Ditulis oleh SM Noor
Tuesday, 01 January 2008
Kuala Terengganu, 12.30pagi, 1 Januari 2008 – Sekumpulan 40 orang generasi baru 'produk' keluaran tiga tahun pemerintahan Islam Hadhari Terengganu Bestari telah mempamerkan diri dengan bergaya dimalam tahun baru masehi 2008.
Mereka berarak dari Dataran Shahbandar ke Batu Burok untuk merayakan malam tahun baru ‘masehi’ dan juga menyambut perisytiharan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya. Walau bagaimanapun akhirnya mereka hampa kerana tidak apa-apa pertunjukan pada malam itu. Apabila Buletinonline terserempak dengan mereka dan meminta kerjasama mereka untuk mengambil foto-foto mereka, tanpa segan silu, mereka membuat pelbagai gaya seperti yang dirakamkan. Adakah ini budaya kita? Adakah ini sesuai dengan kehidupan 'orang Trengganu'?
Ini adalah salah satu dari 'generasi X' yang wujud, selepas pemerintahan Terengganu diambilalih oleh UMNO/BN. Ada beberapa kumpulan golongan muda yang dianggap menjadi masalah sosial bercambah dan berkembangbiak sejak 3 tahun yang lalu. Rakan media memberitahu Buletinonline, bukan sahaja kumpulan 'punk' ini yang membuat kemunculan pada malam tahun baru, tetapi kumpulan 'metal' atau 'trasher' dan 'pondan' juga mempamerkan gaya hidup masing-masing. Wartawan Siasah menceritakan pengalaman di tegur oleh sekumpulan pondan pada malam tahun baru seawal jam 9.00 malam.
Mungkinkah ini status sosial yang menjadi lumrah apabila menjadi sebuah bandaraya? Dengan itu mereka seolah-olah berpakat membuat kemunculan dikalangan khalayak ramai, untuk memberi isyarat kepada kita semua bahawa 'spesis' mereka mesti diterima sebagai satu juzuk dari masyarakat bandaraya?
Sumber: BuletinOnline.Net
0 comments:
Post a Comment