Antivirus Terbaik???

Begitulah soalan yang ditanyakan oleh sahabatku dari Al-Azhar kepadaku semalam ketika aku ber "YM" dengannya. Dari duduk berbual pasal isu² semasa tanah air dan di bumi anbia' sampaila kepada berbual pasal ilmu komputer. MasyaAllah rupanya dah lama aku tidak berhubung dengan sahabatku yang sorang ni, teringat pulak masa belajar dulu hari² kalau ada masa terluang mesti saja aku berbual dengannya. Ok la, arini aku nak tulis sedikit ulasan pasal perisian antivirus yang terbaik yang boleh digunakan. Ulasan ku yang pendek ni aku dedikasikan buat sahabatku Saghip atau Syar dan pembaca² blogku sekalian..

Bila bercakap pasal antivirus, mesti bermain difikiran kita semua berbagai² perisian antivirus di pasaran bermula dari perisian percuma sehinggalah perisian berbayar. Apa yang menjadi masalahnya ialah untuk menentukan mana satu perisian antivirus yang terbaik yang boleh menghindarkan komputer kita dari terkena virus/worms/trojans dan seangkatan dengannya. Bagiku setiap perisian ada pro dan kontranya, bergantung kepada penggunaan kita sendiri. Penilaian manakah antivirus yang terbaik juga bergantung kepada kita penggunanya.

Antara kriteria² yang boleh digunapakai untuk memilih perisian antivirus yang terbaik ialah seperti yang digariskan oleh laman TopTenREVIEWS ialah:

* Ease of Use – Exceptional anti-virus software is simple to use, regardless of a person’s computer experience or knowledge of viruses.

* Effective at Identifying Viruses and Worms – The best anti-virus products identify infected files quickly through real-time scanning, searching for viruses in a multitude of sources, including email, instant message applications, web browsing and so on.

* Effective at Cleaning or Isolating Infected Files –Truly capable anti-virus software thoroughly cleans, deletes or quarantines infected files—keeping them from spreading throughout the hard drive or network.

* Activity Reporting – Anti-virus programs should give immediate notification of viruses found by real-time scanners and should provide an easy-to-read report of scan results, including what it found and what it did with infected files.

* Feature Set – A well-rounded feature set allows anti-virus software to provide absolute protection. The best programs are those that offer a wide variety of tools, from basic real-time scanning to more advanced, heuristic scanning and script blocking—when it comes to virus protection, the more options the better.

* Ease of Installation and Setup – Anti-virus programs should be a breeze to install, making it easy to go from installation to initial scan in just a couple clicks of the mouse.

* Help Documentation – High-end anti-virus software come with plenty of help, including support via email, online chat or over the telephone. There should also be online resources, such as knowledge bases and FAQs available for quick and convenient help.

Tetapi ingin dinyatakan disini, kriteria ini adalah sebagai guidelines untuk memilih perisian antivirus yang bagus sahaja dan bukannya penentu untuk mengatakan bahawa komputer kita bebas dari jangkitan virus sepenuhnya. Apa yang menentukan samada komputer kita boleh dijangkiti virus atau sebaliknya adalah sikap dan cara kita menggunakan komputer itu sendiri serta pemahamam kita terhadap langkah² prevention untuk mengelak komputer kita dari dijangkiti virus.

Antara tips yang perlu diamalkan untuk mengelakkan komputer dari terkena virus ialah;

* Jangan Gunakan Perisian Antivirus Pirates!!! - Pastikan antivirus anda original, kerana menggunakan antivirus pirates tanpa mempunyai pengetahuan tentangnya amatlah bahaya! Jika tidak mampu untuk mendapatkan yang original boleh dapatkan perisian versi percuma seperti AVG Free Edition, AntiVir Personal Ed..

* Sentiasa Update Perisian Antivirus - pastikan kita mengemaskini perisian antivirus kita sekerap yang mungkin, dan jika perisian itu menawarkan automatik update enablekn fungsinya. (Note: Bagi pengguna perisian antivirus yang tiada sambungan Internet bolehla mengemaskininya secara manual, pastikan memilih perisian antivirus yang menyokong fungsi ini).

* Scan Drive dan Removable Drive - sentiasalah scan drive dan removable drive (i.e. pendrive) komputer selepas setiap kemaskini dilakukan. Anatara kaedah penyebaran virus sekarang ialah dengan menggunakan pendrive, pastikan pendrive anda clean sebelum di palamkan pada port USB!

* Hidupkan Firewall - Jika kita menggunakan Internet di rumah, pastikan menggunakan perisian antivirus yang dilengkapi dengan firewall. Ini penting untuk menapis intruders² yang mungkin akan memasuki komputer kita, antaranya trojans, worms, ad-ware, spyware dsb.

* Jangan Lawati Website yang Kurang Selamat atau Kita Kurang Pasti - Banyak website² yang kebanyakkannya adalah kurang selamat untuk dilawati antaranya website² mencari crack perisian, ataupun website² yang kandungan iklannya yang terlampau banyak dan mengeluarkan pop-up yang banyak. Untuk mengetahui manakah website yang selamat dan sebaliknya, bolehla install program seperti McAfee SiteAdvisor.

* Sikap dan Cara Penggunaan - Inilah antara yang terpenting! Pastikan kita sentiasa meningkatkan pemahaman kita terhadap isu² keselamatan komputer. Pastikan tips² seperti yang diatas diikuti, dan sentiasalah menggunakan sesuatu kemudahan itu dengan penuh etika.

Mungkin ada yang bertanya, habis tu mana satu perisian antivirus yang terbaik? Baiklah, aku senaraikan disini review senarai antivirus komersial tahun 2008, antaranya;

#1 BitDefender
#2 Kaspersky
#3 ESET Nod32
#4 Trend Micro (PC-Cillin)
#5 F-Secure Anti-Virus
#6 McAfee VirusScan
#7 Norton AntiVirus
#8 AVG Anti-Virus Pro
#9 CA Antivirus
#10 Norman Virus Control

Sumber: TopTenREVIEWS

#1 The Shield Deluxe
#2 CA
#3 BitDefender
#4 Norton AntiVirus
#5 Kaspersky
#6 NOD 32
#7 Panda
#8 McAfee VirusScan

Sumber: 6StarsRevies

Manakala untuk perisian percuma, bolehla menggunakan perisian² seperti dibawah;

#1 Avast! 4.7 Home Edition
#2 Avira AntiVir Personal Edition
#3 BitDefender 8 Free Edition
#4 Grisoft AVG Free 7.5

Rangkings yang dinyatakan oleh website² reviews tidak semestinya menunjukkan prestasi sebenar perisian antivirus tersebut, ini adalah kerana terdapat perbezaan apabila kita sebagai pengguna yang menggunakannya merasainya sendiri. Keputusannya terletak ditangan kita! Bagiku semua perisian yang dinyatakan diatas adalah yang terbaik, kenapa? Ini kerana kalau diikutkan perisian Mc Afee Virus Plus yang aku gunakan berada ditangga ke-6 dan ke-8 tetapi aku tidak pernah mengalami masalah dengannya sepanjang aku menggunakan perisian ini. Sejak aku mempunyai komputer sendiri sehingga aku dah habis belajar, pilihanku tetap dengan Mc Afee (i.e. bermula dari versi 7 sehingga kini versi 11) kerana aku tidak bermasalah dengannya dan ianya juga tidak mendatangkan masalah buatku. Nasihatku, tidak kira perisian antivirus apa yang digunakan asalkan mengikut tips² yang aku nyatakan diatas insha Allaah komputer kita tidak akan bermasalah dengan virus dan seangkatannya. Sebarang pertanyaan dan komen bolehla dinyatakan..

0 comments:

Post a Comment