Gembiranya Seorang Sultan - Retro

http://buletinonline.net/images/berita5/tgmizan9901.gif

Kuala Terengganu, 23 Disember, 1999 – Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, Baginda Sultan Terengganu memang dikenali rakyat sebagi seorang raja yang gemar mempelajari agama. Telah menjadi perbualan sekalian rakyat jelata bahawa Tuanku Sultan Mizan gemar membaca al-Qur’an dan tekun mengerjakan sembahyang tepat pada waktunya.

Banyak juga diperbualkan oleh sekian kakitangan kerajaan bahawa apabila sesuatu majlis yang dihadiri sendiri oleh Tuanku, majlis tidak menyediakan jamuan kerana Tuanku dikatakan berpuasa. Memang Tuanku diberitakan gemar berpuasa.

Di akhir-akhir pentadbiran Tan Sri Wan Mokhtar sebagai MB, beliau dikatakan mengalami sedikit kesukaran dengan Baginda Tuanku. Antaranya ialah pemilihan SUK yang sebelum ini. Baginda Tuanku memang sudah tidak memperkenan dari awal lagi. Malah kerap kali senarai penganugerahan pingat dan kebesaran tidak dipersetujui oleh Baginda Tuanku. Baginda kerap mempersoalkan kredibiliti bakal penerima pingat yang dicadangkan oleh Wan Mokhtar.

Dengan kemenangan parti PAS dan pemerintahan yang menjuruskan prinsip Islam, Baginda diberitakan amat gembira. Semasa mesyuarat pemilihan MB di kalangan pimpinan PAS negeri, berlaku suasana yang tidak pernah berlaku di kalangan pimpinan BN/UMNO. TG Ustaz Hadi, Dr. Harun Taib dan beberapa lagi pimpinan dikatakan sama-sama menolak dari dicalonkan sebagai MB. Pelbagai alasan diberikan oleh mereka. Setelah keputusan tidak dapat dicapai, maka Baginda Tuanku diberitakan meminta TG Ustaz Hadi menjadi MB.

Kegembiraan Baginda Tuanku tergambar ketika upacara mengadap Baginda Tuanku dilakukan semasa penyerahan watikah baru-naru ini. Lihatlah dari rakaman gambar yang telah disiarkan di dalam TV.

Baginda Tuanku ketika memasuki balai majlis didapati menunduk kepala sedikit (sebagai tanda hormat) kepada Us. Hadi walaupun Baginda Tuanku sebagai seorang Raja yang memerintah negerinya. Memang perwatakannya yang merendahdiri tidak dapat disembunyikan Baginda.

http://buletinonline.net/images/berita5/tgmizan9901.gifhttp://buletinonline.net/images/berita5/tgmizan9902.gifhttp://buletinonline.net/images/berita5/tgmizan9903.gif

Dipetik dari Arkib Terengganukite

1 comments:

  Maliki xp

6:14 AM

InsyaAllah pada PRU13 akan datang Terengganu akan dipimpin ulama' kembali...Takbir!

Post a Comment