Alhamdulillah diriku masih lagi bernafas di bumi yang fana ini.. Nampaknya dah 4 hari blogku tak ter update, maklum lah kerjeku ini cuti sokmo. Baru² ni, iaitu Rabu semalam aku dikejarkan ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya setelah mengalami sakit perut yang teramat sangat (rasanya yang pertama kali sepanjang hidupku) dipercayai akibat keracunan makanan. Terima kasih sahabatku kerana sudi bersusah payah menghantarku walaupun kamu waktu itu sedang sibuk bekerja, tetapi demi sahabatmu ini sanggup meninggalkan tugas buat seketika. Semoga Allah melimpahkan pahala dan rezekiNYA yang maha luas buatmu, insha Allaah. Sungguh kesakitan itu kafarah buat diriku..
Ummul ‘Ala’ berkata, “Rasulullah s.a.w. mengunjungiku ketika aku sakit, lalu beliau bersabda;
“Bergembiralah, hai Ummul ‘Ala, sesungguhnya apabila seorang muslim sakit, Allah akan menghilangkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana api menghilangkan karatnya emas dan perak.” (H.R. Abu Dawud)
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan/ujian berupa sakit dan sebagainya, melainkan dihapuskan Allah Ta’ala akan dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (H.R. Muslim)
Alhamdulillah, kini kesihatanku dah seperti sediakala, insha Allaah dapatlah kiranya ku teruskan penulisan dalam blogku yang tak seberapa ini.. Alhamdulillah baru² ini telah kuhabiskan pembacaan 3 buah buku, dan insha Allaah dalam waktu terdekat ini akan ku buat sedikit ulasan mengenai buku² yang telah dibaca sebagai perkongsian dengan sahabat² dan pembaca² setia blogku ini. Buku yang telah selesai ku habiskan, antaranya;
1) Life is an Open Secret oleh Zabrina A. Bakar (A must have motivational book)
2) Ulama' dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan oleh Ust. Ridhuan Mohd Nor
3) Turki Negara 2 Wajah oleh As-Shahid Dr. Abdullah Azzam
0 comments:
Post a Comment