Ayat² Cinta (AAC) The Movie



Sinopsis:
Ini adalah kisah cinta. Tapi bukan cuma sekedar kisah cinta yang biasa. Ini tentang bagaimana menghadapi turun-naiknya persoalan hidup dengan cara Islam. Fahri bin Abdillah adalah pelajar Indonesia yang berusaha menggapai gelar masternya di Al Ahzar. Berjibaku dengan panas-debu Mesir. Berkutat dengan berbagai macam target dan kesederhanaan hidup. Bertahan dengan menjadi penerjemah buku-buku agama. Semua target dijalani Fahri dengan penuh antusiasme kecuali satu: menikah.

Kenapa? Karena Fahri adalah laki-laki taat yang begitu ‘lurus’. Dia tidak mengenal pacaran sebelum menikah. Dia kurang artikulatif saat berhadapan dengan mahluk bernama perempuan. Hanya ada sedikit perempuan yang dekat dengannya selama ini. Neneknya, Ibunya dan saudara perempuannya. Tak sabar rasanya aku ingin menonton filem ini, moga² file

Betul begitu? Sepertinya pindah ke Mesir membuat hal itu berubah. Tersebutlah Maria Girgis. Tetangga satu flat yang beragama Kristen Koptik tapi mengagumi Al Quran. Dan menganggumi Fahri. Kekaguman yang berubah menjadi cinta. Sayang cinta Maria hanya tercurah dalam diary saja.

Lalu ada Nurul. Anak seorang kyai terkenal yang juga mengeruk ilmu di Al Azhar. Sebenarnya Fahri menaruh hati pada gadis manis ini. Sayang rasa mindernya yang hanya anak keturunan petani membuatnya tidak pernah menunjukkan rasa apa pun pada Nurul. Sementara Nurul pun menjadi ragu dan selalu menebak-nebak.

Setelah itu ada Noura. Juga tetangga yang selalu disika Ayahnya sendiri. Fahri berempati penuh dengan Noura dan ingin menolongnya. Sayang hanya empati saja. Tidak lebih. Namun Noura yang mengharap lebih. Dan nantinya ini menjadi masalah besar ketika Noura menuduh Fahri memperkosanya.

Terakhir muncullah Aisha. Si mata indah yang menyihir Fahri. Sejak sebuah kejadian di metro, saat Fahri membela Islam dari tuduhan kolot dan kaku, Aisha jatuh cinta pada Fahri. Dan Fahri juga tidak bisa membohongi hatinya.

Lalu bagaimana bocah desa nan lurus itu menghadapi ini semua? Siapa yang dipilihnya? Bisakah dia menjalani semua dalam jalur Islam yang sangat dia yakini?


************************************************************



Masih ingat lagi watak² dalam novel fenomena hasil karya Habiburrahman El Shirazy? Ya novel Ayat-ayat Cinta (AAC). Novel yang memaparkan watak² utama seperti Fahri, Aisha, Maria, Noura dan lain² kini telah difilemkan. Apa yang aku harapkan moga² filem ini digarab dengan baik dan tidak lari dari falsafah yang ingin ditekankan oleh penulis iaitu membangunkan jiwa. Amat malanglah jika filem ini lari dari isi novel asal! Lokasi pengambarannya dikatakan di Mesir dan katanya juga filem ini bakal ditayangkan 19 Disember baru² ni di pawagam² di Indonesia tetapi telah ditunda tayangannya pada awal tahun hadapan. Ada yang mengatakan filem ini akan ditayangkan bersempena hari Valentine. Jika benar khabar ni, maka memang amat malang sekali buat filem yang mengisahkan pelajar² Al-Azhar ini. Aku harap ianya sekadar khabar angin saja!

Aku pun sebenarnya masih memikirkan apakah motif sebenar filem ini dibikin... Seribu persoalan bermain dibenakku ketika aku terbaca dalam satu blog diwaktu dulu mengatakan novel AAC akan difilemkan... Adakah semata² untuk mengaut keuntungan ataupun benar² untuk tujuan dakwah? Atau adakah ingin memaparkan kisah² berkasihan ala² islamik... yang pasti berkasihan ala² Islamik tu untuk suami isteri sahaja!
Tak cukupkah sekadar novel? Tapi macam mana dengan filem ni? Sama²la kita nantikan tayangan filem ini di Malaysia nanti. Hmm, nak ngomen panjang² nampaknya kena la tonton dulu... More info


Ingin tahu kisah disebalik pembikinan filem AAC, sila klik untuk ke blog pengarahnya: http://dearestmask.blogs.friendster.com/my_blog/

(Note: bagi yang belum pernah baca novel AAC, sila klik untuk download)

0 comments:

Post a Comment