Umat Islam berarak, bantah filem 'Fitna' di Kedutaan Belanda

KUALA LUMPUR, 4 April (Hrkh) - Umat Islam di Malaysia membantah
sekeras-kerasnya tindakan ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang
menerbitkan filem pendek yang menghina kesucian al-Quran dan ajaran Islam itu
sendiri.


Ketua Pemuda PAS Pandan,Ustaz Zulkifli berkata, seluruh umat Islam di
dunia ini sekali-kali tidak akan meredai tindakan Wilders yang
menyalahgunakan toleransi dalam negara.



Image"Kita mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan filem 'Fitna' yang sengaja
mengundang kemarahan umat Islam seluruh dunia tanpa mempedulikan
perasaan dan sensitiviti penganutnya yang akan mempertahankan agama ini,"
ujarnya dalam perhimpunan yang diadakan di hadapan Kedutaan Belanda, berhampiran bangunan Ampwalk selepas solat Jumaat petang tadi.


Dalam ucapannya, beliau mengecam tindakan pihak kerajaan Belanda yang
tidak sensitif akan perasaan dan prinsip toleransi beragama di negara ini
yang telah dimanipulasikan.


Meskipun hanya lebih 200 sahaja yang hadir, namun laungan semangat mereka di
tengah gerimis dan siraman hujan yang semakin lebat itu ternyata
membakar semangat orang ramai yang lalu lalang sambil memerhatikan gelagat
demonstran sambil membunyikan hon sebagai tanda sokongan.



Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Pemuda PAS Pusat, Ustaz
ImageRidhuan Mohd Nor menyatakan perarakan yang sama juga diadakan oleh pemuda
PAS di peringkat negeri seluruh negara.


"Antara tindakan yang drastik kita jalankan ialah memboikot semua
produk keluaran Belanda sebagai tanda protes terhadap industri mereka untuk
memberi pengajaran mengenai kesalahan yang dilakukan," katanya.


Perarakan aman yang bermula seawal jam 2.15 petang dikawal dengan baik
oleh pihak polis dan anggota trafik ibukota sambil diperhatikan oleh
anggota unit simpanan persekutuan (FRU) sehingga mereka tiba di bangunan
kedutaan tersebut.


Bantahan peserta demonstrasi aman tersebut dirakamkan menerusi poster
dan sepanduk yang dipamerkan kepada orang ramai semasa mereka sedang
berarak.



Antara sepanduk dan poster tersebut berbunyi, 'jangan hina kesucian
Islam', Boikot produk Belanda', Pemuda PAS bantah sekeras-kerasnya
Imagepenerbitan 'Fitna' dan 'Don't insult Islam'.


Turut berucap di hadapan kedutaan tersebut, Ketua Pemuda PAS Wilayah
Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad, dan wakil mahasiswa Islam, Mohamad
Syazwan.


Selain itu, ia turut mendapat liputan yang meluas daripada media dalam
dan luar negara memandangkan ia adalah inisiatif dibuat pemuda PAS
selepas siri perhimpunan dianjurkan pemuda Umno.


"Kita memperjuangkan isu ini bersama semua pihak yang mempunyai hasrat
yang sama tanpa mengira perbezaan kaum dan sempadan politik kerana ia
adalah tanggungjawab bersama," tegasnya.


Bahkan, pada 30 Mac lalu, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi
Awang merakamkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap sebuah filem
Belanda terbitan Geert Wilders bertajuk 'Fitna' yang jelas memberikan
gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al Quran serta Nabi Muhammad
s.a.w.


ImageFilem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang
ganas, ujarnya dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui Setiausaha
Akhbarnya, Roslan Shahir Mohd Shahir semalam.


Dalam kenyataan tersebut, beliau merasakan filem yang tidak
bertanggungjawab ini akan mencetuskan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan
Islam dunia dan dengan itu mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan
lagi.


Justeru, beliau menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC),
negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan
tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan
meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang
lagi.



Tambahnya, PAS menghormati kebebasan berkarya, namun ia perlu ada had
dan batasan, dan dalam hal filem Belanda ini ia ternyata tidak
menghormati sensitiviti agama Islam dan penganutnya yang kini merupakan hampir
separuh penduduk dunia.


ImageBantahan yang sama turut disuarakan pada 31 Mac lalu oleh Ketua Pemuda
PAS, salahudin Ayub menerusi memorandum yang diserahkan kepada kepada
Timbalan Ketua Kaunselor Kehormat, Luc Schillings, Kedutaan Belanda


Dalam memorandum tersebut, jelas Salahudin beliau mendesak kerajaan
Belanda menghentikan sebarang bentuk provokasi agar dapat mengekalkan
suasana aman dan makmur di seluruh negara.


Katanya, beliau bertanggungjawab untuk menyerahkan memorandum tersebut
agar menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak kerana tindakan menghina
sesuatu agama itu tidak bertamadun serta tidak berbudaya.


Dua hari selepasnya, Exco Pemuda Umno Pusat, Dato' Pirdaus Ismail pula
telah mengambil langkah yang sama sebagai tanda bantahan dan protes
terhadap kebiadapan Geert Wilders dalam penerbitan filem kontroversi
'Fitna' yang mengundang rasa tidak senang seluruh umat Islam.


ImageKemudian, Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria pula menggesa para
pendakwah Islam agar segera bangkit menjelaskan kekeliruan dalam filem
pendek 'Fitna' yang ditayangkan di internet sejak 27 Mac lalu.


"Adalah menjadi tanggungjawab kepada pendakwah Islam untuk menjawab
segala fitnah yang telah dilemparkan oleh penerbit filem tersebut, Geert
Wilders menerusi internet memandangkan ia kini sedang giat ditayangkan
melalui medium tersebut.


"Kita kesal dengan kerajaan Belanda yang membenarkan filem tersebut
ditayangkan meskipun kini mereka mahu mengambil tindakan ke atas Geert.


Image"Kenapa daripada awal mereka tidak mengambil tindakan yakni mengenakan
sekatan ? Kenapa dibiarkan juga mereka meneruskannya, sebab itu kita
mengambil keputusan untuk memboikot produk Belanda sebagai protes,"
katanya.


Filem pendek yang mempunyai dua versi ditayangkan selama 16 minit 48
saat dan 10 minit itu memaparkan beberapa potong ayat al-Quran yang
menjelaskan mengenai konsep jihad dan peperangan dalam Islam. - mks.

Read more!