Oleh Abusaif Cara saya mengkategorikannya pun sudah tidak sedap dibaca. Macam ada yang tidak kena. Memang ada yang tidak kena! Bagi yang tidak mempunyai rujukan agama, atau mempunyai agama tetapi tidak menyandarkan pilihannya kepada agama, tidak sulit untuk mereka membuat pilihan. Maka kelihatannya tidak sulit untuk kaum Cina dan India, Buddha dan Hindu atau Kristian dan sebagainya, membuat pilihan. Fikir logik sudah memadai. Penipu, pengkhianat, tidak buat kerja, cakap tak serupa bikin…. ditolak. Komited dengan integiriti, memperjuangan keadilan, ketelusan, kebersihan pentadbiran negara dan menghormati pendirian rakyat… akan dipilih. Soal agama apa, bangsa apa… bukan isunya. BAGI KITA MUSLIM, ORANG ISLAM Akan tetapi bagi orang Melayu, yang beragama Islam lantas dikenali sebagai Muslim, Melayu Muslim… pelbagai cabang kepala dan idea terbit di musim pilihanraya. Makin merujuk kepada agama, makin bercelaru panduan-panduan mengundi tersebar di alam siber maya. Bagi yang pemalas, mudah sahaja, "ahh, undi sapa pun buang masa sahaja. Tak ada makna. Dua kali lima. Baik duduk rumah kunyah kuaci!" Golongan putus harapan seperti ini diharapkan diam dan telan sahaja apa yang berlaku di sepanjang empat tahun akan datang. Kenaikan harga barang, rasuah dan penyelewengan, kanak-kanak diculik satu demi satu dan tiada yang ketemu, kehancuran sosial dan hilangnya ketenteraman dalam kehidupan, DIAM SAHAJA kerana keputus asaan anda dalam pilihanraya melayakkan anda untuk hilang hak mengeluh, hilang hak bersuara. Lantas calon bagaimana yang harus dipilih? BOLA SEPAK DAN BUKANNYA BADMINTON Pertamanya… Wakil rakyat, sama ada di Dewan Undangan Negeri, khususnya di Parlimen seumpama mereka yang bermain bola sepak. Mereka bukan bermain badminton. Dalam erti kata yang lain, mereka bergerak dan berperanan secara berpasukan. Seorang ahli parlimen tidak akan bertindak atas pertimbangan peribadi, sebaliknya mereka bersepakat di atas satu keputusan bersama oleh pasukan yang diwakili. Maka, kelebihan personaliti seorang calon hanya mewakili bahagian yang kecil sahaja daripada kelayakan dirinya untuk dinilai oleh pengundi. Kelebihan personaliti, integriti dan kualiti seorang calon, adalah urusan parti untuk meneliti dan akhirnya meletakkan hanya yang terbaik sebagai calon. Ada pun bagi pengundi, mereka harus memahami bahawa menghantar wakil ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, bukan menghantar pemain badminton, tetapi pasukan bola yang akan bermain di dalam satu pasukan. Maka jangan hanya menilai peribadi calon, tetapi tumpukan kepada pasukan yang diwakilinya. SOKONG ISLAM ATAU MUSLIM? Berat soalan ini. Jika anda menyokong ISLAM, bermakna anda menyokong PRINSIP. Islam sebagai prinsip menjulang keadilan, ketelusan, komitmen kepada perjanjian dan amanah, iaitu nilai-nilai yang didukung bukan sahaja di atas nama Islam, tetapi boleh juga tanpa nama Islam. Akan tetapi jika anda menyokong MUSLIM, maka anda mempertimbangkan identiti calon, dan bukan prinsip serta integritinya. Jika anda mengundi seorang calon hanya kerana dia itu MUSLIM… anda tidak berlaku adil, anda pengamal ASABIYYAH. "Rasulullah SAW ditanya, apakah dianggap 'Asabiyyah jika seseorang itu mengasihi kaumnya? Baginda SAW menjawab, "TIDAK, AKAN TETAPI APA YANG DIANGGAP SEBAGAI 'ASABIYYAH ITU IALAH APABILA SESEORANG ITU MENOLONG KAUMNYA ATAS KEZALIMAN!" [Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, hadith Wathilah bin al-Asqa'] Sama ada seseorang itu diundi kerana dirinya seorang Melayu, atau semata-mata dirinya seorang Muslim, sedangkan pengundian itu bakal mengekalkan kezaliman pasukan yang diwakilinya ke atas sekalian rakyat, maka pemilihan itu adalah ASABIYYAH, tidak mungkin sama sekali boleh dilihat sebagai suatu pilihan yang disandarkan kepada mana-mana prinsip Islam. Islam menjulang keadilan dan menentang kezaliman. Keadilan harus dipertahankan, biar pun dengan mempertahankan seorang bukan Muslim. Kezaliman mesti dibanteras, biar pun pelakunya adalah seorang Muslim, hatta bapa atau anakmu sendiri. KISAH UMAR DAN AMRU BIN AL-'AAS Kita tidak lupa kepada kisah seorang warga Mesir yang bukan Muslim telah datang mengadu kepada Umar al-Khattab, bagaimana kejayaannya di dalam lumba kuda telah dinafikan oleh Muhammad iaitu anak kepada Amru bin al-'Aas, Gabenor Mesir ketika itu. Muhammad telah menempelak lelaki itu dan menghinanya sebagai orang kebanyakan sedangkan beliau adalah anak seorang Gabenor, seorang yang mulia. Lelaki itu telah mengadu kepada Umar al-Khattab tentang kezaliman yang menimpa dirinya, lalu Umar memerintahkan Amru bin al-'Aas dan anaknya Muhammad datang bertemu beliau di Madinah. Umar telah memerintahkan lelaki itu mengkasari semula Muhammad sebagaimana ia telah diperlakukan olehnya. Lantas Umar telah melafazkan ucapannya yang masyhur: KEADILAN UNTUK SEMUA Prinsip Islam tidak mengenal Muslim atau bukan Muslim. Apa yang dipertahankan dan dijulang adalah keadilan. Pilihanraya adalah proses terpenting untuk membersihkan negara daripada keangkuhan kuasa yang sudah lama bertahan, dan sewenang-wenangnya melakukan kezaliman dan penindasan. TOLONG MEREKA YANG DIZALIMI Jika anda mahu membantu sekalian yang dizalimi sama ada di dalam tahanan ISA, yang dituduh tanpa kesalahan, yang menjadi mangsa penipuan, penindasan, tekanan ekonomi, politik dan sosial, MAKA BUATLAH PILIHAN YANG BETUL DENGAN MENYOKONG ISLAM, BUKANNYA MUSLIM. Sokonglah pasukan yang memperjuangkan keadilan, ketelusan, dan kebajikan sekalian rakyat tanpa memilih bangsa dan agama. TOLONG MEREKA YANG ZALIM Jika anda mahu benar-benar membantu sekalian yang zalim dan bongkak selama ini, hentikan mereka dari terus menang dan berpeluang meneruskan kezaliman. Itu juga pesan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir ke arah membersihkan BN dan Malaysia. TOLONG KEZALIMAN Akan tetapi, jika anda memilih Muslim dan non Muslim yang zalim atau menambahkan kekuatan pasukan yang zalim, untuk terus melakukan kezaliman, "ucapkanlah selamat tinggal kepada umat yang pasti binasa itu!" Bila kalian mendapati keadaan di mana umatku takut untuk berkata kepada orang zalim, "Wahai zalim", maka kamu telah diucapkan selamat tinggal daripada mereka (HR. Ahmad) "Seeru 'ala barakatillah"
"Assalamualaikum ustaz. Macam mana dengan tempat kita? Tak pernah ada calon orang kita. Okay ke kalau nak undi calon Cina?", bunyi sebuah sms yang dihantar kepada saya.
Hampir setiap hari saya diajukan soalan yang sama. Bagaimana mahu memilih calon?
Wahai Amru, bagaimana kamu boleh memperhambakan manusia sedangkan mereka dilahirkan oleh ibu-ibu mereka bebas merdeka!"
Daripada Anas Radhiyallahu 'anhu, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "BANTULAH SAUDARA KAMU, SAMA ADA DIA ITU ZALIM ATAU DIZALIMI". Para sahabat berkata, "wahai Rasulullah, kami pasti membantu orang yang dizalimi ini, tetapi bagaimana pula kami boleh mambantu orang yang zalim?". Baginda SAW menjawab, "CEGAHLAH SI ZALIM ITU DARI TERUS MELAKUKANNYA" (hadith riwayat al-Bukhari)
0 comments:
Post a Comment