Live From Unplugged 2 Nik Abdul Aziz Nik Mat


Begitulah tajuk yang diberi pada buku terbaru karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disusun oleh setiausaha politik beliau Anual Bakri Haron. Buku ini telah diterbitkan pada Januari 2008 dan menghimpunkan koleksi buah fikiran Tuan Guru sebagai teguran dan amanat buat umat Islam di Malaysia umumnya dan UMNO khususnya. Buku ini adalah merupakan buku yang aku tunggu² penerbitannya, setelah hampir 3 tahun akhirnya buku yang merupakan sambungan kepada Unplugged 1 ini telah diterbitkan. Bagi sesiapa yang pernah membaca buku sebelumnya iaitu Unplugged 1, sambunglah pembacaan anda dengan buku ini. Sedikit sinopsis sempat ku salin dari kulit belakang buku ini;

Dengan meletakkan Al-Quran dihadapan, mari kita ke makmal minda sekejap untuk menguji kejujuran. Apa pandangan UMNO mengenai usaha mengalih akidah Islam dan meletakkan Allah Yang Maha Berkuasa, Maha Memiliki Kerajaan dan Maha Menentukan segala Undang-undang dan menukar gantikannya dengan faham kebangsaan? Apa pandangan UMNO sampai seolah-olah berani meletakkan Allah tidak berfungsi? Apa pandangan UMNO mengenai tauhid dan syirik? Apa pandangan UMNO mengenai murtad dan mulhid. Apa pandangan UMNO mengenai tudung dan aurat? Apa pandangan UMNO mengenai arak dan judi? Apa pandangan UMNO mengenai amalan menolak hudud dan menyamannya? Apa pandangan UMNO mengenai amalan menerima sebahagian dari kitab dan menolak sebahagian darinya? Rasuah dan penyalahgunaan kuasa? Menyekat bantuan SAR. Pengundi hantu? Adanya dua senarai pemilih? Undi Pos?

Ditengah-tengah kekeliruan haluan yang digambarkan oleh amalan pucuk pimpinannya itulah, rakyat mempunyai syak yang kuat perihal terdesaknya UMNO untuk mendapatkan sokongan. Banyak pihak beranggapan, oleh kerana kepimpinan UMNO terkini sudah terhakis keyakinannya dari hati masyarakat Tionghua, Siam dan India, mereka mula cuba mahu dirinya dilihat sebagai pembela kepada masyarakat Islam pula yang berbangsa Melayu. Maka, antara kucup keris dan Al-Quran yang dihiasi di rehal, pemimpin UMNO cukup dilihat serba salah dan amat kelakar ketika menghunus keris. Sambil mengacah-acah rata itu, "dia" cuba cuba pula mendakwa bahawa keris Melayunya itu adalah untuk membela orang Melayu dan non-Melayu. Pulak!

Menyentuh tentang keris, PAS tiada cadangan untuk berperang dengan sesiapa. Kami menghormati, ia sekadar sejenis senjata pesaka kesayangan orang Melayu. Tidak terlalu terbawa-bawa dengan mitos kekeramatan keris, PAS cuma serius memikirkan bagaimana lisan dan tulisan boleh berdakwah.



-------------------------------

Ulasanku:

Diambang pilihanraya ke-12 ini, membaca buku hasil buah fikiran seorang tokoh ulama adalah satu penyuntik semangat untuk berdakwah dan menyampaikan risalah Siasah Syariah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, Ijmak Ulama', dan Qias. Buku ini adalah koleksi percakapan lisan dan tulisan Tuan Guru yang ada kalanya tidak pernah kita mengetahui akan kewujudannya lantaran kuasa media di pihak kita yang amat terhad. Buku yang menepis segala pemikiran kebangsaan UMNO, segala kezalimannya, kerakusannya memfaraid harta negara, dan kecelaruan ambilan Islam di pihak UMNO dan lain² samada yang berkaitan politik di tanah air dan kekadang tercuit juga serba sedikit sudut politik antarabangsa. Begitulah jauhnya pemikiran Tuan Guru, yang jauhnya merentasi pemikiran puak² anak penjajah iaitu UMNO.




Nota: Buku ini berharga RM13, telah kubeli di kedai buku Sarjana Media di Carefour Wangsa Maju.

0 comments:

Post a Comment