"Semakin bertambah masa, semakin berkurang masa.."

Semakin bertambah masa, semakin berkurang masa..

Alhamdulillah, ya Allah syukur kehadratMu kerna aku masih lagi dapat bernafas untuk mencoretkan sesuatu dalam blogku harini. Minggu ni memang memenatkan kerana terpaksa kerja sorang² menggantikan colleagueku yang bercuti hari raya Eidul' Adha, kerja yang sepatutnya dilakukan dua orang terpaksa di lakukan seorang diri. Ingin mengeluh je rasenya, tapi apakan daya tugas tetap tugas. Terase jugak dihati ni tak dapat balik beraye di kampung, sedih huhuuuu...

"Semakin bertambah masa, semakin berkurang masa.." begitulah adanya SMS yang aku terima dari sahabiahku.. Jazakallah untuk SMS tu.. Keywordnya disini ialah MASA! Masa semalam tidak akan berulang, dan masa hadapan itu adalah perancangan.. samada perancangan kita atau dariNya.. Perancangan kita amatlah dhaif melainkan perancangan dari yang Maha Esa. Waktu belajar dulu, terasa masa berlalu terlalu lama tetapi kini dialam pekerjaan masa itu satu yang singkat. Teringat dulu masih sempat untuk aku menonton drama² Korea, Jepun, Anime dan sebagainya. Terasa sangat sia² menghabiskan masa sebegitu rupa, tapi itulah realiti pelajar² di menara Gading! Dan aku adalah salah satu darinya.. Bercakap pasal masa maka tidak akan terlepas dari hubungannya dengan nikmat, kerana masa itu salah satu nikmat dari Allah kepada hambaNya.

Sabda Rasulullah s.a.w; "Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu." Riwayat Bukhari.

Nampaknya antara banyak² nikmat yang dikurniakan olehNya, maka kesihatan dan kelapangan waktu itulah yang paling banyak manusia cuaikan. Kata² sahabiahku tadi membuatkan aku terpikir bahawa waktu ini amatlah singkat sebenarnya jika ianya adalah untuk hal² yang membuatkan kita gembira tetapi amatlah lama waktunya jika ianya dipaksakan keatas pundak kita dengan hal² yang kita tidak menyukainya. Kesihatan juga sememangnya nikmat yang kita semua abaikan, bila sihat kita lupa untuk memanfaatkannya. Kita boleh saja keluar bersuka², tidur, menonton wayang, dan melakukan hal² yang tidak ada manfaatnya, dsb. Jarang sekali dengan keadaan yang sihat dan segar megar itu kita mempergunakannya untuk meningkatkan amalan, berdakwah secara tak langsung kepada non-muslim, melakukan kerja kebajikan masyarakat dan sebagainya. Aku coretkan tulisanku kali ini sebagai ingatan buatku dan pembaca² sekalian agar diri kita semua tidak tergolong di kalangan hamba² Nya yang mengkufuri nikmat yang dianugerahi Allah. Moga² kita semua dipanjangkan umur untuk memperbaiki amalan² kita yang tempang, dan jika ditakdirkan dipendekkan umur moga² kita menjadi golongan yang dikatakan oleh Ibnu Atailah, pengarang kita al-Hikam yang masyur itu sebagaimana kata²nya;

Sering terjadi pada umur yang panjang masanya, tapi sedikit manfaatnya. Ada pula umur yang pendek waktunya, tapi panjang manfaatnya.

Ayuh diriku dan pembaca² blogku sekalian sekarang tiba waktu untuk kembali kepada misi dan visi hidup kita! akhir kalam dariku sama² kita merebut 5 perkara yang akan menjadi kejayaan yang semestinya cemerlang, gemilang dan terbilang buat diri kita di dunia & di akhirat kelak. Wallahu 'alam.

Sabda Rasulullah: "Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa luangmu sebelum masa sibuk dan masa hidupmu sebelum matimu." Diriwayatkan oleh Imam Hakim dalam kitab al-Mustadrak nya

P/S: Post ini adalah sebagai ingatan buat diriku yang sering lupa, mungkin juga bermanfaat untuk semua, Inshaa Allah

0 comments:

Post a Comment