Istana 'Murka' Idris

http://buletinonline.net/images/berita5/tuankumaziah.gif

Terengganu akan mendapat Menteri Besar yang baru apabila Datuk Seri Idris Jusoh ‘tidak diperkenan’ oleh pihak istana untuk memegang jawatan itu bagi penggal kedua.

Demikian dilaporkan oleh akhbar media perdana hari ini. Akhbar tersebut memetik sumber Istana Terengganu yang mengesahkan sehingga hari ini Idris tidak mendapat ‘restu’ untuk meneruskan tugas tersebut walaupun beliau berjaya mengetuai Barisan Nasional (BN) Terengganu memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

Sumber Istana juga menyebut bahawa usaha sedang dilakukan untuk mengenal pasti calon untuk menerajui kerajaan negeri, namun setakat ini nama-nama yang difikirkan sesuai belum diterima oleh pihak istana.

‘‘Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu Bab Kedua menyebut pelantikan Menteri Besar hendaklah terdiri daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
‘‘Yang ditekankan di sini bukanlah mereka yang mengetuai parti yang memenangi pilihan raya tetapi mana-mana seorang ADUN yang pada fikiran Sultan Terengganu boleh mendapat kepercayaan ahli-ahli dewan yang mewakili rakyat negeri ini,” kata sumber tersebut.

Jurucakap itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Idris semalam yang menyerahkan kepada pihak istana untuk menentukan tarikh istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar serta kedudukan beliau sama ada dipilih semula atau tidak memegang jawatan itu.

Kedudukan Idris menimbulkan tanda tanya apabila istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar dan ahli Exco kerajaan negeri yang sepatutnya berlangsung pagi kelmarin di Istana Maziah di sini dibatalkan.

Mengulas lanjut, sumber istana itu berkata, Sultan Terengganu sebenarnya bukan melibatkan diri baginda dengan politik sehingga melampaui sempadan, namun apa yang baginda mahu ialah kepentingan dan kesejahteraan rakyat mendapat pembelaan.

Sumber itu menafikan pihak istana campur tangan berhubung pelantikan menteri besar yang baru. Katanya, terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menentukannya.

‘‘Pihak istana sebenarnya tidak campur tangan dalam pemilihan menteri besar, cuma istana mahu mereka yang menjadi menteri besar adalah mereka yang benar- benar diterima oleh rakyat.

‘‘Istana juga mahu mereka yang menjadi Menteri Besar berkemampuan untuk membawa kesejahteraan, kemakmuran dan perpaduan di kalangan rakyat,” kata sumber tersebut lagi.

Kenyataan tersebut mengesahkan ‘desas-desus’ selama ini bahawa Tuanku Sultan ‘murka’ kepada Idris. Tindak-tanduk Idris sebagai ketua kerajaan selama ini banyak diperkatakan dan tidak diterima oleh rakyat jelata. Pernah seorang pengunjung Buletin Online memberitahu dia telah menghantar surat kepada Tuanku, memperihalkan kepada Tuanku, tentang ‘fe’el’ perangai Idris.http://buletinonline.net/images/berita5/tuankutti.gif

Buletin Online juga pernah memaparkan didalam kolum minda editor, salah satu insiden yang menyebabkan Tuanku Sultan Mizan murka kepada Idris. Ia adalah perihal berkaitan penggunaan logo Majlis Bandaraya Kuala Terengganu(MBKT). Kerajaan Terengganu telah memilih logo yang menggunakan ‘lingkaran bunga padi’ sebagai pemenang bagi pertandingan mencipta logo MBKT dan menggunakan logo tersebut tanpa merujuk kepada pihak Tuanku. Sedangkan ‘lingkaran bunga padi’ digunakan dalam ‘personal standard’ atau bendera peribadi Tuanku.

Selain dari itu sikap ‘gelojoh’ Idris juga mungkin menjadi sebab mengapa pihak Istana tidak perkenan dengan beliau. Ramai yang mengetahui dan menghebohkan bahawa Tuanku Sultan juga menjadi ‘murka’ terhadap pelancaran dan perasmian Taman Tamadun Islam yang telah berlangsung pada pada 3 Februari lalu.

Perasmian taman tema yang memakan belanja ratusan juta ringgit duit rakyat itu sepatutnya hanya sebagai satu acara tunggal sahaja, namun kerana inginkan publisiti berganda, Idris membelanjakan RM15 juta pula wang rakyat untuk dua majlis perasmian.

Perasmian taman tema dan perasmian ‘masjid’ dbuat sebagai dua acara yang berasingan. Menjadi suatu perkara yang agak ‘mencemar duli’ apabila Tuanku Sultan Mizan diminta untuk merasmikan ‘masjid’, namun ruapa-rupanya taraf ‘masjid’ Kristal hanyalah sebuah surau sahaja! Tidak layak didirikan solat Jumaat didalamnya.

http://buletinonline.net/images/berita5/tuankukhatam.gifBuletin Online juga melihat Idris selaku ketua kerajaan negeri telah menyalahgunakan kedudukan tuanku sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Terengganu. Sikap Idris yang gemarkan ‘publisiti murahan’ dengan tujuan mengaburi pandangan rakyat terhadap kerajaan telah menyalahgunakan wajah-wajah dan batang tubuh Tuanku, menjadi penghias papan tanda besar ‘billboard’.

Penggunaan Tuanku sebagai propaganda, dengan secara sengaja dan keterlaluan , mengambil kesempatan diatas keterlibatan Tuanku dalam acara atau majlis yang dianjurkan oleh kerajaan negeri, dikatakan juga adalah idea dari bekas Menteri Besar Terengganu itu.

Sumber: BuletinOnline

0 comments:

Post a Comment