Gembiranya Seorang Sultan - Retro

http://buletinonline.net/images/berita5/tgmizan9901.gif

Kuala Terengganu, 23 Disember, 1999 – Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, Baginda Sultan Terengganu memang dikenali rakyat sebagi seorang raja yang gemar mempelajari agama. Telah menjadi perbualan sekalian rakyat jelata bahawa Tuanku Sultan Mizan gemar membaca al-Qur’an dan tekun mengerjakan sembahyang tepat pada waktunya.

Banyak juga diperbualkan oleh sekian kakitangan kerajaan bahawa apabila sesuatu majlis yang dihadiri sendiri oleh Tuanku, majlis tidak menyediakan jamuan kerana Tuanku dikatakan berpuasa. Memang Tuanku diberitakan gemar berpuasa.

Di akhir-akhir pentadbiran Tan Sri Wan Mokhtar sebagai MB, beliau dikatakan mengalami sedikit kesukaran dengan Baginda Tuanku. Antaranya ialah pemilihan SUK yang sebelum ini. Baginda Tuanku memang sudah tidak memperkenan dari awal lagi. Malah kerap kali senarai penganugerahan pingat dan kebesaran tidak dipersetujui oleh Baginda Tuanku. Baginda kerap mempersoalkan kredibiliti bakal penerima pingat yang dicadangkan oleh Wan Mokhtar.

Dengan kemenangan parti PAS dan pemerintahan yang menjuruskan prinsip Islam, Baginda diberitakan amat gembira. Semasa mesyuarat pemilihan MB di kalangan pimpinan PAS negeri, berlaku suasana yang tidak pernah berlaku di kalangan pimpinan BN/UMNO. TG Ustaz Hadi, Dr. Harun Taib dan beberapa lagi pimpinan dikatakan sama-sama menolak dari dicalonkan sebagai MB. Pelbagai alasan diberikan oleh mereka. Setelah keputusan tidak dapat dicapai, maka Baginda Tuanku diberitakan meminta TG Ustaz Hadi menjadi MB.

Kegembiraan Baginda Tuanku tergambar ketika upacara mengadap Baginda Tuanku dilakukan semasa penyerahan watikah baru-naru ini. Lihatlah dari rakaman gambar yang telah disiarkan di dalam TV.

Baginda Tuanku ketika memasuki balai majlis didapati menunduk kepala sedikit (sebagai tanda hormat) kepada Us. Hadi walaupun Baginda Tuanku sebagai seorang Raja yang memerintah negerinya. Memang perwatakannya yang merendahdiri tidak dapat disembunyikan Baginda.

http://buletinonline.net/images/berita5/tgmizan9901.gifhttp://buletinonline.net/images/berita5/tgmizan9902.gifhttp://buletinonline.net/images/berita5/tgmizan9903.gif

Dipetik dari Arkib Terengganukite
Read more!

Benarkah Sultan Mizan (DYMM) Murka (II)

The image “http://buletinonline.net/images/stories/sultan-mizan-1.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
Khabar terbaru yang disampaikan, bukan sahaja rakyat sinis tentang perisytiharan Kuala Terengganu (KT) sebagai bandaraya, tetapi ramai menjadi marah. Rakyat mempersoalkan mengapa membazir begitu banyak ‘pitih’? Pada mulanya Dato’ Deris mengatakan RM4 juta dibelanjakan untuk perisytiharan tersebut. Le ni dah jadi RM10 juta. Bakpe yang jadi mahal gitu.

Kalu setakat nak buat konsert sana-sini, nak tembak bunga api kat Manir, Gong Badak dan sana serta sini, nak buat makan-makan sana-sini, takkan jadi mahal gitu? Sepuluh juta bukan sikit. Kalu sepuluh ‘rial’ memang sikit, menag tak cukup. Nak buat bayar yuran anak masuk sekolah tahun depan ni pun tak leh. Semua sekolah, rendah atau menengah kena bayar tak kurang seratus rial belaka. Tak padan dengan apa yang Menteri dan Perdana Menteri kata. Yuran sekolah di hapuskan. Orang Terengganu kata, tu ‘loyar’ je. Loyar buruk. Yang hapuskan tu berapa sen je. Yang menambah banyak pada yang mengurang. Lepas tu Menteri duk main cakap ‘kluk klek’.

The image “http://buletinonline.net/images/stories/logompkt.gif” cannot be displayed, because it contains errors. Foto : Logo MPKT yang baru di tukar tahun lalu

Dan yang lebih terbarunya, bukan sahaja rakyat yang marah pasal kes KT jadi bandaraya. Tuanku pun murka. Setakat mana dia jadi murka tu, tak tahulah ambe. Tapi bukan pasal yuran sekolah yang turun naik tu Tuanku murka. Ni pasal benda lain. Bukan juga pasal nak isytihar jadi bandaraya. Hok tu, tak kesahlah, bandaraya tak bandaraya pun, rakyat pun semua tahu, KT lagu ni lah. Nak buat besar ikut mana lagi. Buat cantik-cantik Pulau Duyong pun, rakyat tak leh gi jugak. Nak gi lagu mana? Nak masuk muka pintu pun dah ada ‘jaga’. Rakyat jelata hok duk hulu darat nu, memang tak biasa masuk tempat ada pagar-pagar nih.

Buat molek-molek macam Pulau Wan Man tu jadi segan pulak nak gi. Kalu hok tok lebai, hok ngaji-ngaji sikit tu nak gi tempat-tempat ada ‘funfair’ ni memang malu. Macam tahun 60-an dulu-dulu. Funfair masuk kampong, ada joget lambak. Punah ranah rakyat. Le nih pun jadi macam nak balik ke zaman tu semula. Mungkin pasal tu nak jadi bandaraya. Bila nama bandaraya, kena ikut semua ‘parameter’ hok yang ditetapkan.

Hok betul benornya adalah jumlah penduduk mungkin. Yang lain ‘pulas’ belaka. Jumlah penduduk Kuala Terengganu lebih dari 300,000 orang. Tapi bukan hok duk Bandar saja. Hok kira 300,000 tu dari sempadan daerah Marang, sebelah selatan, sampai sempadan daerah Setiu, belah utara. Dari Seberang Takir kat kuala, sampai ke Manir kat sebelah hulu. Memang kalu masuk kira, adalah gamaknya 300,000. Kalau bab pendapatan Kuala Terengganu, memang tak sampai 80juta setahun. Campur segala hasil cukai pintu dan segala cukai-cukai lain, tambah dengan bayaran lesen iklan dan segala lessen-lesen lain, tambah pulak dengan ‘collection’ orang bayar ‘parking’ dan lain-lain, semuanya tu RM50 juta pun tak leh.

Kalu mengikut Laporang Ketua Audit Negara tahun lepas (2005) Kuala Terengganu hanya boleh RM 42.75 juta sahaja pendapatan. Tolak belanja RM37.24 juta, adalah lebih sekita RM6 juta. Tapi tengok kertas Imbangan alek belakang pulak, hutang Kuala Terengganu lebih banyak dari harta. Hutang Kuala Terengganu RM54.48 juta, harta cuma ada RM18.79 juta. Maknanya ‘reta’ hok ada belaka tu, kalau habis digadai atau dijual sekali pun, tak leh nak bayar hutang. Tu yang kata tadi, dia pulas belaka. SU politik Derih cakap minggu lepas, semua syarat nak jadi bandaraya siap belaka dah. Termasuk pendapatan Kuala Terengganu? Kemudian dia kata, ada universiti, antara syarat-syarat nak jadi bandaraya. Hok ni kan dia pulas awal-awal lagi.

The image “http://buletinonline.net/images/stories/bandarayakt.png” cannot be displayed, because it contains errors. Foto : Logo baru Bandaraya Kuala Terengganu

Deris janji (dalam manifesto BN) kepada rakyat nak buat dua buah universiti penuh. Rakyat faham, maksud penuh tu, nak buat hok lain lah. Hok ada dah ni, jangan duk ‘kosek’. Hok ada dah dulu nama KUSTEM ngan KUSZA tu, tak payah kosek lah. Biar banyak gok pusat pengajian kat negeri GGanukita nih. BN janji nak buat universiti, buat hok lain. Dah, kan mu banyak pitih. Susah mende. Mintak je lah dengan abang angkat mu, Pak Lah tu. Nak buat universiti, RM300 juta atau RM400 juta apa masalah. Lumba kapal layar je dah RM200juta. Buat sejid palsu kat Pulau Wan Man RM300 juta. Takkan ada masalah nak buat dua buah universiti penuh hok lain.

Tapi bukan pasal kes tu yang Tuanku murka. Mmemanglah kalau belanja sana ratus juta, sini ratus juta, benda faedah untuk rakyat tak banyak mana, memanglah mungkin tuanku kata membazir. MPKT baru je tukar logo kan? Tak silap, bulan april tahun lepas (2006), MPKT tukar logo dari hok lama kepada hok baru. Hok memang cipta logo tu budak nama Quzaila Abdul Rahman 30, eksekutif yang bekerja denga Majlis Design Malaysia di Shah Alam.

Berapa juta habis sebab Deris dan Mat Said punya pasal. Nak ambik ‘konsep’ baru konon masa tu. Nak ambiklah Kuala Terengganu ni duk kat tepi sungai dan tepi laut, jadi buat lah logo baru, nak ambik konsep pesisir air, konon. Sebab tu logo MPKT tukar dari hok ada gambaor ‘teknikal’ dulu kepada ‘jalur-jalur’ biru, nak lambangkan duk tepi air.

Berapa juta pitih habis! Semua warna harta benda MPKT dari warna hijau kuning dulu, kena cat semuanya kepada warna biru dan biru muda. Berapa banyak lori, kereta, bangunan dan lain-lain milik MPKT, semuanya cat semula.

Semua papan-papan tanda yang ada dari sempadan Marang sampai ke sempadan Setiu, yang warna kuning, kena cat semula warna biru.

Semua alat tulis, kepala surat, kertas saman, kertas bil, bil bayar lessen, kertas tempek hok tu dan kertas tempek hok ni, kena tukar belaka. Logo pada uniform, pada semua hak milik MPKT kena tukar belaka. Berapa juta habis??.

Baru je guna logo baru tu, tak sampai dua tahun, nnyer tukar pulak. Dah nak jadi bandaraya sangat! Tak tukar logo tak ada kelas lah. Kalu guna hok logo ‘stripe’ macam stripe kasut ‘nike’ tu mana cantik, kan bandaraya kan! Berapa juta pulak nak dihabiskan duit rakyat?? Kes tukar logo je ! Dalam masa tak sampai 4 tahun perintah UMNO/BN perabis duit rakyat 2 kali tukar logo MPKT!

The image “http://buletinonline.net/images/stories/scan0031.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
Foto: Jata Sultan Terengganu atau dipanggil sebagai 'panji-panji' sultan Terengganu atau 'personal standard'. Jata permaisuri dan pemangku sultan sama, tetapi warna berbeza. Kalau nak tahu samada Tuanku ada atau tidak tengok bendera yang berlogokan jata ini. Kalau ada berkibar, maknanya tuanku ada.

Tapi mungkin pasal belanja juta-juta tu Tuanku tak marah. Sebab tak ada arah nak buat. Nak jadii bandaraya, kenalah tukar imej. Biarlah korban sikit. Lepas tu, bukannya duit kerajaan negeri. Kan semua tu duit kerajaan pusat. Duit Kementerian Ong Ka Ting. Bila bawa dari pusat ke negeri, pitih RM10 juta tu, dapatlah rakyat Terengganu menambahkan hasil pendapatan. Tak apalah projek-projek ganti logo, ubah warna, cat itu dan ini, dan semua projek tu boleh ke kroni. Tak apa lah.

Yang Tuanku murkanya, pasal logo baru tu, yang dikhabarkan kepada ambe, Bakpe Deris bubuh gambar jata Terengganu siap ada ‘bunga padi’ keliling jadi logo baru Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Takkan Deris dan Mad Said tak tahu, kat Kuala Terengganu ni bukan ada padi lagi. Kalu setakat guna jata sahaja dak apa. Yang gi bubuh bunga padi keliling jata tu bak pe.

Dahlah logo baru bandaraya KT, tak ada kaitan dengan konsep pesisir pantai, sebab guna jata negeri, Jadi sebab apa, tiba-tiba Deris dan Mad Said bubuh gambar bunga padi tuh? Takkan Deris Jusoh dan Ahmad Said tak tahu langsung pasal alat-alat istiadat dan logo-logo kebesaran Tuanku.

Bak pe lah mu Deris wei… mu letak gambar ‘bunga padi’ kat logo baru Majlis Bandaraya Kuala Terengganu hok baru tu. Bak pe lah mu Mad Said….. Takkan mu dua orang dak tahu bahawa itu adalah logo ‘personal standard’ DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu. Bunga padi tu kan logo bagi ‘panji-panji peribadi Al-Sultan’.Kan lambang bunga padi tu memang tak ada orang guna di Terengganu ni. Bak pe lah mu wei…… Deris….


Sumber: BuletinOnline

Klik untuk artikel sebelumnya

Read more!

Istana 'Murka' Idris

http://buletinonline.net/images/berita5/tuankumaziah.gif

Terengganu akan mendapat Menteri Besar yang baru apabila Datuk Seri Idris Jusoh ‘tidak diperkenan’ oleh pihak istana untuk memegang jawatan itu bagi penggal kedua.

Demikian dilaporkan oleh akhbar media perdana hari ini. Akhbar tersebut memetik sumber Istana Terengganu yang mengesahkan sehingga hari ini Idris tidak mendapat ‘restu’ untuk meneruskan tugas tersebut walaupun beliau berjaya mengetuai Barisan Nasional (BN) Terengganu memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

Sumber Istana juga menyebut bahawa usaha sedang dilakukan untuk mengenal pasti calon untuk menerajui kerajaan negeri, namun setakat ini nama-nama yang difikirkan sesuai belum diterima oleh pihak istana.

‘‘Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu Bab Kedua menyebut pelantikan Menteri Besar hendaklah terdiri daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
‘‘Yang ditekankan di sini bukanlah mereka yang mengetuai parti yang memenangi pilihan raya tetapi mana-mana seorang ADUN yang pada fikiran Sultan Terengganu boleh mendapat kepercayaan ahli-ahli dewan yang mewakili rakyat negeri ini,” kata sumber tersebut.

Jurucakap itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Idris semalam yang menyerahkan kepada pihak istana untuk menentukan tarikh istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar serta kedudukan beliau sama ada dipilih semula atau tidak memegang jawatan itu.

Kedudukan Idris menimbulkan tanda tanya apabila istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar dan ahli Exco kerajaan negeri yang sepatutnya berlangsung pagi kelmarin di Istana Maziah di sini dibatalkan.

Mengulas lanjut, sumber istana itu berkata, Sultan Terengganu sebenarnya bukan melibatkan diri baginda dengan politik sehingga melampaui sempadan, namun apa yang baginda mahu ialah kepentingan dan kesejahteraan rakyat mendapat pembelaan.

Sumber itu menafikan pihak istana campur tangan berhubung pelantikan menteri besar yang baru. Katanya, terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menentukannya.

‘‘Pihak istana sebenarnya tidak campur tangan dalam pemilihan menteri besar, cuma istana mahu mereka yang menjadi menteri besar adalah mereka yang benar- benar diterima oleh rakyat.

‘‘Istana juga mahu mereka yang menjadi Menteri Besar berkemampuan untuk membawa kesejahteraan, kemakmuran dan perpaduan di kalangan rakyat,” kata sumber tersebut lagi.

Kenyataan tersebut mengesahkan ‘desas-desus’ selama ini bahawa Tuanku Sultan ‘murka’ kepada Idris. Tindak-tanduk Idris sebagai ketua kerajaan selama ini banyak diperkatakan dan tidak diterima oleh rakyat jelata. Pernah seorang pengunjung Buletin Online memberitahu dia telah menghantar surat kepada Tuanku, memperihalkan kepada Tuanku, tentang ‘fe’el’ perangai Idris.http://buletinonline.net/images/berita5/tuankutti.gif

Buletin Online juga pernah memaparkan didalam kolum minda editor, salah satu insiden yang menyebabkan Tuanku Sultan Mizan murka kepada Idris. Ia adalah perihal berkaitan penggunaan logo Majlis Bandaraya Kuala Terengganu(MBKT). Kerajaan Terengganu telah memilih logo yang menggunakan ‘lingkaran bunga padi’ sebagai pemenang bagi pertandingan mencipta logo MBKT dan menggunakan logo tersebut tanpa merujuk kepada pihak Tuanku. Sedangkan ‘lingkaran bunga padi’ digunakan dalam ‘personal standard’ atau bendera peribadi Tuanku.

Selain dari itu sikap ‘gelojoh’ Idris juga mungkin menjadi sebab mengapa pihak Istana tidak perkenan dengan beliau. Ramai yang mengetahui dan menghebohkan bahawa Tuanku Sultan juga menjadi ‘murka’ terhadap pelancaran dan perasmian Taman Tamadun Islam yang telah berlangsung pada pada 3 Februari lalu.

Perasmian taman tema yang memakan belanja ratusan juta ringgit duit rakyat itu sepatutnya hanya sebagai satu acara tunggal sahaja, namun kerana inginkan publisiti berganda, Idris membelanjakan RM15 juta pula wang rakyat untuk dua majlis perasmian.

Perasmian taman tema dan perasmian ‘masjid’ dbuat sebagai dua acara yang berasingan. Menjadi suatu perkara yang agak ‘mencemar duli’ apabila Tuanku Sultan Mizan diminta untuk merasmikan ‘masjid’, namun ruapa-rupanya taraf ‘masjid’ Kristal hanyalah sebuah surau sahaja! Tidak layak didirikan solat Jumaat didalamnya.

http://buletinonline.net/images/berita5/tuankukhatam.gifBuletin Online juga melihat Idris selaku ketua kerajaan negeri telah menyalahgunakan kedudukan tuanku sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Terengganu. Sikap Idris yang gemarkan ‘publisiti murahan’ dengan tujuan mengaburi pandangan rakyat terhadap kerajaan telah menyalahgunakan wajah-wajah dan batang tubuh Tuanku, menjadi penghias papan tanda besar ‘billboard’.

Penggunaan Tuanku sebagai propaganda, dengan secara sengaja dan keterlaluan , mengambil kesempatan diatas keterlibatan Tuanku dalam acara atau majlis yang dianjurkan oleh kerajaan negeri, dikatakan juga adalah idea dari bekas Menteri Besar Terengganu itu.

Sumber: BuletinOnline
Read more!

Tok Guru Nik Aziz di Kelantan, Nizar di Perak dan Khalid di Selangor

http://buletinonline.net/images/berita5/nizar.gifKuala Terengganu, 12 Mac - Mursyidul Am PAS Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima watikah pelantikan Menteri Besar daripada Sultan Kelantan dan mengangkat sumpah didepan Sultan disini semalam. Bernama juga melaporkan Ir Hj Mohammad Nizar Jamaludin akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak, pertama dari PAS(selainnya UMNO)

manakala Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, esok.

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/tgnaziz.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Tok Guru Nik Aziz, 77, kekal menjadi Menteri Besar Kelantan untuk penggal kelima, sejak PAS menerajui negeri pada tahun 1990, dilahirkan pada tahun 1931 di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan, pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang Syariah di Universiti al-Azhar di Mesir, dan mempunyai lima anak lelaki serta lima anak perempuan

Manakala Mohammad Nizar, 51 adalah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, menyertai parti tersebut pada 1995 dan bertanding kali pertama bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum 2004 tetapi tewas kepada penyandangnya Datuk Seri Rafidah Aziz.


Abdul Khalid, 62, akan mengangkat sumpah dan melafazkan ikrar taat setia di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini, pukul 3.30 petang esok. Abdul Khalid memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Sayuti Said dengan majoriti 1,920 undi. Ini adalah kali kedua beliau bertanding di kerusi itu, setelah cubaan kali pertama bertanding pada pilihan raya kecil kawasan yang sama April tahun lepas tetapi tewas kepada calon BN, K. Parthiban

Dengan adunan empat Menteri Besar dari Barisan Alternatif(BA) (termasuk Ustaz Azizan di Kedah), dua berkelulusan Ugama, satu Jurutera dan seorang lagi ahli korperat akan dapat meningkatkan pembangunan dan ekonomi ke empat-empat negeri tersebut dengan kerjasama yang terjalin rapat antara satu sama lain.

http://buletinonline.net/images/berita5/khalid.gifSehubungan dengan itu Harakahdaily melaporkan, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua menyatakan tiada masalah yang timbul antara KeADILan dan DAP dalam peruntukan satu kerusi kepada DAP dalam kabinet kerajaan Kedah yang disepakati antara PAS, KeADILan dan DAP.

Berhubung dengan perlantikan Menteri Besar Perak, menurut Profesor Dr. Abdul Aziz Bari, salah satu perkara yang perlu diberi perhatian dalam soal perlantikan Menteri Besar ialah bahawa hanya orang Melayu dan Islam sahaja yang boleh dilantik ke jawatan itu.

"Sebab itu di Perak meskipun DAP memiliki jumlah kerusi yang paling banyak di kalangan barisan pembangkang mereka perlu memberikannya kepada parti-parti yang mempunyai Adun Melayu," jelas Dr. Abdul Aziz lagi.

Di Shah Alam, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud berkata beliau telah menemui ketua-ketua jabatan untuk menjelaskan perkara tersebut.

"Biarpun tampuk pemerintahan kerajaan negeri Selangor bertukar daripada Barisan Nasional (BN) kepada pakatan parti yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS, namun urusan pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa," katanya menurut Bernama, dalam satu sidang akhbar hari ini.

Sumber: BuletinOnline

Read more!

Sikap Baru Untuk Malaysia Baru

163727458_b4e88c85ce_o.gif

foto

Kemenangan dan kekalahan di dalam Pilihanraya Umum ke-12 pada 8 Mac lalu adalah lembaran baru untuk Malaysia Baru.

Kemenangan yang dicapai mengatasi teori-teori politik perdana yang mengisi wacana pra pilihanraya. Ia terlalu jauh dari jangkaan semua pihak.

Hakikatnya, Allah SWT sudah pun memberitahu:

annaml-50.jpg

“Dan mereka telah merancangkan (konspirasi), dan Kami pula merancangkan (balasannya), sedang mereka tidak menyedarinya.” (Al-Naml 27 : 50)

Saya yakin, rejim yang baru ditumbangkan itu tidak pernah sedar dan tidak pernah mengambil kira soal ‘perancangan Allah’. Mereka sangat yakin dengan segala keupayaan yang ada untuk meneruskan tradisi kemenangan yang sudah bagai tahu sebelum diberitahu. Kuasa majoriti besar, kuasa penguasaan media yang amat keterlaluan, kuasa wang, kuasa SPR dan segala-galanya, terungkap dalam keangkuhan hingga mereka lupa kepada Makar Allah terhadap makar mereka.

Mereka lupa siapa Allah terhadap KUASA.

alimran-26.jpg

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Aal Imraan 3 : 26)

Setelah sekumpulan manusia membelakangkan tujuan Allah memberi kuasa, bahawa untuk mereka menegakkan keadilan dan memuliakan manusia dengan kemanusiaannya, Allah mencabut kuasa itu dan menyerahkannya kepada pasukan lain yang dengan sepenuh hati menyatakan kesediaannya untuk berlaku adil.

Jika tidak Allah, siapakah yang mengubah hati pengundi hantu untuk mengundi Barisan Rakyat?

Siapakah yang membuang prejudis dari hati kaum non-Muslim untuk menyokong PAS?

Allah yang Maha Adil memuliakan keadilan, dan mengangkat manusia yang menjunjung keadilan, menghina dan menjatuhkan si zalim dan kezalimannya.

Itu sifir jatuh bangun setiap sudut kehidupan manusia sebagaimana yang tercatat di dalam rakaman sejarah.

SEGALANYA BARU

Segala-galanya adalah baru.

Sebagaimana Khir Toyo, Tajol Rosli dan Mahadzir Khalid perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan tanpa kuasa bersama status baru sebagai Ketua Pembangkang, begitulah suasana baru ini memerlukan semua pihak untuk belajar menyesuaikan diri.

Kelantan menang selesa untuk meneruskan agenda yang telah sedia ada.


foto

Akan tetapi bagi negeri-negeri lain seperti Kedah, Pulau Pinang dan terutamanya Selangor dan Perak, ia adalah sesuatu yang baru. Suasana yang baru ini memerlukan kita kepada sikap yang segar dan baru untuk menyambutnya dengan betul. Bukankah sebelum pilihanraya lagi, kita sudah bekerja keras untuk mewujudkan pendirian yang segar dan baru untuk mengundi?

Kita melihat kaum Cina dan India tanpa ragu-ragu mengibarkan bendera PAS dan PKR. Malah mereka hadir dengan jumlah yang amat signifikan ke ceramah kempen-kempen pilihanraya PAS dan PKR hingga sebahagiannya terangsang untuk sama bertakbir! Itu pengalaman saya sendiri semasa berkempen. Dan itu sudah pun mencorakkan Malaysia dengan Malaysia yang baru.

Biar pun agak penat berdepan dengan usaha menyuntik pembaharuan kepada politik orang Melayu (akibat pelbagai TAHU tetapi terus lemah MAHU dan MAMPU), namun suasananya tetap suasana baru. Orang Melayu yang Muslim itu, dengan semangat Islam mereka pantas menyokong dan mengundi PKR malah DAP!

“Ada pahala ke ustaz, kalau undi DAP?”, tanya orang kepada saya.

“Pastinya, pengundi BN tahun 2008 dunia tak dapat, Akhirat pun tak dapat!”, itu jawapan ringkas saya.

Dalam erti kata yang lain, tiada lagi PAS untuk Melayu Muslim atau DAP sebagai lawannya. Kesemuanya bergerak senada bahawa kita menolak kezaliman dan penindasan Barisan Nasional, lantas setiap parti menerima sokongan yang amat pluralistik wajahnya.

MENGAPA MAHU KEMBALI KEPADA YANG LAMA

Setelah kejayaan di dalam pilihanraya dikecap dengan usaha baru, mengapa kemenangan itu mahu disambut dengan kembali kepada isu-isu lama? Kenapa mahu berpatah kepada square one?

13 Mei 1969…

Ia menjadi titik resah segelintir yang silap membaca sejarah.

Pilihanraya 2008 bergerak bukan dengan sentimen perkauman. Isunya bukan isu perkauman. Bukan Melayu tipu Cina atau India, bukan Cina atau India yang menjadi masalah kepada Melayu. Tetapi Melayu, Cina dan India bangkit untuk berdepan dengan Barisan Nasional, yang menjadi masalah kepada semua orang.

UMNO kalah, MCA kalah, MIC kalah. Pemenang adalah rakyat yang menjunjung keadilan dan menolak kezaliman.

Ini sudah cukup untuk menjadikan 8 Mac 2008, tiada kena mengena dengan 13 Mei 1969.

Tambahan pula dengan sokongan warna warni yang diterima oleh PAS, PKR dan DAP… menjadikan sentimen perkauman sungguh tidak relevan. Sebaliknya harapan setiap pengundi yang mengundi pembangkang, tanpa mengira parti, adalah untuk memulihkan harapan kita bagi melihat Malaysia yang lebih sejahtera.

Pagi Ahad 9 Mac 2008 adalah pagi yang sangat aman.

Ia mendamaikan jiwa kita semua.

Malah pihak yang menang sudah pun membuat kenyataan awal bahawa kemenangan ini tidak akan disambut dengan apa-apa acara, khususnya acara jalanan, kerana menghormati kemenangan itu sebagai suatu tanggungjawab. Ini juga sudah amat berbeza dengan mood 1969.

Begitu juga dengan majoriti pengundi 2008. Mereka bukan lagi Melayu yang sengsara dengan penyeksaan zaman Jepun atau era komunis. Mereka bukan lagi Cina atau India yang diberi kerakyatan, tetapi mereka adalah anak Malaysia yang melihat negara ini dengan pandangan yang sama seperti pandangan Melayu.

Jika Malaysian Malaysia yang dilaungkan oleh DAP pada 1969 banyak bercakap tentang soal HAK, maka laungan Barisan Rakyat pada 2008 lebih banyak bercakap tentang soal PERANAN.

1969 hanyalah modal divide and rule yang selayaknya diperkatakan oleh golongan yang kehilangan kuasa semata-mata. Perlakuan membakar Tadika KEMAS atau apa sahaja yang bersifat provokasi kebelakangan ini, hanyalah perlakuan golongan yang tidak dapat menerima kekalahan. Apa rasionalnya untuk Barisan Rakyat bertindak sedemikian?

Bagi Barisan Rakyat, kita harus memandang ke depan, dengan wajah dan sikap yang baru.

ANTARA HAK DAN PERANAN

Sikap baru yang diperlukan oleh kita semua bagi mengisi kemenangan 2008, amat bergantung kepada persepsi kita kepada soal HAK dan PERANAN.

Hal ini lebih ketara untuk menjawab isu yang berlaku di negeri Perak.

Tentu sekali, tiada dalam perhitungan PAS, DAP dan PKR di Perak untuk merancang kemenangan hingga beroleh kuasa. Malah isu Undang-undang Tubuh Negeri yang menjadi topik hangat semasa juga tidak timbul sama sekali kerana tidak tergambar di fikiran sesiapa untuk melihat Barisan Nasional bergerak sebagai pembangkang di negeri ini.

Proses perlantikan Menteri Besar dan seterusnya Exco Kerajaan Negeri, sangat memerlukan kita semua kepada memfokuskan soal PERANAN berbanding HAK.

Rakyat secara keseluruhannya mengundi DAP, PKR dan PAS bukanlah sebagai ekspresi menuntut hak. Sebaliknya kita semua mahukan sebuah kerajaan baru yang lebih baik, yang lebih berkesan dalam melaksanakan peranannya. Maka pembentukan kerajaan baru di negeri Perak mestilah keluar dari soal perdebatan tentang hak kepartian, sebaliknya kembali memikirkan soal efisyensi dan peranan… kerajaan yang bagaimanakah yang membolehkan mereka berperanan dan bukannya soal kerajaan yang bagaimanakah yang berjaya memberikan hak atas asas parti.

Saya sebagai anak Perak, mahukan pemimpin yang mampu berperanan dan menyuburkan persefahaman dalam kerajaan baru serba baru ini, tanpa mengambil kira soal parti. Saya tidak mahu dipimpin oleh Melayu yang tidak berkemampuan.

Saya meyakini kebijaksanaan Istana Perak yang bertuah dengan Sultan Negeri yang juga bekas Ketua Hakim Negara. Begitu juga dengan pemangkunya yang amat terpelajar dan berpemikiran tinggi untuk mengatur kami rakyat Perak dengan sebaiknya. Perak adalah negeri yang terbukti bijak, pada tahun 2008.

Malah saya juga meyakini keterbukaan pemimpin PAS, DAP dan PKR untuk mengambil peluang dari kemenangan ini untuk saling bekerjasama, belajar dan mengajar serta memfokuskan orientasi mereka kepada peranan dan bukan lagi permainan hak yang sudah sekian lama membantutkan Taaruf yang tulen oleh sesama rakyat yang berbilang bangsa juga agama.

PELUANG BELAJAR

Bagi PAS Perak, ambillah peluang ini untuk belajar dan menimba pengalaman yang unik. Jika PAS Perak berjaya membangunkan pemikiran siasah mereka dalam suasana Perak, maka PAS Perak boleh menjadi model terbaik untuk PAS yang compatible dengan realiti Malaysia.

Allah SWT menganugerahkan PAS Perak dengan peluang untuk mencanai fikrah dan agendanya dalam suasana kerajaan campuran, agar PAS bertemu dengan formula Politik Islam yang berjaya mentadbir kepelbagaian bangsa dan agama, yang sebelum ini hanya mampu berteori.

Kelantan dan Terengganu tiada peluang seperti ini kerana dominasi penduduk Melayu Muslim yang ketara.

Namun di negeri Perak, PAS berpeluang untuk duduk bersama kaum dan agama yang pelbagai… ia bakal menjadi pengalaman yang amat berharga untuk menafikan dakwaan Olivier Roy di dalam analisanya, “The Failure of Political Islam“.

Bukan sahaja untuk PAS, malah DAP juga berpeluang untuk lebih mendekati kaum yang pelbagai.

Di kawasan saya di P.64 dan N.27, pengundi Melayu mengundi DAP untuk menambahkan kemenangan Lim Kit Siang dan Su Keong Siong tanpa pernah mengenali dan bersemuka dengan mereka berdua.

Tetapi undian diberikan kerana Lim Kit Siang merupakan seorang Ahli Parlimen yang sangat efektif. Beliau memainkan peranan yang penting dalam membela nasib rakyat melalui PERANANnya di Parlimen dan dikenali sebagai the sworn enemy of corruption, abuses of power and gross mismanagement . Pengundi beliau di P.64 berbangga menghantar Ahli Parlimen yang paling aktif, malah menjawat jawatan Ketua Pembangkang dengan berkesan. Ia jauh lebih membanggakan berbanding dengan pengundi di P.41 yang menghantar sang penidur dan punca kemerosotan partinya sendiri.

Begitu juga dengan Thomas Su yang menjadi ADUN di N.27 Pasir Pinji harus mengambil peluang dari mood 2008 untuk mendekati penduduk Melayu di Kampung Pasir Puteh dan PAS Kawasan boleh memainkan peranan untuk menjadi orang tengah dalam memobilisasikan Thomas Su agar lebih mesra dengan pengundi Melayu.

Ia adalah peluang belajar untuk semua.

DAP dan PAS yang lebih berkepelbagaian, bersama PKR yang boleh banyak berperanan untuk menjadi pendamai antara dua dimensi DAP dan PAS… akan menghasilkan formula terbaik untuk Malaysia.

aalimraan-54.jpg

“Dan mereka itu pun merancangkan tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya” (Aal Imraan 3 : 54)

Nak tengok Malaysia baru, tengok Perak!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Read more!