pelajar Melayu di Mesir telah menerbitkan akhbar Ittihad yang bertujuan bagi menimbulkan kesedaran orang Melayu terhadap
kepentingan pendidikan dan membina peradaban bangsa. Pada tahun 1925, pelajar Melayu di Mesir menerbitkan Seruan Azhar yang cuba menyeru dan mendidik masyarakat supaya setanding dengan bangsa-bangsa lain yang lebih maju pada waktu itu.

Sebelum Perang Dunia II ternyata golongan Islamis, terutamanya yang terpengaruh dengan idea-idea Islah telah memainkan peranan penting dalam menggerakkan kesedaran masyarakat. Pendekatan yang paling berkesan yang digunakan bagi menyebarkan idea-idea ini ialah melalui penerbitan akhbar dan melalui institusi madrasah. Peranan yang dimainkan oleh golongan Islamis bagi menyemai benih-benih kesedaran ini besar implikasinya dalam sejarah perkembangan kesedaran Melayu. Namun begitu, tidak seperti di Indonesia dimana golongan Islamis yang mendokong idea Islah telah menubuhkan persatuan-persatuan seperti Sarekat Islam, Muhammadiah, PERMI dan sebagainya, di Malaysia golongan Islamis tidak menjuruskan kegiatan mereka kepada penubuhan persatuan. Persatuan yang dianggap mewakili perjuangan
Islamis iaitu Hizbul Muslimin hanya ditubuhkan pada tahun 1984 tetapi hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja kerana diharamkan oleh pihak British.

Kekosongan yang wujud dalam perjuangan kebangsaan Melayu berikutan tekanan yang dikenakan oleh pihak British telah diisi oleh golongan nasionalis sekular yang muncul dan mengisi kepimpinan Melayu. Golongan ini mendapat pendidikan barat dan ketika menuntut di London terpengaruh dengan nilai dan budaya barat.

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, golongan nasionalis sekular mendominasikan politiknya. Walaupun Islam tidak disisihkan sepenuhnya dari masyarakat, namun pelaksanaan Islam sepenuhnya juga tidak dilakukan. Islam dilaksanakan sebagai simbol. Walaupun Parti Islam wujud, namun kewujudannya lebih bersifat untuk menyaingi parti nasionalis. Bahkan dalam kes-kes tertentu Parti Islam memperlihatkan sikap lebih nasionalis bagi meraih simpati pengundi.

Pertembungan sebenar antara sekularis dengan Islamis di Malaysia berlaku apabila Islam cuba diamalkan sebagai ad-Din dan digerakkan sebagai satu gerakan. Ini menjadikan pertembungan antara golongan nasionalis dan Islamis sebagai pertembungan ideologi dan menjadi lebih sengit. Pertembungan ini nampak seolah-olah reda berikutan peristiwa tahun 1982. Tetapi hakikat
sebenar bagi golongan nasionalis sekular, 'setback' yang berlaku tidak melemahkan semangat malahan melakukan perancangan yang lebih rapi bagi mempastikan golongan Islamis tidak beroleh kekuasaan. Peancangan mereka membuahkan hasil kerana pada tahun 1998 dan seterusnya dilakukan kegiatan pembersihan berjaya dilakukan secara drastik dan halus.

Dalam menyorot kembali kejayaan dan kelemahan golongan Islamis di Malaysia bagi tempoh 1982-1998 beberapa pengalaman mungkin boleh dipelajari. Bagi golongan sekularis baik di Timur Tengah mahupun di Malaysia terdapat satu persamaan ciri. Bagi golongan sekularis matlamat menghalalkan cara dan tidak ada belas kasihan dalam proses merebut kuasa daripada golongan Islamis. Bagi golongan Islamis pula dalam tempoh ini ternyata sekali sikap yang ditunjukkan amat berkonflik antara satu sama lain. Atas sikap 'kerana prinsip' rakan-rakan seperjuangan cenderung diketepikan dan golongan lain termasuklah golongan sekularis diberi tempat atas alasan 'untuk dimenangi'. Kesempatan yang ada tidak digunakan dengan sebaik-baiknya dan sepenuh-penuh untuk kepentingan Islam tetapi sebaliknya turut diwarnai oleh agenda politik. Bagi golongan nasionalis sekularis pula apabila mendapat peluang seluruh kesempatan digunakan bagi memastikan dominasi berterusan dan berakar umbi.

Dalam sejarah konflik sekularis-Islamis dalam konteks perkembangan politik Islam kontemporari, kecuali Iran dan Sudan, golongan Islamis ternyata kurang unggul dalam menghadapi percaturan politik yang berlaku. Dalam konteks Iran, golongan Islamis berjaya kerana belajar daripada pengalaman tahun 1881, 1906 dan 1953 di mana sikap kompromi dengan golongan sekularis berakhir dengan sumbangan golongan Islamis ini tidak dihargai.

Pada tahun 1979, golongan Islamis Iran mengambil sikap tidak bersedia untuk berkrompomi dengan mana-mana kumpulan sekularis dan ini membolehkan kuasa terus dibolot oleh kelompok Islamis. Di Sudan pula, kelompok Islamis menggunakan pendekatan pragmatis bagi membolehkan mereka mengambil alih kuasa. Apabila memperolehi kuasa pendekatan yang dilakukan ialah dengan memastikan kekuatan dikukuhkan di semua sektor. Mungkin pengalaman kedua-dua kelompok Islamis ini boleh dijadikan asas kepada usaha memastikan usaha-usaha golongan Islamis berakhir dengan memperolehi kuasa yang mantap. Read more!

The Kite Runner by Khaled Hosseini


The Kite Runner
Khaled Hosseini
Riverhead Trade
Paperback
384 pages
April 2004
MPH Price: RM 35.95


About the book

Description: The timely and critically acclaimed debut novel that's becoming a word-of-mouth phenomenon . . .

An epic tale of fathers and sons, of friendship and betrayal, that takes us from Afghanistan in the final days of the monarchy to the atrocities of the present.

The unforgettable, heartbreaking story of the unlikely friendship between a wealthy boy and the son of his father's servant, The Kite Runner is a beautifully crafted novel set in a country that is in the process of being destroyed. It is about the power of reading, the price of betrayal, and the possibility of redemption, and it is also about the power of fathers over sons-their love, their sacrifices, their lies.

About the Author: Khaled Hosseini was born in Kabul, Afghanistan, the son of a diplomat whose family received political asylum in the United States in 1980. The Kite Runner is his first novel.


What peoples said about the book:


In The Kite Runner, Amir and Hassan grow up together in Afghanistan like brothers, although they couldn't be more different. Amir is the son of a wealthy businessman, a Sunni Muslim, a Pashtun, and he's educated and reads voraciously. Hassan's father is a servant to Amir's father, and Hassan is a Sh'ia Muslim, a Hazara, he's illiterate, and he has a harelip. But neither boy has a mother and they spend their boyhoods roaming the streets of Kabul together. Amir, though, continually uses his superior position to taunt or abuse Hassan, and one day hides in fear as Hassan is beaten mercilessly by bullies. The Soviet invasion of Aghanistan sends Amir's family to the United States, but he returns there as an adult during the Taliban rule to atone for his sins to Hassan. Khaled Hosseini is an Afghan émigré living in San Francisco and his debut novel has received mostly good reviews. The Denver Post says The Kite Runner "ranks among the best-written and provocative stories of the year so far."

------------------------------

Since this book has good reputations and became much-loved novel, the worldwide bestseller for a years till now, a film maker Marc Forster recently directed this novel into the film of the same name with the Khaled's novel. This wonderful film based on the novel now in theaters, but please don't ask me when we can watching it in Malaysia. My download is still in progress for this film, hmm... so I bet everyone to read this book or maybe soon we can watching it in cinemas...





For those who like to buy this book: Click here
For those who don't, still can read it by download as ebook: Click here
And for those who like to download the film (i.e. cam avi format)

http://rapidshare.com/files/78014528/cam-kite.avi.001
http://rapidshare.com/files/78015196/cam-kite.avi.002
http://rapidshare.com/files/78015679/cam-kite.avi.003
http://rapidshare.com/files/78015978/cam-kite.avi.004
http://rapidshare.com/files/78016334/cam-kite.avi.005
http://rapidshare.com/files/78016646/cam-kite.avi.006
http://rapidshare.com/files/78017129/cam-kite.avi.007

download this tools to combine all the spiced avi file into one with http://rapidshare.com/files/44022451/filerapidown59se.zip




Note: Though I don’t agree with most part of the content in the book, it was very well written and he (Khaled) does have a talent for writing. That's what attracting me to read the book... But plz beware! This is fictional novel and should be not stand for any historical facts! Do read this book carefully because for me some of what author says has anti-Taliban agenda and some portrayal against Islam itself...
Read more!

Teladan dari kisah Mustapha Kamal Attarturk



Antara syarat yang diekenakan olen Mustapha Kamal Attaturk


1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki. 7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”

Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.



Dipetik dari laman DarulBayan
Read more!

Khutbah dari Masjid Rusila: Maju dengan kebendaan, akhlak musnah

Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Marilah kita mengkaji satu hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Umar r.a. Daripada Amirul Mukminin Umar ibnu Khattab, katanya: Sedang kami duduk bersama-sama Rasulullah s.a.w., tiba-tiba muncul seorang lelaki yang putih bersih pakaiannya, yang terlalu hitam rambutnya, tidak ada tanda-tanda musafir dari jauh dan tidak ada seorang pun daripada kami yang mengenalinya.

Tiba-tiba dia duduk terlalu dekat dengan Rasulullah s.a.w. sehingga berlaga lutut dengan Rasulullah s.a.w. Dia meletak kedua belah tangannya di atas kedua paha Rasulullah s.a.w. dan berkata: Wahai Muhammad, khabarkan kepadaku apa dia Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.: Islam itu ialah bahawa engkau menyaksikan yakin bahawa tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dan Muhammad itu rasulullah, kamu mendirikan sembahyang, kamu menunaikan zakat, kamu berpuasa pada bulan Ramadan dan kamu mengerjakan haji ke Baitullahilharam sekiranya mampu mengerjakannya. Lelaki itu berkata: Betul.

Sayidina Umar berkata: Kami merasa hairan, dia bertanya Rasulullah s.a.w. kemudian membenarkannya apa yang ditanya. Dia bertanya lagi, apa dia iman. Sabda Rasulullah s.a.w. iman itu engkau percaya kepada Allah, kepada malaikat, kepada kitab-kitab, kepada rasul, kepada hari akhirat dan kepada qadar baik dan jahatnya. Dia berkata: Ya, benar!

Dia bertanya lagi, apa dia ihsan. Jawab Rasulullah s.a.w. ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, jika kamu tidak melihat-Nya, maka yakinlah bahawa Dia melihat kamu. Lelaki itu berkata: Ya, benar! Dia bertanya lagi, ceritakan kepadaku berkenaan dengan kiamat, bilakah berlaku kiamat. Jawab Rasulullah s.a.w.: Bukanlah orang yang ditanya lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Dia bertanya lagi, ceritakan kepadaku tanda-tanda kiamat. Jawab Rasulullah s.a.w.: Engkau melihat hamba perempuan yang melahirkan anak yang menjadi tuannya, orang-orang yang bangsat dan papa, bertelanjang kerana tidak ada pakaian, yang berkaki ayam dan gembala-gembala kambing, tiba-tiba mereka berlumba-lumba mendirikan bangunan-bangunan yang tinggi, kemudian lelaki itu berundur.

Sayidina Umar berkata: Kami terdiam. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. bertanya: Wahai Umar, adakah engkau tahu siapakah yang bertanya tadi. Jawab Umar: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Sabda Rasulullah s.a.w.: Itulah Jibril, dia datang kepada kamu mengajar tentang agama kamu. (Riwayat Muslim)

Hadis ini menerangkan keseluruhan ajaran Islam yang terdiri daripada iman, Islam dan ihsan. Ia merupakan agenda pembangunan manusia dan masyarakat daripada Allah SWT di atas muka bumi ini agar mereka dapat mengabdikan diri kepada Allah dengan sebaik-baiknya.

Allah sentiasa menguji manusia di atas muka bumi ini sebagaimana firman-Nya (yang bermaksud): Maha suci Tuhan yang berada dalam tangan-Nya kerajaan, Dia Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. Dialah Tuhan yang menjadi hidup dan mati bagi kamu untuk menguji dan mencuba kamu dalam kehidupan dunia ini siapakah di kalangan kamu yang baik amalannya, Dia ialah Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Al-Mulk: 1-2)

Allah SWT tidak menjadikan manusia dengan membiarkan mereka begitu sahaja tetapi mengutuskan para nabi dan rasul dengan membawa ajaran Islam supaya manusia hidup dengan betul, melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat kepada mereka di dunia dan akhirat.

Mengapa hari ini kita berada dalam dunia yang penuh dengan bencana sedangkan manusia berada pada tahap yang paling mewah dan kaya? Benarlah apa yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. (maksudnya): Berlumba mendirikan bangunan-bangunan tinggi (dengan menamakan sebagai bangunan pencakar langit), begitu sombong dan angkuhnya manusia sedangkan di sana masih ada mereka yang miskin, kebuluran, terbiar sakit yang tidak ada wang untuk membiayai kos perubatan, tidak ada harta untuk menyara keluarga dan pendidikan anak-anak.

Dalam masa yang sama berlakunya keruntuhan akhlak, maksiat dan kemungkaran yang berleluasa, jenayah yang membahayakan masyarakat, keganasan yang menjadikan manusia lebih jahat daripada binatang buas.

Marilah kita membuat muhasabah diri dan melihat bahawa puncanya adalah kerana manusia meninggalkan ajaran daripada Allah SWT. Manusia telah merosakkan iman, Islam dan ihsan. Iman itu ialah kepercayaan kepada Allah dan segala perintah Allah SWT. Tetapi hari ini kita melihat umat Islam lemah dan ada yang runtuh musnah. Mereka lari daripada petunjuk Allah SWT dengan mencipta petunjuk sendiri dan mereka sesat dalam petunjuk tersebut. Allah SWT mengajar mereka dengan kemusnahan itu agar mereka sedar dan insaf.

Islam itu ialah syariat Allah yang mengatur kehidupan manusia sama ada diri, keluarga, masyarakat dan pembangunan negara. Manusia telah meninggalkan syariat Allah SWT dengan membuat peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah SWT serta berlagak seolah-olah lebih pandai daripada Allah SWT. Ada juga yang terlibat dalam makanan, minuman, pakaian, pergaulan yang haram serta melakukan perbuatan yang melampaui batas-batas syarak. Manakala ihsan itu ialah akhlak dan hubungan yang baik dengan Allah SWT.

Manusia hari ini memutuskan hubungan dengan Allah SWT, mengadakan hubungan secara tipu dan tidak ikhlas di hadapan Allah SWT, kononnya menunjuk-nunjuk Islam tetapi dalam masa yang sama merobek-robekkan Islam. Berlakunya keruntuhan dalam rumah tangga iaitu ibu bapa tidak menunaikan tanggungjawab terhadap anak dan isteri serta sebaliknya. Hubungan keluarga musnah dan hancur. Sudahlah meninggalkan hubungan dengan Allah SWT, berlagak sombong dengan Allah, berbangga-bangga dengan kemegahan dan kemewahan.

Marilah kita melihat dengan cahaya petunjuk daripada Allah SWT, adakah amaran Rasulullah s.a.w. telah berlaku. Perhatikanlah dengan hati yang ikhlas.

Firman Allah (maksudnya): Dan apabila Kami menghendaki untuk menghancurkan sesuatu kampung dan negeri, Kami jadikan orang-orang yang senang dan mewah di negeri itu dengan perintah Kami, tiba-tiba mereka melakukan kejahatan, maksiat. Maka benarlah ke atas Allah firman-Nya, maka Kami membinasakan mereka sehancur-hancurnya. (Al-Israk: 16) – lanh Read more!

Al-Qassam, "Bila Kehancuran Menimpa Kami, Mereka Juga Harus Mengalami Kehancuran Lebih Besar"

Hingga kini, pejuang Palestin menyatakan telah berada dalam kondisi bersiap sedia melakukan pembalasan dan menangkal serangan Israel.

Dalam tajuk "Pengeboman Gaza Menguatkan Sikap Hamas", Mahmud Zahar salah seorang pemimpin Hamas menyatakan kepada media Christian Science Monitor, bahawa Hamas memang telah bersedia menghadapi serangan Israel yang sudah lama diduga akan menggempur Gaza.

Dalam wawancara itu, Zahar menyatakan keyakinannya, "Kami mempunyai pikiran dan tekad yang kuat. Setelah kami menguasai Gaza, Fatah dan Israel bahkan mengira kami akan tumbang hanya dalam tempoh tiga hari saja. "

Ia menambah, "Tapi semua yang mereka lakukan (AS dan Israel) justru menguatkan kebencian Palestin kepada mereka. Sementara di sisi lain, hal itu menjadi entry point bagi perjuangan kemerdekaan dan sikap kami. "

Berkenaan dengan persiapan Hamas menghadapi serangan Israel, disebutkan oleh Zahar bahwa para pemimpinan tertinggi gerakan pahlawan Palestin yang lain juga sudah menyatakan barada dalam persiapan yang sempurna. Pimpinan tertinggi Batalion Izzuddin Al-Qassam telah menyatakan bahawa para anggotanya akan bekerja mengintensifkan pengeluaran senjata dan missil serta bom.

"Jika mereka datang (Israel), maka kehancuran besar memang akan menimpa kami. Tapi kami akan berusaha sekuat tenaga agar kerugian besar juga terjadi pada mereka. Mereka mengatakan, bahawa alasan penyerangan mereka adalah karena rudal dan missil yang kerap dilakukan pejuang Palestin. Padahal mereka juga memecah belah pemerintahan Palestin agar mereka bisa menguasainya secara lebih sempurna, " ujar seorang pejuang bersenjata Hamas.

Megenai dengan pertukaran tawanan dengan Israel, Zahar menegaskan bahawa perundingan memang sedang dilakukan melalui mediator. Tapi, "Kami akan lebih rasional dari mereka. Kebanyakan tawanan yang meminta pembebasan dari mereka itu sudah lebih dari 15 tahun dikurung dalam penjara. Sedangkan Israel mengatakan mereka menolak pembebasan tawanan yang ada kaitan dengan pembunuhan Israel. Apakah PM Israel Ehud Olmert tidak berlumuran darah?"

Christian Science Monitor menunjukkan analisa yang selari dengan pendapat Zahar. Bahawa kekejaman Israel di Gaza justeru memperkuat posisi pahlawan Palestin untuk mengusir penjajahan Israel, bukan melemahkannya. Pembantaian di kampung Az Zaitun yang membunuh 19 orang Palestina termasuk sejumlah pejuang, "Takkan menambah apapun kecuali kekuatan bagi Hamas dan takkan menambah apapun bagi para pejuang kecuali keteguhan. " (na-str/aljzr, pic) Read more!

Kes Sharlinie bukti rakyat Malaysia tidak takutkan Allah

Alhamdulillah setelah bercuti 2 3 hari yang lalu, harini dapatlah kiranya aku coretkan sedikit isi ke dalam blogku ini. Rasanye semua sudah mengetahui berkenaan kes kanak² hilang, dan yang terbaru berita akan kehilangan adik Sharlinie Mohd Nashar 5 tahun di Kampung Medan, Petaling Jaya Utara baru² ini. Kalau dulu kita dikejutkan dengan kehilangan arwah adik Nurin kini sekali lagi negara kita gempar dengan berita kehilangan adik Sharlinie. Semakin maju manusia semakin tidak bertamadun pemikiran manusia nampaknya, begitulah akibatnya bila barat di agung²kan. Mungkin benar dunia kita hari ini maju dalam ketamadunan meterial seperti sekarang tetapi amat malang sekali bila dilihat aspek ketamadunan rohaninya semakin hari semakin hancur. Dalam kes kehilangan kanak² dan kes Sharlinie umumnya banyak pihak yang terlibat, terlibat disini bukan hanya dengan mengambil tanggugjawab menjejaki dan mencari sahaja tetapi bertanggugjwab diatas punca kes ini terjadi.

Aku tertarik dengan pandangan saudara Ridhuan Tee Abdullah mengenai kes kehilangan kanak² dalam rancangan Hujah di TV9 baru² ni, dan amat bersetuju sekali dengan pandangan beliau. Kata beliau antara masalah masyarakat kita sekarang ialah tidak takutkan Allah dimana jenayah² yang berlaku sekarang adalah justifikasi dari sikap ini. Jika manusia takutkan Allah kes seperti kehilangan arwah adik Nurin Jazlin takkan berlaku, kes salah guna kuasa pihak berkuasa yang cuai sehingga tersebarnya gambar² post mortem Nurin juga takkan terjadi. Kadang² terpikir sejenak, macam mana pihak Polis nak cegah kes² seperti ini sedangkan dalam pihak Polis sendiri sampai sekarang belum lagi dapat menangkap mereka² yang terlibat dalam penyebaran gambar² post mortem tersebut. Persoalannya macam mana gambar² tu boleh tersebar? Bukankah hanya pihak Polis yang bertanggugjawab dalam sesuatu kes post mortem? Sesungguhnya sikap takutkan Allah adalah senjata ampuh umat Islam untuk memerangi dorongan hawa nafsu malah dengan taqwa kepada Allah sahajalah umat Islam juga boleh menewaskan musuh² Islam. Oleh itu, jika setiap masyarakat negara kita memahami apa itu taqwa insha Allaah perkara² sebegini akan dapat diminimakan beserta dengan penerapan hukum jinayah Islam itu sendiri. Sungguh A-Quran ada mengingatkan kita agar bertaqwa dan takut kepadaNya sebagaimana firman Allah dalam Surah Luqman ayat 33;

Maksudnya: "Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat), hari dimana seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan. "

Dalam ayat diatas Allah S.W.T memerintahkan hambanya bertaqwa kepadaNya dan disertai pula dengan rasa takut dan gerun akan hari akhirat kerana disana kita semua akan dibogelkan. Dibogelkan? Ya, dibogelkan bukan hanya batang tubuh kita tetapi termasuklah segala amalan dan perbuatan yang telah kita lakukan sepanjang tempoh kehidupan didunia samada yang terang nyata atau tersembunyi.

Saudara Ridhuan juga berhujah bahawa masyarakat kita semakin mengagungkan budaya barat dimana budaya ketimuran yang sinonim dengan masyarakat Melayu tidak dipandang sebagai budaya yang tinggi. Adalah amat menyedihkan sekali jika masyarakat kita boleh lupa dan memperlekehkan budaya bangsanya sendiri. Lihat sahaja di ni negeriku Terengganu, bila sahaja dimasyurkan sebagai ibukota kini sudah kelihatan budak² melayu yang berpakaian dan meniru budaya punk. Rasanya tak perlulah aku sebutkan satu persatu, kerana kita dianugerahkan dengan nikmat penglihatan yang mana kita boleh melihat keadaan ini disekeliling kita. Adalah kes² kehilangan kanak² kini amat membimbangkan bukan sahaja ibu bapa tetapi masyarakat umumnya. Hanya dengan takutkan Allah umat manusia ini dapat hidup aman dan harmoni, bagiku dalam hal ini kerajaan perlulah kembali ke landasan inginkan Islam sepenuhnya agar segala kebejatan dalam negara ini dapat di kurangkan dan insha Allaah jika kerajaan istiqomah tidak mustahil segala kebejatan ini tidak akan wujud langsung dimasa akan datang. Mungkin ada yang akan bertanya habis tu sekarang ni kerajaan lah yang nak dipersalahkan? Bagiku memang kerajaanlah yang patut dipersalahkan dalam mewujudkan susana persekitaran kerana segala dasar yang utama adalah dari tindak tanduk kerajaan jua adapun untuk meletakkan kesalahan kepada ibu bapa sepenuhnya dalam mendidik anak² mereka adalah kurang adil kerana mereka telah berusaha sepenuhnya untuk kebaikan anak². Sedangkan apa pula usaha kerajaan? Jika pernah mufti menegur suatu ketika dahulu pertandingan ratu cantik itu haram, tetapi ianya tetap diteruskan. Kemudian seorang lagi mufti pula menegur akan haramnya penganjuran Jom Heboh tetapi malangnya fatwa² mufti ini dibangkul sampahkan seperti sesuatu yang tiada nilainya. Jika kerajaan sekarang ikhlas ingin memulihkan masyarakat negara ini yang sedang tenat bukanlah caranya dengan menerapkan pendekatan Islam Hadari, kerana realitinya pendekatan ini hanyalah solekan dan pengeliruan yang jelas nyata.

Bagiku kes² penculikan yang berlaku sekarang benar² membuatkan ibu bapa diselubungi rasa kebimbangan bukan sahaja terhadap keselamatan anak² mereka tetapi juga diri mereka sendiri. Ditambah lagi kerana kes² penculikan pasca moden ni bukannya bersifat menuntut wang tebusan lagi tetapi lebih dari itu mencabuli mangsa dan sehingga kepada pembunuhan kejam. Inilah harga yang harus dibayar oleh rakyat Malaysia amnya apabila syariat agama dan undang² tuhan diperlekehkan seolah² terlalu pandai mengurus negara mereka. Jika rasa takutkan tuhan tidak dapat diserapkan maka jangan haraplah negara kita Malaysia akan aman dan harmoni di masa akan datang. Dengan taqwa dan takutkan azab dan seksaanNya sahaja manusia akan kembali kepada fitrahnya yang suci tetapi seandainya aspek ini dipalingkan maka terlahirlah sikap² manusia yang lebih hina dari sifat kebinatangan...wa na'uzubillah

Marilah kita sama² doakan moga² adik Sharlinie diketemui dalam keadaan selamat...
Read more!

Oxford Bishop Backs Adhan

IslamOnline.net & Newspapers


CAIRO — The bishop of the British city of Oxford, Rt Rev John Pritchard, has supported a Muslim proposal to sound Adhan (the Muslim call of prayer) in parts of the historical city, reported the Telegraph on Saturday, January 12.

"I believe we have good relationships with the Muslim community here in Oxford," he said.

"I am personally very happy for the mosque to call the faithful to prayer in East Oxford."

Oxford's Central Mosque has proposed broadcasting the call for the Zhuhr (noon), `Asr (afternoon) and Maghrib (sunset) prayers.

Muslims agreed not to raise the Adhan at Fajr (dawn) or `Isha’ (night) prayers in order not to cause any inconvenience for non-Muslims, who are traditionally not awake at these times.

The proposal has met opposition from locals, who claim that the call for prayer will turn East Oxford into a "Muslim ghetto."

But Bishop Pritchard urged opponents to "relax" and enjoy community diversity.

"I sympathize with those who find any kind of expression of public faith intrusive, but I think part of being part of a tolerant society is saying, 'I don't agree with this but I accept it as part of my responsibility as being part of a diverse community'."

"Faith is a very important factor in the lives of 80 per cent of the world's population and a public expression of that faith is both natural and reasonable," he noted.

But Bishop Pritchard said some practical issues must be ironed out first such as the volume of the call, where it went out and whether a trial period would be required.

No Ghettos

The Oxford bishop also rejected claims by the Anglican Church's bishop Rt Rev Dr Michael Nazir-Ali of Rochester that Muslims have turned some parts of Britain into "no-go" zones for people of other faiths.

"There are no no-go areas in this country that we are aware of and in all parts of the country there are good interfaith relationships developing," he said.

"I want to distance myself from what the Bishop of Rochester has said."

Bishop Nazir-Ali's "no-go Muslim areas" allegations have sparked furor across Britain.

Nazir-Ali is infamous for his repetitive attacks on Britain's Muslims, estimated at nearly two million.

Last year, he warned that a radical Islam was being taught in mosque schools and asked the government to put restrictions on overseas Muslim scholars.

The government refuted last week Nazir-Ali's "no-go" allegations.

Leading politicians were more critical of the bishop, who ironically chairs the Anglican Church's inter-faith dialogue group.


Source: Islamonline.net Read more!

Mutiara Kata Para Sahabat dan Ulama'

Mutiara Syair Sayyiduna Ali bin Abi Thalib

بكيت على شباب قد تولى * فيا ليت الشــباب لنا يعـود
لو كان الشــباب يباع بيعا * لأعطيت المــبايع ما يـريد
ولكن الشـباب إذا تــــولى * على شـرف فمطلــبه بعـيد

Aku menangis atas masa mudaku yang telah berlalu. Aduh! alangkah enaknya kalau masa muda itu dapat kembali lagi kepada kita

Seandainya masa muda itu bisa diperjualbelikan pasti aku kan berikan kepada penjualnya apapun yang ia inginkan

Akan tetapi jika masa muda itu sudah berlalu jauh dari kemuliaan maka memintanya untuk kembali lagi adalah sesuatu yang mustahil


Mutiara syair al-Imam asy-Syafi'i

إن الفقـيه هو الفقـيه بفعـله * ليس الفقـيه بنطـقه و مقاله
وكذا الرئيس هو الرئيس بخلقه * ليس الرئيس بقومه و رجاله
وكذا الغـني هو الغـني بحاله * ليس الغـني بملـكه و بماله

Sesungguhnya orang yang faqih itu adalah dinilai dengan perbuatannya Bukanlah orang yang faqih itu dinilai dengan ucapan dan perkataannya

Begitu juga pemimpin itu adalah dinilai dengan kemuliaan akhlaknya
Bukanlah pemimpin itu dinilai dengan banyaknya pengikut dan pembela-pembelanya

Begitu juga orang yang kaya itu adalah dinilai dengan keadaan (kedermawanan)nya Bukanlah orang yang kaya itu dinilai dengan banyaknya harta bendanya

[Diwan Al-Imam Asy-Syafi'i, hal. 97]


فقيها و صوفيا فكن ليس واحدا * فإني و حـــق الله إيـــاك أنــــصح
فذالك قاس لم يـــذق قـلــبه تقى * وهذا جهول كيف ذوالجهل يصلح

Berusahalah engkau menjadi seorang yang mempelajari ilmu fiqih dan
juga menjalani tasawuf, dan janganlah kau hanya mengambil salah satunya.
Sesungguhnya demi Allah saya benar-benar ingin memberikan nasehat padamu.

Orang yang hanya mempelajari ilmu fiqih tapi tidak mahu menjalani tasawuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan takwa. Sedangkan orang yang hanya menjalani tasawuf tapi tidak mahu mempelajari ilmu fiqih, maka bagaimana bisa dia menjadi baik?

[Diwan Al-Imam Asy-Syafi'i, hal. 47]




Sumber: al-Fanshuri Read more!