A Kelantanese Chinese view of PAS rule

By Richard Teo

Yes the tide is turning in Kelantan but certainly not in favour of BN but for PAS. As a kelantanese I can safely tell Najib the true current political situation in Kelantan. How could Zubaidah Abu Bakar speculate in the 6th Jan.2008 NST that “there are many in Kelantan who want to see a change of government”?

This is farthest from the truth. The Malay psyche in Kelantan is vastly different from the psyche of Malays from the other states. The Malays in Kelantan are astute when it comes to politics. That explains why it is the only Malay state where the opposition party other than UMNO has ruled for a substantial period since Merdeka.

During BN’s tenure, pork sellers in the Chinese market were harrassed daily. They were confined to a small inconspicous space where pork could be sold hidden from public view. There was conditional and restricted time when pork could be sold. When PAS took over the government in 1990, they improved the Chinese market and pork was sold without any restrictions. In short they were not harrassed.

Again, during BN’s tenure, Chinese could not buy houses built on Malay reservation land. Since most of the land come under the purview of Malay reservation, most Kelantanese Chinese could not own a home. But all these changed when PAS came to power.

Under the able DUN of Kota Bharu, Dato Annuar Tan, 30% of houses built on Malay reservation land were allocated for sale to the Kelantan Chinese.

Any doubts where the Chinese loyalty lies can easily be dispelled by visiting the Chinese enclave in Jalan Kebun Sultan. Ask any Chinese business community there and they will brazenly tell you that they will vote for PAS. Yes the Chinese votes in Kelantan are solidly behind PAS.

It is also a fact that the Chinese miniority’s vote in Kelantan are insignificant and confined to only few seats where their votes are crucial for victory or loss. But in a state where a lot of seats are won and lost by a handful of votes this becomes immensely important where in the final analysis the fate of the government could merely depend on the margin of one or two seats.

The Malays in Kelantan were generous in giving Pak Lah a resounding victory in 2004. But this was partly due to PAS over-zealous Islamic reforms which persuaded the Malays to vote for Pak Lah’s Islam Hadhari. Further they were captivated by Pak Lah’s assurance of tackling corruption which was beginning to be rampant in all branches of the government. But alas, Pak Lah was a disappointment. Instead he took it as an opportunity for his relatives and family to plunder the nation’s wealth by giving contracts to his son and son-in law.

There is a saying among the Malays in Kelantan that UMNO can fool the Malays in the other states with their rhetoric of ‘Ketuanan Melayu’ but they cannot fool the Malays in Kelantan. They are aware that BN has introduced many programmes and development projects.

According to Datuk Annuar Musa “RM2 billion worth of projects are flowing into the state”. But the local malays will ask you who are the beneficiaries of these projects? Yes, its the UMNO cronies and the UMNO connected politicians who will secure all the major contracts.

Of late, the sprinkling of Indians are also behind PAS not due to Hindraf’s effort but because of the awareness that it was under PAS rule that a prominent land in Jalan Hamzah was approved for the Hindus to build a temple when the same approval was rejected by BN four times before.

Because of centuries of close proximity of Kelantan to Thailand and the close rapport between the Chinese and the Kelantanese Malays, the local Malays are not only intelligent and well-versed in commerce but they are very conversant with local and federal politics. This perhaps explain why UMNO with their brand of politics can never fool the Kelantan Malays.

In the coming general election BN will not only lose in Kelantan it will lose as badly as in 1990. This is not only a fact, it is a promise.





Source: Malaysians Unplug
See also: JedYoung Read more!

PERJUANGAN Akhirnya Akan Membuahkan KEJAYAAN, InsyaALLAH… Aminnn… KEJAYAAN Setelah KEZALIMAN: Tuan Guru Abdul Hadi Awang



Sayid Qutub berkata:Kemenangan itu adalah disimpan untuk mereka yang wajar menerimanya dan tiada yang wajar menerimanya melainkan orang- orang yang sanggup berdiri teguh sehingga akhir. Mereka sanggup teguh menghadapi menghadapi kesusahan dan penderitaan, sanggup teguh menghadapi goncangan-goncangan dan mereka sanggup mereka sanggup menghadapi rempuhan ribut badai. Read more!

People Are Ready To Defend The Last Frontier

sholat-hajat.jpg

sujud.jpg

mohon-restu.jpg


ke-medan-perang.jpg

bersatu.jpg

penyerahan-borang-pencalonan.jpg

tamat-masa.jpg


calon-pas-kubang-kerian.jpg

bersedia.jpg

Source: Kickdefella

Read more!

Idris Jusoh fitnah Haji Hadi dengan niat jahat dan busuk

Oleh WTKO

 Hari ini akhbar media perdana telah memainkan peranan membuat fitnah mengatakan Haji Hadi seorang yang sombong dan bongkak kerana enggam bersalam dengan calon BN Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir selepas proses penamaan calon.

Apa yang sebenarnya ialah mereka minta untuk bersalam dan bergambar, kononnya nak tunjuk mesra. Haji hadi jawab tak payoh (maksud tak naklah..)

Idris Jusoh cuba menipu rakyat dengan menggunakan kelebihan media massa adalah menunjukkan sifat serta perangainya yang buruk dan jahat

Anda boleh mengambil poster ini di

Poster JPG saiz 700 pixel --> Klik disini
Poster PDF saif 2048 pixek --> klik di sini

Sumber: Tranungkite.net

Read more!

Undi BA, jadikan Pak Lah Ketua Pembangkang di Parlimen

Oleh Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 25 Feb (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyeru semua rakyat memberikan undi pada Barisan Alternatif (BA) dalam pilihan raya kali ini untuk memastikan Presiden Umno menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum pada 8 Mac nanti.

Bukan sahaja Dato’ Seri Abdullah rakyat juga disaran menghukum Timbalannya, Dato’ Seri Najib supaya mengalami nasib yang sama agar memudahkan Kerajaan BA menghantarnya menjadi Duta di Monggolia.

Jelasnya, itupun kalau rakyat di Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang dan Pekan, Pahang mahukan khidmat mereka sebagai Ahli Parlimen dilanjutkan.

“Jika mereka menang pun biar sekadar menjadi Ketua Pembangkang manakala Najib kita hantar sebagai Duta di Monggolia,” tegasnya ketika memberikan amanat pada pengundi sempena mengumumkan nama-nama calon KeAdiLan di Taman Kelasah, Permatang Pauh semalam.

Menurut Dato’ Seri Anwar, pemuda yang mahu bekerja untuk Umno sila jalankan kerja seperti biasa kerana mungkin takut diugut kerana berkhidmat dengan kerajaan tetapi ingat bila undi nanti biar memangkah BA.

Beliau memberitahu, jika sekiranya mereka mendapat habuan kurang daripada RM400.00 untuk laksanakan kerja BN bermakna mereka telah ditipu kerana sejak dulu BN tidak pernah membayar kurang daripada itu.

“Kita tahu jika mereka nak kerja untuk BN kerjalah tapi kena ingat pembayaran mesti beres jangan ditipu. Lazimnya pembayaran lebih dari RM400.00 semalam jika dapat kurang dari itu bermakna ada orang ambil peluang terhadap jentera muda, ” tambahnya lagi.

Jika dapat pula kata beliau, jangan lupa bagi sebahagiannya pada BA untuk melawan mereka balik kerana wang itu adalah wang rakyat.

Seandainya diberikan bendera untuk dinaikkan, jentera pemuda Umno usah sangkutkan di tiang tinggi sebaliknya setengah tiang sahaja kerana Umno bakal mati menjelang pilihan raya kali ini.

“Sangkut bendera BN setengah tiang sahaja baru sesuai dengan umur mereka yang tidak panjang, “jelasnya dengan gelak ketawa ribuan hadirin. - mks.

Read more!

Sokong Islam Atau Muslim?

Oleh Abusaif

a
"Assalamualaikum ustaz. Macam mana dengan tempat kita? Tak pernah ada calon orang kita. Okay ke kalau nak undi calon Cina?", bunyi sebuah sms yang dihantar kepada saya.

Hampir setiap hari saya diajukan soalan yang sama. Bagaimana mahu memilih calon?

Ada sesetengah kawasan sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, kedua-dua calon BN dan BA adalah Melayu dan Muslim. Ada juga yang salah satunya Melayu Muslim manakala di satu pihak yang lain adalah bukan Melayu dan bukan Muslim. Malah ada juga kawasan yang kedua belah pihak adalah bukan Melayu dan bukan Muslim.

Cara saya mengkategorikannya pun sudah tidak sedap dibaca. Macam ada yang tidak kena.

Memang ada yang tidak kena!

Bagi yang tidak mempunyai rujukan agama, atau mempunyai agama tetapi tidak menyandarkan pilihannya kepada agama, tidak sulit untuk mereka membuat pilihan. Maka kelihatannya tidak sulit untuk kaum Cina dan India, Buddha dan Hindu atau Kristian dan sebagainya, membuat pilihan.

Fikir logik sudah memadai.

Penipu, pengkhianat, tidak buat kerja, cakap tak serupa bikin…. ditolak.

Komited dengan integiriti, memperjuangan keadilan, ketelusan, kebersihan pentadbiran negara dan menghormati pendirian rakyat… akan dipilih.

Soal agama apa, bangsa apa… bukan isunya.

BAGI KITA MUSLIM, ORANG ISLAM

Akan tetapi bagi orang Melayu, yang beragama Islam lantas dikenali sebagai Muslim, Melayu Muslim… pelbagai cabang kepala dan idea terbit di musim pilihanraya. Makin merujuk kepada agama, makin bercelaru panduan-panduan mengundi tersebar di alam siber maya.

Bagi yang pemalas, mudah sahaja, "ahh, undi sapa pun buang masa sahaja. Tak ada makna. Dua kali lima. Baik duduk rumah kunyah kuaci!"

Golongan putus harapan seperti ini diharapkan diam dan telan sahaja apa yang berlaku di sepanjang empat tahun akan datang. Kenaikan harga barang, rasuah dan penyelewengan, kanak-kanak diculik satu demi satu dan tiada yang ketemu, kehancuran sosial dan hilangnya ketenteraman dalam kehidupan, DIAM SAHAJA kerana keputus asaan anda dalam pilihanraya melayakkan anda untuk hilang hak mengeluh, hilang hak bersuara.

Lantas calon bagaimana yang harus dipilih?

BOLA SEPAK DAN BUKANNYA BADMINTON

Pertamanya…

Wakil rakyat, sama ada di Dewan Undangan Negeri, khususnya di Parlimen seumpama mereka yang bermain bola sepak. Mereka bukan bermain badminton. Dalam erti kata yang lain, mereka bergerak dan berperanan secara berpasukan. Seorang ahli parlimen tidak akan bertindak atas pertimbangan peribadi, sebaliknya mereka bersepakat di atas satu keputusan bersama oleh pasukan yang diwakili.

Maka, kelebihan personaliti seorang calon hanya mewakili bahagian yang kecil sahaja daripada kelayakan dirinya untuk dinilai oleh pengundi. Kelebihan personaliti, integriti dan kualiti seorang calon, adalah urusan parti untuk meneliti dan akhirnya meletakkan hanya yang terbaik sebagai calon. Ada pun bagi pengundi, mereka harus memahami bahawa menghantar wakil ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, bukan menghantar pemain badminton, tetapi pasukan bola yang akan bermain di dalam satu pasukan.

Maka jangan hanya menilai peribadi calon, tetapi tumpukan kepada pasukan yang diwakilinya.

SOKONG ISLAM ATAU MUSLIM?

Berat soalan ini.

Jika anda menyokong ISLAM, bermakna anda menyokong PRINSIP. Islam sebagai prinsip menjulang keadilan, ketelusan, komitmen kepada perjanjian dan amanah, iaitu nilai-nilai yang didukung bukan sahaja di atas nama Islam, tetapi boleh juga tanpa nama Islam.

Akan tetapi jika anda menyokong MUSLIM, maka anda mempertimbangkan identiti calon, dan bukan prinsip serta integritinya. Jika anda mengundi seorang calon hanya kerana dia itu MUSLIM… anda tidak berlaku adil, anda pengamal ASABIYYAH.

asabiyyah.JPG

"Rasulullah SAW ditanya, apakah dianggap 'Asabiyyah jika seseorang itu mengasihi kaumnya? Baginda SAW menjawab, "TIDAK, AKAN TETAPI APA YANG DIANGGAP SEBAGAI 'ASABIYYAH ITU IALAH APABILA SESEORANG ITU MENOLONG KAUMNYA ATAS KEZALIMAN!" [Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, hadith Wathilah bin al-Asqa']

Sama ada seseorang itu diundi kerana dirinya seorang Melayu, atau semata-mata dirinya seorang Muslim, sedangkan pengundian itu bakal mengekalkan kezaliman pasukan yang diwakilinya ke atas sekalian rakyat, maka pemilihan itu adalah ASABIYYAH, tidak mungkin sama sekali boleh dilihat sebagai suatu pilihan yang disandarkan kepada mana-mana prinsip Islam.

Islam menjulang keadilan dan menentang kezaliman.

Keadilan harus dipertahankan, biar pun dengan mempertahankan seorang bukan Muslim.

Kezaliman mesti dibanteras, biar pun pelakunya adalah seorang Muslim, hatta bapa atau anakmu sendiri.

KISAH UMAR DAN AMRU BIN AL-'AAS

Kita tidak lupa kepada kisah seorang warga Mesir yang bukan Muslim telah datang mengadu kepada Umar al-Khattab, bagaimana kejayaannya di dalam lumba kuda telah dinafikan oleh Muhammad iaitu anak kepada Amru bin al-'Aas, Gabenor Mesir ketika itu. Muhammad telah menempelak lelaki itu dan menghinanya sebagai orang kebanyakan sedangkan beliau adalah anak seorang Gabenor, seorang yang mulia.

Lelaki itu telah mengadu kepada Umar al-Khattab tentang kezaliman yang menimpa dirinya, lalu Umar memerintahkan Amru bin al-'Aas dan anaknya Muhammad datang bertemu beliau di Madinah. Umar telah memerintahkan lelaki itu mengkasari semula Muhammad sebagaimana ia telah diperlakukan olehnya. Lantas Umar telah melafazkan ucapannya yang masyhur:

ahrara.JPG
Wahai Amru, bagaimana kamu boleh memperhambakan manusia sedangkan mereka dilahirkan oleh ibu-ibu mereka bebas merdeka!"

KEADILAN UNTUK SEMUA

Prinsip Islam tidak mengenal Muslim atau bukan Muslim. Apa yang dipertahankan dan dijulang adalah keadilan.

Pilihanraya adalah proses terpenting untuk membersihkan negara daripada keangkuhan kuasa yang sudah lama bertahan, dan sewenang-wenangnya melakukan kezaliman dan penindasan.

zaliman.JPG
Daripada Anas Radhiyallahu 'anhu, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "BANTULAH SAUDARA KAMU, SAMA ADA DIA ITU ZALIM ATAU DIZALIMI". Para sahabat berkata, "wahai Rasulullah, kami pasti membantu orang yang dizalimi ini, tetapi bagaimana pula kami boleh mambantu orang yang zalim?". Baginda SAW menjawab, "CEGAHLAH SI ZALIM ITU DARI TERUS MELAKUKANNYA" (hadith riwayat al-Bukhari)

TOLONG MEREKA YANG DIZALIMI

Jika anda mahu membantu sekalian yang dizalimi sama ada di dalam tahanan ISA, yang dituduh tanpa kesalahan, yang menjadi mangsa penipuan, penindasan, tekanan ekonomi, politik dan sosial, MAKA BUATLAH PILIHAN YANG BETUL DENGAN MENYOKONG ISLAM, BUKANNYA MUSLIM. Sokonglah pasukan yang memperjuangkan keadilan, ketelusan, dan kebajikan sekalian rakyat tanpa memilih bangsa dan agama.

TOLONG MEREKA YANG ZALIM

Jika anda mahu benar-benar membantu sekalian yang zalim dan bongkak selama ini, hentikan mereka dari terus menang dan berpeluang meneruskan kezaliman.

Itu juga pesan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir ke arah membersihkan BN dan Malaysia.

TOLONG KEZALIMAN

Akan tetapi, jika anda memilih Muslim dan non Muslim yang zalim atau menambahkan kekuatan pasukan yang zalim, untuk terus melakukan kezaliman, "ucapkanlah selamat tinggal kepada umat yang pasti binasa itu!"

Bila kalian mendapati keadaan di mana umatku takut untuk berkata kepada orang zalim, "Wahai zalim", maka kamu telah diucapkan selamat tinggal daripada mereka (HR. Ahmad)

"Seeru 'ala barakatillah"


taknak_bn.jpg

http://img99.imageshack.us/img99/9647/undilahpaspy7.png

Abu Saif @ www.saifulislam.com Read more!

Alhamdulillah.. Kemenangan PAS di DUN Kijang

aPAS telah menang tanpa bertanding di DUN Kijang Kelantan melalui wakil muslimatnya Wan Ubaidah Omar menang tanpa bertanding apabila pencalonan calon BN, Mustopha Ahmed ditolak.

Sebelum itu, PAS memprotes pencalonan Mustopha kerana beliau telah menerima notis bankrap Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke atasnya pada 25 November 2005. SPR akhirnya menerima protes itu. DUN Kijang berada dalam Kawasan Parlimen Pengkalan Chepa


Berikut ialah video klip saat-saat kemenangan pertama tersebut:

http://www.youtube.com/watch?v=l5N9ERAC8rY Read more!

Negara Berkebajikan: Lemahnya Pimpinan BN Berfikir

Oleh Prof Lembah Kelang

Pelancaran secara rasmi manifesto PAS bertajuk Negara Berkebajikan pada hari Khamis 21 Februari adalah merupakan acara yang sangat penting dalam kalendar PAS. Isu yang dibentang juga adalah sangat menarik untuk dibincang dan dianalisa terutamanya oleh para pengkaji ekonomi konvensional.

Tentunya pandangan-pandangan yang diberikan oleh ‘pakar-pakar’ dan ahli politik BN sebelum daripada pelancaran rasmi manifesto pula adalah bersifat spekulatif dan serkap jarang yang rambang dan tidak berpaksikan kepada kenyataan sebenar. Akibatnya, hal ini menyerlahkan kebobrokan dan kepincangan pemikiran pimpinan tertinggi BN dan seterusnya dikongsi secara pukal oleh mereka yang bergelar pakar-pakar ekonomi yang akan saya nyatakan petikannya.

Supaya kita dapat memahami isu sebenar, maka reaksi yang diberikan oleh beberapa individu di dalam media massa seperti akhbar arus perdana dapatlah diringkaskan seperti berikut :

  • Penasihat Jawatankuasa Bertindak Pelaksanaan Negara (NITF), Datuk Zainal Aznam Yusoff berkata, tindakan mewujudkan ‘negara kebajikan’ akan menjadikan rakyat semakin malas dan tidak berani menghadapi risiko. Beliau seterusnya mempersoalkan : “Adakah ini bermaksud PAS akan membiayai perbelanjaan rakyat seumur hidup sehingga mereka tidak perlu mengeluarkan wang satu sen pun? ”

  • Pakar ekonomi dan perbankan Islam, Datuk Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani pula berkata, hasrat Pas menubuhkan ‘negara kebajikan’ dikhuatiri melumpuhkan daya saing negara. Beliau berpendapat, rakyat akan disogok dengan pelbagai bentuk elaun dan subsidi sehingga menyebabkan mereka hilang motivasi diri serta semangat keusahawanan. Menurutnya, Nabi Muhammad s.a.w sendiri seorang tokoh perniagaan yang giat mengembangkan ekonomi umat Islam, bukan bersandarkan kepada kebajikan semata-mata. Soal beliau : “Jangan sampai dikongkong oleh pemerintah sehingga daya saing kita semakin lumpuh’’

Manakala antara komen yang diberikan oleh pimpinan BN pula adalah :

  • Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran bahawa Malaysia boleh bankrap jika konsep ‘negara kebajikan’ yang ditawarkan PAS diterima dan dipraktikkan di negara ini. Seterunya beliau berhujah bahawa konsep negara berkebajikan PAS adalah : “seseorang yang tidak bekerja juga akan mendapat bayaran bulanan daripada kerajaan”.

  • Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, manifesto seperti itu datangnya daripada pihak yang tidak memahami mengenai pentadbiran dan kerajaan. Seterusnya beliau menyebut : “Sekiranya PAS sanggup mewujudkan sebuah negara kebajikan dengan menanggung 100 peratus kebajikan rakyat di negara ini, saya yakin (jika PAS menang) sepenggal sahaja mereka menjadi kerajaan, nauzubillah negara ini akan menjadi bankrap”.

Bukan tujuan saya menulis artikel ringkas ini untuk mematahkan empat pandangan dungu di atas satu persatu kerana penjelasan semasa pelancaran manifesto pada 21hb Februari lalu adalah begitu jelas. Bak kata pepatah “ sudah terang lagi bersuluh” dan hanya orang yang gelap pemikirannya sahaja yang gagal memahaminya. Sementelah pula sudah ramai penulis yang menghujahkan intipati Negara Berkebajikan.

Saya akan hanya mengkhususkan dalam membicarakan keadaan minda (state of mind) para pimpinan BN dan para ahli cerdik pandai yang berlegar di kaki para pimpinan BN. Perkara pertama yang terlintas difikiran saya ialah, betapa hujah haru-biru sedemikian tidak sepatutnya keluar dari mulut orang yang diberi tugas untuk memacu negara ke persada ‘glokal’ setelah Malaysia mencapai kemerdekaan 50 tahun yang lalu !.

Kalau orang yang mempunyai nama besar seperti Dato Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berfikiran cetek sedemikian, mana mungkin para kerabat pimpinan BN yang lain mempunyai pandangan yang lebih baik ? Sekiranya kita berlegar pada premis ini, maka saranan Dato Husam Musa supaya diadakan debat terbuka yang disiarkan secara langsung di dalam TV nampaknya akan berat sebelah kerana pimpinan BN nampaknya tidak akan mampu menongkah soalan-soalan yang bakal dikemukakan.

Teringat pula pengalaman saya belajar di Amerika dan United Kingdom (ya, dengan biasiswa kerajaan, tapi duitnya dari cukai rakyat juga !) saya dapat melihat dan mendengar perbincangan yang serius, perdebatan, soal jawab – semuanya di antara pimpinan tertinggi parti dengan pelbagai pihak seperti rakyat awam dan wartawan. Para pimpinan yang ingin bertanding akan memastikan mereka faham isu yang dipersoalkan, dan dari situlah akan melahirkan pimpinan yang lebih serius dan tidak hanya melelapkan mata dan memekakkan telinga apabila sesuatu isu itu dibincangkan.

Hujah keramat pimpinan BN ialah – bahawa rakyat belum bersedia untuk mendengar perbahasan seperti itu. Sekali lagi pimpinan BN memperbudakkan rakyat jelata. Saya rasa pimpinan BN akan lebih dihormati sekiranya mereka berterus terang bahawa mereka tidak bersedia berhujah secara terbuka untuk disaksikan oleh rakyat kerana sememangnya tidak mampu dan tohor daya berfikir.

Saya dapat membayangkan para pimpinan BN akan terkedu bisu dan seterusnya akan menuturkan frasa keramat mereka bahawa – “rakyat belum bersedia”, “BN jaga ketenteraman rakyat umum”, “pembangkang bankrap idea” dan sebagainya. Betullah pandangan orang bijak orang bahawa seorang yang lemah akalnya akan terserlahlah kelemahannya apabila ia mula bercakap. Oleh itu, jalan terbaik bagi pimpinan BN ialah berdiam diri, macam yang selalu ditunjukkan oleh Pak Lah !.

Pada saya, kecelaruan cara berfikir kaum bangsawan BN ini tidak ada kena mengena dengan kurikulum pengajian mereka di peringkat universiti, atau samada pengajian mereka mendapat akreditasi atau tidak, atau di universiti manakah mereka berada sebelum ini samada dalam negara atau luar negara. Ianya juga tidak ada kena mengena dengan ranking berapakah universiti mereka semasa belajar dahulu.

Saya berpendapat, keserabutan cara berfikir cerdik pandai BN ini adalah bermula dari kemurungan jiwa akibat tiadanya pengisian rohani yang kukuh, ditambah lagi oleh tamak halobanya mereka kepada kuasa dan wang berjuta menyebabkan kebenaran dilihat sebagai satu hakikat yang amat perit. Hasilnya, maka lahirlah pandangan karut-marut bahawa hanya BN sahaja yang boleh dan tahu memerintah !.

Banyak ketikanya pandangan yang celaru dari pimpinan BN ini jauh lemah intipatinya dari pandangan seorang rakyat jelata yang tidak bersekolah tinggi tetapi mempunyai jiwa yang celik dan mampu berfikir secara kritis. Akhirnya pimpinan BN ini menyebarkan dongengan kepada rakyat jelata bahawa hanya BN yang boleh memerintah negara, hinggakan Biro Tata Negara pun menjadikan dongengan ini sebagai modul ceramah serta perbincangan dalam kursus Biro Tatanegara.

Sebagai contohnya, cuba kita ambil satu sahaja dari beratus dongengan ‘kepandaian menguruskan wang negara’. Apabila dilihat dalam Laporan Ketua Audit Negara – Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu 2006 - Jadual 5 yang memperincikan bahawa Terimaan dari Dana Khas untuk tahun 2005 ialah RM 1.015 billion dan 2006 berjumlah RM 1.334 billion. Laporan Audit Negara menyebut bahawa terimaan dalam tahun 2006 adalah merangkumi 85.3% dari hasil keseluruhan kerajaan negeri Terengganu. Kemana perginya 85.3 % hasil kerajaan negeri ini ?.

Seterusnya laporan itu memperincikan bahawa dana berkenaan adalah untuk Akaun Amanah Dana Khas, Akaun Progam Penganjuran Monsoon Cup, Akaun Projek Pembangunan Pulau Duyung dan Akaun Projek Pembangunan Pulau Wan Man. Bayangkan, kerajaan yang ‘pandai menguruskan wang negeri ini’ membelanjakan 85.3 % sumber kewangan negeri untuk projek kosmetik, yang satu pun tidak ada hasil kepada rakyat jelata tetapi menjadi lombong emas kepada taukeh besar dari Kuala Lumpur.

Hasilnya, rakyat tempatan hanya menjadi pelayan (waiter) dan pekerja am rendah untuk Malam Gala Monsoon Cup, melayan pembesar dan taukeh dari Kuala Lumpur. Akhirnya, rakyat tempatan hanya melukut di tepi gantang, sedangkan gantang dipunyai oleh orang lain. Itulah ‘kepandaian’ kerajaan BN!.

Read more!

Negara Berkebajikan: Tawaran PAS buat rakyat Malaysia

Setiap kerajaan mempunyai falsafah pentadbiran dan pemerintahannya masing-masing. Ia menjadi asas kepada semua keputusan dan tindakan yang diambil. Kerajaan Malayia sekarang ini menggunakan falsafah Negara Pembangunan (Development State) yang meletakkan pembangunan untuk kecemerlangan fizikal sebagai keutamaan.

PAS menawarkan sebuah pemerintahan menggunakan falsafah Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan untuk kebajikan rakyat awam. Bagi Pilihanraya Umum ke 12, PAS memperteguhkan tawarannya kepada rakyat untuk bersama-sama bersatu dan berjuang menegakkan sebuah Negara Berkebajikan.


Konsep dan definisi


Negara Berkebajikan didefinisikan sebagai:

"Sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara". Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.


Ciri-ciri Negara Berkebajikan


Negara Berkebajikan:

1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam

2) Kerajaan adalah "guardian" atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat

3) Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)

4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat

5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan

6) Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara

7) Rakyat sejahtera, negara makmur


Negara Berkebajikan PAS selaku "ibu-bapa" kepada rakyat tidak akan menganggap program kebajikan dan subisidi rakyat, yang tidak mempunyai pulangan keuntungan (dalam bentuk wang ringgit) sebagai satu bebanan atau kerugian, bahkan ia merupakan satu tanggungajawab. Kerajaan Umno-BN pula menganggap program kebajikan dan subsidi sebagai satu bebanan yang seboleh mungkin mahu dipertangungkan ke atas bahu rakyat.



Sejarah


Dari segi sejarah, model Negara Berkebajikan sebenar yang menjadi rujukan dan panduan PAS telah dilaksanakan di sepanjang peradaban manusia. Ia termasuklah pemerintahan Mesir dari seerah Nabi Yusuf a.s, kerajaan Nabi Sulaiman a.s, dan pemerintahan Rasulullah saw, sehingga pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Kesemua ini menjadi asas kepada Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS.

Walaupun negara-negara Eropah seperti Jerman, Belanda, Perancis, Sweden, dan United Kingdom mengenengahkan Konsep "Welfare State" selepas Perang Dunia Ke-2, namun ianya hanya bersesuaian dengan sebahagian daripada konsep Negara Berkebajikan PAS.

Konsep Negara Pembangunan yang dibawa oleh UMNO/BN terlalu mengutamakan pembangunan dan kemasyhuran fizikal. Ini dapat disaksikan dengan projek-projek mega seperti Monsoon Cup, Masjid Kristal (bukan tempat ibadah tetapi untuk tarikan pelancong semata-mata), Pertandingan Formula 1, Pesta Philharmonic Malaysia, 4 jet peribadi pemimpin tertinggi, dan Kompleks Bunga Raya di KLIA. Ini adalah antara banyak projek mega kerajaan Umno-BN yang jelas tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat kebanyakan.

Bagi Negara Berkebajikan PAS, bukannya imej negara tidak penting, tetapi kebajikan semua rakyat lebih diutamakan.


Tawaran PAS menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan

Sebagai memenuhi agenda pemerintahan PAS untuk Malaysia Negara Berkebajikan , PAS menawarkan kepada semua lapisan rakyat Malaysia pelbagai program berkebajikan berkonsepkan perkongsian sumber dengan kaedah perkhidmatan rakyat.

Antaranya ialah:

1. Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi (penghapusan semua yuran pengajian)

2. Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi setiap rakyat yang tidak mempunya perlindungan kesihatan majikan

3. Mengembalikan semula pemberian biasiswa seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan

4. Menurunkan harga petrol dan gas.

5. Merapatkan jurang agihan kekayaan antara golongan kaya-miskin

6. Melaksanakan akta gaji minima

7. Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari

Penegasan dan Gesaan

Berdasarkan fakta-fakta di atas, PAS dengan ini membuat gesaan dan rayuan kepada rakyat Malaysia agar memulakan perubahan daripada pemerintahan Umno yang mengutamakan pembangunan untuk kemegahan imej negara, kepada Pemerintahan PAS yang bercirikan Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan bagi kebajikan rakyat Malaysia keseluruhannya.

-------

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG ialah

Presiden, Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Read more!

Presiden PAS diarak lima ribu penyokong, Umno Marang kucar-kacir

Haji Hadi mengimami solatMARANG, 24 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditentang oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi kerusi Parlimen Marang.

Di kerusi Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, beliau ditentang oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Marang, Razali Idris.

Pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya di Pejabat Daerah Marang sebentar tadi.

Bagi kerusi Dun Alur Limbat, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali, yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, ditentang Alias Abdullah.

Ribuan penyokong PASDi Bukit Payung, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah ditentang calon BN oleh Zaidi Muda.

Manakala AJK PAS Kawasan Marang, Mohd Draman menjadi calon PAS di Dun Pengkalan Berangan ditentang oleh Yahya Khatib Mohamad.

Pengundian akan diadakan 8 Mac depan.

Sebelum itu, rombongan calon PAS diarak kira-kira 5 ribu penyokong yang berhimpun sejak 7.30 pagi di Markas Besar MTD Rhu Rendang di Kampung Kijing dekat sini.


Calon-calon BN diiringi sekitar 500 orang penyokong sahaja.


Parlimen Marang mempunyai 74,813 pengundi.

Pada PRU ke-11 tahun 2004, Ustaz Hadi yang menjadi Ahli Parlimen Marang sejak tahun 1990, tewas kepada Dato’ Abdul Rahman Bakar dengan hanya 163 undi sahaja.

Kali ini, Rahman yang juga Ketua Umno Bahagian Marang diketepikan oleh Pengerusi Perhubungan Umno negeri Dato’ Seri Idris Jusoh.

Turut diketepikan dari senarai calon BN adalah Ketua Umno Bahagian Kuala Terenganu, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang (Hulu Terengganu) dan Dato’ Rosli Mat Hassan (Dungun).


Umno Marang kucar-kacir

Rahman ketika ditemui wartawan di pusat penamaan calon mengakui bahawa Umno bahagian itu berada dalam kucar-kacir kerana beliau diketepikan sebagai calon BN.

Bagaimanapun beliau menafikan berlakunya perpecahan dalam bahagian.

Rahman mengakui sehingga kini ramai ahli dan penyokong Umno memprotes tindakan Idris mengetepikan beliau.


Menurutnya bantahan berlaku bukan sahaja di Marang tetapi di seluruh negeri.

Katanya, beliau akan cuba memujuk para penyokongnya untuk menghentikan bantahan kerana bimbang ianya menjejaskan peluang calon BN di Marang.

Apa yang dibimbangkan katanya, ahli-ahli dan penyokong Umno seluruh negeri membuat ’silent protes’ terhadap calon-calon BN.

Beliau bagaimanapun berkata, walaupun proses memujuk ahli untuk tidak menentang keputusan menggugurkannya amat perlahan, namun yakin ianya akan dapat di atasi.

Sehingga kini difahamkan penyokong-penyokong melemparkan pelbagai kecaman terhadap Idris yang didakwa membohongi Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sehingga mengetepikan Rahman.

Oleh Mohd Rashidi Hassan | Foto Nasir Sudin


Klip video Suasana Sekitar Hari PENAMAAN CALON Di Marang




Sumber: Izoblog.com
Sumber asal: HarakahDaily Read more!