Mula-mula gula, lepas tu tepung, kini minyak masak, lepas tu apa pula?

Bermula dari sekitar bulan Jun, 2007, rakyat Malaysia menghadapi krisis kekurangan bekalan gula dipasaran. Bila kurang gula dan kerajaan tak boleh buat apa-apa, maka kerajaan lancarkan kempen. Kempen kurangkan manis dalam minuman. Lebihkan manis dalam senyuman. Betul ke? Betul, sebab tu Idris Jusoh maniskan muka sewaktu menjadi Menteri Besar Penjual Gula Pertama di Malaysia!

Krisis tersebut telah berlanjutan sehingga bulan Ogos, 2007. Pelbagai jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Bermacam tindakan yang kononnya diambil, akhirnya, jawapan yang sebenarnya muncul dipasaran. Harga gula dinaikkan. Tiba-tiba gula pun ada. Bertimbun-timbun banyaknya. Pengeluar bertambah laba. Kerajaan tak pa-apa. Menteri tak pernah beli gula, yang beli cuma orang-orang suruhannya. Rakyat yang menjadi pengguna, menjadi mangsa kenaikkan harga.

Kemudian masalah tepung(gandum). Pengeluar kurangkan barang dipasaran. Tujuan untuk naikkan harga. Pelbagai jawapan yang diberikan kerajaan. Pelbagai tindakan kuatkuasa yang dibuat. Tiba-tiba Menteri kata harga tepung tidak naik. Padahal mahalnya harga tepung dipasaran.!

Di Terengganu tepung(gandum) menjadi makanan utama, buat sarapan pagi petani dan nelayan. Buat jemput-jemput, biar perut anak-anak terisi, jadi kenyang. Di, musim tengkujuh mungkin boleh tahan sampai tengahari atau petang, Nelayan tak ke laut, petani tak bertanam.

Krisis harga gandum akhirnya, pengeluar menang, kerajaan kalah. Menteri kata harga sekilo RM 1.35, kedai kata harga RM 2.80 sekilo. Ditanya kenapa kedai kata mahal, kerajaan kata murah. Kedai kata, nak murah gi beli dengan Menteri!

Kerajaan kalah mungkin sebab Idris Jusoh tak turun jual tepung. Sebab masa tu musim tengkujuh. Tahu sendirilah. Masa tu, semua pimpinan UMNO/BN Terengganu pun sibuk, Tipu rakyat dengan program ‘Monsoon Cup’!

The image “http://buletinonline.net/images/berita2/mindaeditor2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Sekarang episod baru, selepas tahun baru, bandaraya baru, datuk bandaraya baru! Hari ini 4hb Januari, 2008. Jam 2 hingga 3 petang tadi, ada rancangan ‘Pak Su’ di Terengganu FM. Mesra Ceria membodek setiap masa. Pak Su sengaja nak mengail. Melontarkan isu ‘Yuran Sekolah’ kepada para pendengar. Cuba-cuba untuk mententeramkan gundah rakyat.

Namun tak seorang pun pemanggil yang menyokong. Bahkan membangkang terang-terangan. Seorang pemanggil terang-terang kata “Kerajaan Tipu Rakyat!”. Potongan RM4.50 @ RM9.00 yuran sekolah, tapi Menteri kata ‘Pendidikan Percuma’?? Rakyat kena bayar lebih dari tahun lalu.

Seorang pemanggil mengadu, 10 orang anaknya sekolah. Yang darjah 1 kena bayar RM85.00, dan seorang yang tingkatan 1 kena bayar RM226.00. Lagi pemanggil menelefon ‘Pak Su’ di Terengganu FM. Anaknya dua orang saja yang sekolah, itu pun dah habis RM500.00 termasuk yuran dan peralatan sekolah yang dah melambung-lambung harganya. Katanya “baru 2 orang, kalau 4,6 atau 8, botak kepala!”

Rancangan ‘Pak Su’ berhenti jam 3.00 petang untuk ‘Berita Terengganu’. Maka ‘lembik’ mulut pembaca berita, mengisahkan kerajaan Terengganu yang berjaya, melaksanakan pembangunan sini sana. Saham anak syarikat kerajaan negeri naik sini sana. Bantuan kerajaan sini sana! Tapi semuanya itu untuk siapa? Untuk rakyat atau masuk poket dema?

Lepas tu apa pula?

Apa lagi, kalau tak pasal minyak kelapa. Bukan nyior tapi sawit. Singgah di pasaraya nak cari kut-kut ada, tapi hampa! Maka lepas ni episodnya adalah episod minyak pula. Sekarang semua kedai tak ada. Kedai kecil, kedai besar, pasarmini dan pasaraya.

The image “http://buletinonline.net/images/berita2/mindaeditor1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Rak-rak minyak minyak yang kosong !

Modus operandinya pasti sama. Pengeluar kurangkan bekalan dipasaran. Lepas tu apa pula? Menteri jawab dengan pelbagai alasan. Lepas tu? Kerajaan mengambil tindakan penguatkuasaan. Lepas tu apa pula?

Jawapan hakiki muncul dipasaran. Minyak masak akan naik harga!

Lepas ni apa pula?

Apa lagi, Tolak UMNO/BN dalam PILIHANRAYA !


Sumber: Dari Editor BuletinOnline

0 comments:

Post a Comment