Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerna dengan limpah rahmat dan nikmatNya masih lagi dapat ku hirup oksigen buatku bernafas saat ini. Setahun telah berlalu, dan InshaAllaah jika dipanjangkan umurku dapat kiranya aku menjengah ke tahun 1429 yang bakal tiba. Bercakap pasal tahun, ingin ku berkongsi dengan pembaca² blogku sekalian ulasanku mengenai novel yang sudah tamatku baca hampir sebulan yang lalu iaitu "Zahra de Tigris (ZdT)" karangan Kak Khairyn Othman. Terima kasih buat sahabiahku kerna mengrekomenkanku untuk membaca novel ini. Sebelum itu elok kiranya aku sertakan dahulu sinopsis dari belakang kulit novel ini.
Sinopsis Belakang Kulit:
Zahrah de Tigris… adalah Khairunnisa Si Kembang Tigris…
Anak gadis dari Malaysia yang menuntut di Tanah Ratu ini, memang degil orangnya. Dilarang makin keras, dirayu pula makin tegar. Dia berkelana bersendirian mencari sebuah cinta. Cinta yang paling hakiki: cinta Rabbul Izzati.
Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak peradaban Islam suatu waktu dulu. Kota Baghdad yang pernah terkenal dari masyrik ke maghrib itu sedang berantakan: dihamburi mortar dan peluru. Cerita pilu, Kota Negeri Seribu Satu Malam itu menjadi Kota Ngeri Seribu Satu Malam.
Menjadi guru dan jurubahasa, membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris. Begitu sudah di situ lain pula ujiannya; dia terpaksa keraskan jiwa, kuatkan semangat tetapi perlahan-lahan hati perempuannya diketuk jua. Namun cinta mereka tak mungkin bersatu kerana Doktor Patrick Devereux, seorang ateis.
Hayatilah sebuah novel adventure-spiritual daripada penulis yang pernah menjadi Wartawan Terbaik Bahasa Inggeris 2003. Sebuah cerita, yang harus dihayati oleh siapa sahaja yang cintakan kemanusiaan sejagat.
Ulasanku:
Novel ini merupakan novel ketiga yang aku baca yang mana pengarangnya dapat menghidupkan setting naratif yang cukup hidup seolah² kita dapat menjiwai wataknya yang seakan benar² wujud. Syabas buat Kak Khairyn =) Novel sulung pengarang ini menceritakan mengenai kisah pahit getirnya seorang wanita yang bernama Khairunisa membantu saudara seagamanya di negara yang terkenal dengan cerita² seribu satu malam nya. Nisaa seorang gadis yang degil dan keras kepala yang sanggup meninggalkan ibu bapa dan keluarga semata² menuruti jiwa mudanya yang gila².
Niatnya yang bercampur baur antara memperolehi wang pendapatan dan juga mendidik saudara seagamanya di Iraq pada awal pemergiannya ke bumi berkelana ini, akhirnya benar² menampakkan kejernihan keihklasan hati seorang wanita yang dimilikinya apabila wang bukan lagi menjadi ukuran tetapi mengharapkan cinta Rabbnya. Nilai² persahabatan, pengorbanan, kasih sayang benar² mengalir dalam novel ini. Siapa tidak tahu keadaan di Iraq, yang hari²nya seolah neraka bagi penduduknya tetapi siapa tahu dengan keadaan begitulah terlihatnya sifat² ihsan dan kedurjanaan manusia.
Dentuman bom, kecederaan, kematian, tangisan, ratapan, dan macam² suasana perang digambarkan dengan baik seolah² kita pun dapat rasakan bahawa kita pun berada dalam peperangan ini. Manusia yang ketakutan, keseorangan di bumi asing tentunya terasa sekali kesunyian, begitulah juga dengan Nisaa tetapi persahabatanya dengan rakan² seperjuangan dan seorang doktor atheis (Patrick) paling tidak dapat menghiburkan hatinya. Doktor Atheis? Ya! Siapa sangka sikap keras dan degilnyanya Nisaa, rupanya² telah menawan hati doktor atheis yang tidak mempercayai kewujudan tuhan itu... Rasanya sampai disini dulu ulasanku kerana bab² cinta ni akan menampakkan kelemahan diriku jika aku terus mengulasnya... Lagipun tak best la ulas panjang²... pembaca² blogku sekalian kena la baca sendiri dan hayatinya =) Buat peminat² novel, aku syorkan novel yang bagus ini... Sebuah novel yang menceritakan pergolakkan sebenar yang berlaku dibumi Iraq... andaikan ingin ku berikan bintang untuk novel ini, akan ku berikan 5/5... Sebuah novel yang superb selepas novel AAC.. Merci Kak Khairyn
Alouette je te plumerai
Alouette, gentille alouette
Alouette je te plumerai
Je te plumerai la tête
Je te plumerai la tête
Et la tête, et la tête
Alouette, Alouette
Ooooo
Alouette, gentille alouette
Pengarang : Khairyn Othman
Halaman : 501
Tahun : 2007
Terbitan : Jemari Seni Publishing (Klik untuk pembelian online)
Harga : RM20.00
Nota: Bagi sesiapa yang berminat untuk menghubungi sendiri penulis silalah ke blog beliau Khairyn Othman atau ke blog Nisaa (Bunga Tigris).
1 comments:
11:28 AM
dah baca buku zahrah de tigris...memang best senang nak hayati dan dalami watak nisa :)
nasha_mix
Post a Comment