Pak Samad tidak mahu menggunakan lagi gelaran Sasterawan Negara

Oleh Amin Iskandar @ Black

A. Samad Said dengan nada kecewa dan marah mengumumkan bahawa beliau tidak mahu menggunakan lagi gelaran Sasterawan Negara. Ini berikutan dengan peminggirin karya-karya Sasterawan Negara oleh Kerajaan. Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengumumkan baru-baru ini untuk menukar teks sastera sekolah dengan novel-novel remaja seperti karya Ahadiat Akashah.

Pak Samad mengumumkan perkara tersebut hari ini (19 Januari 2008) pada pukul 5.35 petang di Acara Baca Puisi, RA Fine Arts Gallery.

---------

Khabar ni aku petik dari Amin Iskandar @ Black dalam blognya, dalam blognya artikel ini diberi tajuk "Tolak membudayakan kebodohan". Baca selanjutnya;


Tolak membudayakan kebodohan


-Novel popular Ahadiat Akashah akan jadi teks sekolah, tiada karya SN (Sasterwan Negara) tersenarai


Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMA) cukup prihatin dengan perkembangan terkini berkaitan dengan pendidikan negara. Keputusan Kementerian Pelajaran untuk tidak menyenaraikan sebarang karya Sasterawan Negara(SN) sebagai buku teks sastera bagi sekolah menengah pada tahun 2010 adalah amat mendukacitakan. Ia tragedi terbaru tanah air setelah kerajaan barisan nasional pimpinan mertua khairy jamaludin menghapuskan pendidikan bahasa ibunda Melayu dalam matapelajaran sains dan matematik.

Pusat Perkembangan Kurikulum(PKK) Kementerian Pelajaran membuktikan betapa dungu dan bingainya pemikiran mereka bilamana memberikan alasan maha bodoh bagi menolak karya SN warisan berharga untuk dipelajari di sekolah-sekolah. PKK yang menyelenggara Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas mengatakan karya SN berat dan sarat dengan pemikiran sehingga sukar difahami pelajar. Justeru mereka mencari penulis popular dan teks yang mendapat sambutan pelajar dalam usaha menarik minat para pelajar. Antara penulis yang karya mereka termasuk dalam senarai baru itu ialah Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan Mohamad Yazid Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar.

SAMA tidak dapat menerima hakikat novel-novel Ahadiat Akashah seperti Budak Setan, Budak Rap dan Cinta Tiga Hari akan menjadi rujukan para pelajar bagi pembelajaran sastera. Novel dan karya seperti ini tidak mengandung apa-apa nilai kesusasteraan, kemanusian dan pemikiran. Ia tidak lebih daripada sekadar hanya cerita cinta remaja yang cukup ringan dan kosong pemikirannya. Seperti langit dengan bumi jika mahu membandingkan karya-karya Usman Awang dengan penulis seperti Ahadiat Akashah ini.

SAMA melihat tindakan ini sebagai usaha untuk membudayakan kebodohan dalam masyarakat. Pak imam hadhari yang masih tidur dibuai mimpi kuasa dan harta mahu rakyat Malaysia bodoh seperti dirinya. Pemerintah mahu rakyat tidak menyoal dan berfikir. Maka dengan itu lebih mudahlah kerja-kerja perasuah-perasuah untuk merompak dan menindas rakyat jelata.

SAMA juga melihat unsur rasuah dan penyelewengan kuasa dalam hal ini. Siapakah yang akan mendapat keuntungan bagi mencetak sekitar 200, 000 hingga 300, 000 naskhah bagi seorang pengarang yang baru tersenarai itu? Jikalau ada 12 pengarang baru., berapa banyakkah keuntungan yang dikaut hasil kegiatan pembodohan ini?
SAMA akan berjuang bagi mempertahankan rakyat daripada terus diperbodohkan pemerintah. SAMA tidak mahu generasi akan datang miskin ilmu pengetahuan. Justeru SAMA menolak budaya yang memiskinkan ini. Tolak membudayakan kebodohan!



Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMA)


Dipetik dari Amin Iskandar @ Black

0 comments:

Post a Comment