Kes Sharlinie bukti rakyat Malaysia tidak takutkan Allah

Alhamdulillah setelah bercuti 2 3 hari yang lalu, harini dapatlah kiranya aku coretkan sedikit isi ke dalam blogku ini. Rasanye semua sudah mengetahui berkenaan kes kanak² hilang, dan yang terbaru berita akan kehilangan adik Sharlinie Mohd Nashar 5 tahun di Kampung Medan, Petaling Jaya Utara baru² ini. Kalau dulu kita dikejutkan dengan kehilangan arwah adik Nurin kini sekali lagi negara kita gempar dengan berita kehilangan adik Sharlinie. Semakin maju manusia semakin tidak bertamadun pemikiran manusia nampaknya, begitulah akibatnya bila barat di agung²kan. Mungkin benar dunia kita hari ini maju dalam ketamadunan meterial seperti sekarang tetapi amat malang sekali bila dilihat aspek ketamadunan rohaninya semakin hari semakin hancur. Dalam kes kehilangan kanak² dan kes Sharlinie umumnya banyak pihak yang terlibat, terlibat disini bukan hanya dengan mengambil tanggugjawab menjejaki dan mencari sahaja tetapi bertanggugjwab diatas punca kes ini terjadi.

Aku tertarik dengan pandangan saudara Ridhuan Tee Abdullah mengenai kes kehilangan kanak² dalam rancangan Hujah di TV9 baru² ni, dan amat bersetuju sekali dengan pandangan beliau. Kata beliau antara masalah masyarakat kita sekarang ialah tidak takutkan Allah dimana jenayah² yang berlaku sekarang adalah justifikasi dari sikap ini. Jika manusia takutkan Allah kes seperti kehilangan arwah adik Nurin Jazlin takkan berlaku, kes salah guna kuasa pihak berkuasa yang cuai sehingga tersebarnya gambar² post mortem Nurin juga takkan terjadi. Kadang² terpikir sejenak, macam mana pihak Polis nak cegah kes² seperti ini sedangkan dalam pihak Polis sendiri sampai sekarang belum lagi dapat menangkap mereka² yang terlibat dalam penyebaran gambar² post mortem tersebut. Persoalannya macam mana gambar² tu boleh tersebar? Bukankah hanya pihak Polis yang bertanggugjawab dalam sesuatu kes post mortem? Sesungguhnya sikap takutkan Allah adalah senjata ampuh umat Islam untuk memerangi dorongan hawa nafsu malah dengan taqwa kepada Allah sahajalah umat Islam juga boleh menewaskan musuh² Islam. Oleh itu, jika setiap masyarakat negara kita memahami apa itu taqwa insha Allaah perkara² sebegini akan dapat diminimakan beserta dengan penerapan hukum jinayah Islam itu sendiri. Sungguh A-Quran ada mengingatkan kita agar bertaqwa dan takut kepadaNya sebagaimana firman Allah dalam Surah Luqman ayat 33;

Maksudnya: "Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat), hari dimana seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan. "

Dalam ayat diatas Allah S.W.T memerintahkan hambanya bertaqwa kepadaNya dan disertai pula dengan rasa takut dan gerun akan hari akhirat kerana disana kita semua akan dibogelkan. Dibogelkan? Ya, dibogelkan bukan hanya batang tubuh kita tetapi termasuklah segala amalan dan perbuatan yang telah kita lakukan sepanjang tempoh kehidupan didunia samada yang terang nyata atau tersembunyi.

Saudara Ridhuan juga berhujah bahawa masyarakat kita semakin mengagungkan budaya barat dimana budaya ketimuran yang sinonim dengan masyarakat Melayu tidak dipandang sebagai budaya yang tinggi. Adalah amat menyedihkan sekali jika masyarakat kita boleh lupa dan memperlekehkan budaya bangsanya sendiri. Lihat sahaja di ni negeriku Terengganu, bila sahaja dimasyurkan sebagai ibukota kini sudah kelihatan budak² melayu yang berpakaian dan meniru budaya punk. Rasanya tak perlulah aku sebutkan satu persatu, kerana kita dianugerahkan dengan nikmat penglihatan yang mana kita boleh melihat keadaan ini disekeliling kita. Adalah kes² kehilangan kanak² kini amat membimbangkan bukan sahaja ibu bapa tetapi masyarakat umumnya. Hanya dengan takutkan Allah umat manusia ini dapat hidup aman dan harmoni, bagiku dalam hal ini kerajaan perlulah kembali ke landasan inginkan Islam sepenuhnya agar segala kebejatan dalam negara ini dapat di kurangkan dan insha Allaah jika kerajaan istiqomah tidak mustahil segala kebejatan ini tidak akan wujud langsung dimasa akan datang. Mungkin ada yang akan bertanya habis tu sekarang ni kerajaan lah yang nak dipersalahkan? Bagiku memang kerajaanlah yang patut dipersalahkan dalam mewujudkan susana persekitaran kerana segala dasar yang utama adalah dari tindak tanduk kerajaan jua adapun untuk meletakkan kesalahan kepada ibu bapa sepenuhnya dalam mendidik anak² mereka adalah kurang adil kerana mereka telah berusaha sepenuhnya untuk kebaikan anak². Sedangkan apa pula usaha kerajaan? Jika pernah mufti menegur suatu ketika dahulu pertandingan ratu cantik itu haram, tetapi ianya tetap diteruskan. Kemudian seorang lagi mufti pula menegur akan haramnya penganjuran Jom Heboh tetapi malangnya fatwa² mufti ini dibangkul sampahkan seperti sesuatu yang tiada nilainya. Jika kerajaan sekarang ikhlas ingin memulihkan masyarakat negara ini yang sedang tenat bukanlah caranya dengan menerapkan pendekatan Islam Hadari, kerana realitinya pendekatan ini hanyalah solekan dan pengeliruan yang jelas nyata.

Bagiku kes² penculikan yang berlaku sekarang benar² membuatkan ibu bapa diselubungi rasa kebimbangan bukan sahaja terhadap keselamatan anak² mereka tetapi juga diri mereka sendiri. Ditambah lagi kerana kes² penculikan pasca moden ni bukannya bersifat menuntut wang tebusan lagi tetapi lebih dari itu mencabuli mangsa dan sehingga kepada pembunuhan kejam. Inilah harga yang harus dibayar oleh rakyat Malaysia amnya apabila syariat agama dan undang² tuhan diperlekehkan seolah² terlalu pandai mengurus negara mereka. Jika rasa takutkan tuhan tidak dapat diserapkan maka jangan haraplah negara kita Malaysia akan aman dan harmoni di masa akan datang. Dengan taqwa dan takutkan azab dan seksaanNya sahaja manusia akan kembali kepada fitrahnya yang suci tetapi seandainya aspek ini dipalingkan maka terlahirlah sikap² manusia yang lebih hina dari sifat kebinatangan...wa na'uzubillah

Marilah kita sama² doakan moga² adik Sharlinie diketemui dalam keadaan selamat...

0 comments:

Post a Comment