Dua Universiti Arab Saudi Mengadakan Perlawanan Bola Sepak Perempuan

Pertandingan bola sepak perempuan jarang sekali didengar di negara Arab Saudi yang sangat ketat dalam masalah perempuan. Tapi pada hari Rabu kemarin, media massa Arab Saudi memberitakan pertandingan dua pasukan bola sepak perempuan dari dua universiti di Saudi.

Dua dua pasukan bola sepak perempuan yang bertanding itu adalah pasukan dari Universiti King Muhammad bin Fahd dari bahagian Khobar bahagian timur dan Perguruan Tinggi Al-Yamama dari ibukota Saudi, Riyadh.

Laporan surat khabar Saudi, Al-Watan menyebut, pertandingan itu dilakukan di stadium olahraga Universiti Muhammad bin Fahd selaku tuan rumah. Penonton yang semuanya perempuan memenuhi stadium untuk menyaksikan pertandingan tersebut.

Dua babak pertandingan diselesaikan dengan skor seri 2-2. Namun untuk menentukan pemenang, para juri yang juga perempuan tidak melewatkan waktu seperti lazimnya pertandingan bola sepak, tapi dengan mengadakan tendangan penalti. Dalam penentuan sepakan penalti pasukan bola sepak tuan rumah unggul dengan skor 4-3, maka pemenangnya adalah pasukan bola sepak perempuan Universiti King Muhammad bin Fahd.

Surat khabar Al-Watan tidak menyebut nama-nama pemain setiap pasukan, dengan alasan takut diprotes keluarga pemain yang terlibat. Pertandingan bola sepak perempuan itu adalah pertandingan terbesar yang pernah diadakan di Universiti King Muhammad bin Fahd. Universiti ini, baru 18 bulan lalu membentuk pasukan bola sepak perempuan. (ln/al-arby)


Sumber: Eramuslim dengan sedikit editing untuk kesesuaian dengan Bahasa Melayu

1 comments:

  iBNuZaCK

10:23 PM

Macam Nisa' Games kat kelantan la nih? :D

Post a Comment