Antivirus Terbaik???

Begitulah soalan yang ditanyakan oleh sahabatku dari Al-Azhar kepadaku semalam ketika aku ber "YM" dengannya. Dari duduk berbual pasal isu² semasa tanah air dan di bumi anbia' sampaila kepada berbual pasal ilmu komputer. MasyaAllah rupanya dah lama aku tidak berhubung dengan sahabatku yang sorang ni, teringat pulak masa belajar dulu hari² kalau ada masa terluang mesti saja aku berbual dengannya. Ok la, arini aku nak tulis sedikit ulasan pasal perisian antivirus yang terbaik yang boleh digunakan. Ulasan ku yang pendek ni aku dedikasikan buat sahabatku Saghip atau Syar dan pembaca² blogku sekalian..

Bila bercakap pasal antivirus, mesti bermain difikiran kita semua berbagai² perisian antivirus di pasaran bermula dari perisian percuma sehinggalah perisian berbayar. Apa yang menjadi masalahnya ialah untuk menentukan mana satu perisian antivirus yang terbaik yang boleh menghindarkan komputer kita dari terkena virus/worms/trojans dan seangkatan dengannya. Bagiku setiap perisian ada pro dan kontranya, bergantung kepada penggunaan kita sendiri. Penilaian manakah antivirus yang terbaik juga bergantung kepada kita penggunanya.

Antara kriteria² yang boleh digunapakai untuk memilih perisian antivirus yang terbaik ialah seperti yang digariskan oleh laman TopTenREVIEWS ialah:

* Ease of Use – Exceptional anti-virus software is simple to use, regardless of a person’s computer experience or knowledge of viruses.

* Effective at Identifying Viruses and Worms – The best anti-virus products identify infected files quickly through real-time scanning, searching for viruses in a multitude of sources, including email, instant message applications, web browsing and so on.

* Effective at Cleaning or Isolating Infected Files –Truly capable anti-virus software thoroughly cleans, deletes or quarantines infected files—keeping them from spreading throughout the hard drive or network.

* Activity Reporting – Anti-virus programs should give immediate notification of viruses found by real-time scanners and should provide an easy-to-read report of scan results, including what it found and what it did with infected files.

* Feature Set – A well-rounded feature set allows anti-virus software to provide absolute protection. The best programs are those that offer a wide variety of tools, from basic real-time scanning to more advanced, heuristic scanning and script blocking—when it comes to virus protection, the more options the better.

* Ease of Installation and Setup – Anti-virus programs should be a breeze to install, making it easy to go from installation to initial scan in just a couple clicks of the mouse.

* Help Documentation – High-end anti-virus software come with plenty of help, including support via email, online chat or over the telephone. There should also be online resources, such as knowledge bases and FAQs available for quick and convenient help.

Tetapi ingin dinyatakan disini, kriteria ini adalah sebagai guidelines untuk memilih perisian antivirus yang bagus sahaja dan bukannya penentu untuk mengatakan bahawa komputer kita bebas dari jangkitan virus sepenuhnya. Apa yang menentukan samada komputer kita boleh dijangkiti virus atau sebaliknya adalah sikap dan cara kita menggunakan komputer itu sendiri serta pemahamam kita terhadap langkah² prevention untuk mengelak komputer kita dari dijangkiti virus.

Antara tips yang perlu diamalkan untuk mengelakkan komputer dari terkena virus ialah;

* Jangan Gunakan Perisian Antivirus Pirates!!! - Pastikan antivirus anda original, kerana menggunakan antivirus pirates tanpa mempunyai pengetahuan tentangnya amatlah bahaya! Jika tidak mampu untuk mendapatkan yang original boleh dapatkan perisian versi percuma seperti AVG Free Edition, AntiVir Personal Ed..

* Sentiasa Update Perisian Antivirus - pastikan kita mengemaskini perisian antivirus kita sekerap yang mungkin, dan jika perisian itu menawarkan automatik update enablekn fungsinya. (Note: Bagi pengguna perisian antivirus yang tiada sambungan Internet bolehla mengemaskininya secara manual, pastikan memilih perisian antivirus yang menyokong fungsi ini).

* Scan Drive dan Removable Drive - sentiasalah scan drive dan removable drive (i.e. pendrive) komputer selepas setiap kemaskini dilakukan. Anatara kaedah penyebaran virus sekarang ialah dengan menggunakan pendrive, pastikan pendrive anda clean sebelum di palamkan pada port USB!

* Hidupkan Firewall - Jika kita menggunakan Internet di rumah, pastikan menggunakan perisian antivirus yang dilengkapi dengan firewall. Ini penting untuk menapis intruders² yang mungkin akan memasuki komputer kita, antaranya trojans, worms, ad-ware, spyware dsb.

* Jangan Lawati Website yang Kurang Selamat atau Kita Kurang Pasti - Banyak website² yang kebanyakkannya adalah kurang selamat untuk dilawati antaranya website² mencari crack perisian, ataupun website² yang kandungan iklannya yang terlampau banyak dan mengeluarkan pop-up yang banyak. Untuk mengetahui manakah website yang selamat dan sebaliknya, bolehla install program seperti McAfee SiteAdvisor.

* Sikap dan Cara Penggunaan - Inilah antara yang terpenting! Pastikan kita sentiasa meningkatkan pemahaman kita terhadap isu² keselamatan komputer. Pastikan tips² seperti yang diatas diikuti, dan sentiasalah menggunakan sesuatu kemudahan itu dengan penuh etika.

Mungkin ada yang bertanya, habis tu mana satu perisian antivirus yang terbaik? Baiklah, aku senaraikan disini review senarai antivirus komersial tahun 2008, antaranya;

#1 BitDefender
#2 Kaspersky
#3 ESET Nod32
#4 Trend Micro (PC-Cillin)
#5 F-Secure Anti-Virus
#6 McAfee VirusScan
#7 Norton AntiVirus
#8 AVG Anti-Virus Pro
#9 CA Antivirus
#10 Norman Virus Control

Sumber: TopTenREVIEWS

#1 The Shield Deluxe
#2 CA
#3 BitDefender
#4 Norton AntiVirus
#5 Kaspersky
#6 NOD 32
#7 Panda
#8 McAfee VirusScan

Sumber: 6StarsRevies

Manakala untuk perisian percuma, bolehla menggunakan perisian² seperti dibawah;

#1 Avast! 4.7 Home Edition
#2 Avira AntiVir Personal Edition
#3 BitDefender 8 Free Edition
#4 Grisoft AVG Free 7.5

Rangkings yang dinyatakan oleh website² reviews tidak semestinya menunjukkan prestasi sebenar perisian antivirus tersebut, ini adalah kerana terdapat perbezaan apabila kita sebagai pengguna yang menggunakannya merasainya sendiri. Keputusannya terletak ditangan kita! Bagiku semua perisian yang dinyatakan diatas adalah yang terbaik, kenapa? Ini kerana kalau diikutkan perisian Mc Afee Virus Plus yang aku gunakan berada ditangga ke-6 dan ke-8 tetapi aku tidak pernah mengalami masalah dengannya sepanjang aku menggunakan perisian ini. Sejak aku mempunyai komputer sendiri sehingga aku dah habis belajar, pilihanku tetap dengan Mc Afee (i.e. bermula dari versi 7 sehingga kini versi 11) kerana aku tidak bermasalah dengannya dan ianya juga tidak mendatangkan masalah buatku. Nasihatku, tidak kira perisian antivirus apa yang digunakan asalkan mengikut tips² yang aku nyatakan diatas insha Allaah komputer kita tidak akan bermasalah dengan virus dan seangkatannya. Sebarang pertanyaan dan komen bolehla dinyatakan.. Read more!

Bank Negara Malaysia Issues New Design for RM50 Banknote to Commemorate Malaysia's 50th Anniversary of Independence

Malaysia National Bank on Friday announces the issuance of a new series of RM 50 banknotes into circulation to commemorate Malaysia 50th Anniversary of independence. The new RM 50 banknotes will be available for circulation on Jan. 30 next year.








Security Features


The security features incorporated in the Fourth Series of RM50 banknotes are as follows :
  • The Watermark Portrait can be recognised by tints that are lighter or darker than the surrounding paper. This watermark portrait which has a three-dimensional effect appears without sharp outlines. At the base of the watermark, the numeral 50 is clearly visible.
  • The Security Thread is embedded in the paper and appears on the reverse side of the note as a silver coloured dotted line. When the note is held against the light, it is seen as a continuous dark coloured line and the repeated text BNM RM50 can be read. When viewed under ultra-violet light, the thread is seen in various changing colours known as the "rainbow effect".
  • Micro-Letterings of "BNM RM50" which can be viewed under a magnifying glass.
  • Invisible Fluorescent Elements can be seen through various elements of the background on the obverse and reverse side of the banknote and will fluoresce in different colours when viewed under ultra-violet light.
  • Perfect See-Through Register feature where the graphic songket design on the obverse side of the note will register perfectly with the same graphic songket design on the reverse side when it is held against the light.
  • Multicolour Latent Image of the denomination 50 can be seen when the banknote is tilted slightly and the colour changes when it is rotated.
  • Holographic Stripe features the denomination 50 and the hibiscus flower, with a multi-coloured pumping and matt-structure effect.
  • Hidden image with moiré effect where certain areas of the design appearance will change when the banknote is copied.
Members of the public are advised to take note of the security features and design of the new RM50 notes outlined above. The existing series of the RM50 banknotes will continue to be legal tender.

Sumber: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=14&ac=1551

Read more!

Selamatkan Akidah Anak Muhammad Shafi Saravanan Abdullah

Pas Johor Bahru memandang serius masalah perebutan hak penjagaan anak yang merujuk kepada kes R Subashini yang bukan beragama Islam dengan suaminya yang memeluk Islam dengan nama Muhammad Shafi Saravanan Abdullah.

Manakah yang lebih besar dan berdaulat kuasanya diantara mahkamah sivil dengan mahkamah syariah dalam menjaga maslahat kepentingan akidah sianak yang masih kecil.

Walaupun dari segi dasarnya mahkamah syariah berkemampuan untuk mempertahankan akidah sianak tanpa pengetahuan dari ibunya yang bukan beragama Islam ini, tapi ia tidak boleh dipandang ringan sekiranya R Subashini berusaha untuk membawa lari anak-anaknya dari Muhammad Shafi Saravanan Abdullah.

Cukuplah dengan kes-kes antara agama dahulu, yang mengajar kita peri pentingnya kerajaan untuk terus memperluaskan bidang kuasa mahkamah syariah yang sangat terhad dan pincang bila mana mahkamah sivil & mahkamah rayuan boleh campur tangan dalam urusan menghalang undang-undang syariah dikuatkuasakan oleh orang Islam.

Pas Johor Bahru berharap ketegangan masalah ini dapat dikendurkan asal saja kes ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa menyinggung hati sesiapapun.

Kes Subashini & Suaminya Dalam Bidangkuasa Mahkamah Sivil

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan R Subashini untuk menghalang suaminya yang telah memeluk Islam daripada membawa kes perceraian mereka ke mahkamah syariah, atas sebab-sebab teknikal.

Dalam keputusan majoriti 2-1, mahkamah tertinggi di Malaysia itu, memutuskan ia kerana Subashini telah memfailkan petisyen perceraian mereka terlalu awal daripada tempoh yang ditetapkan di bawah Akta Undang-undang Pembaharuan (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (LRA).

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa pertikaian bagi membubarkan perkahwinan seorang bekas setiausaha itu dengan suaminya yang memeluk Islam serta bagi mendapatkan hak penjagaan anak mereka terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Sivil.

Rayuan Subashini itu didengar oleh panel tiga orang hakim - Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk Azmel Ma'amor dan Datuk Abdul Aziz Mohamad.

"Perkahwinan bukan menurut Islam antara seorang suami dan isteri masih kekal sehinggalah ia dibubarkan oleh Mahkamah Tinggi berdasarkan petisyen perceraian oleh pasangan yang kekal dengan agamanya mengikut Seksyen 51 (1) Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976," kata Nik Hashim.

Beliau yang mengetuai panel hakim itu berkata Subashini berhak meneruskan permohonan mendapatkan hak penjagaan itu tetapi dia hendaklah mengemukakan petisyen baru untuk bercerai.

Nik Hashim berkata, perintah mahkamah syariah membubarkan perkahwinan sivil tidak mempunyai kesan dari segi undang-undang selain ianya merupakan satu keterangan perceraian mengikut hukum Syarak.

Pertukaran agama

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan bahawa suami Subashini, T. Saravanan, berhak merujuk kepada mahkamah syariah kerana beliau tertakluk kepada undang-undang Islam selepas menjadi seorang muslim.

Di bawah LRA, Subashini hanya boleh memfailkan petisyen perceraian tersebut selepas tamatnya tempoh tiga bulan dari tarikh suaminya, T Saravanan memeluk Islam.

Bagaimanapun, Subashini memfailkan petisyen perceraian itu 12 hari sebelum tamat tempoh tiga bulan berkenaan.

Oleh itu, petisyen perceraian tersebut dianggap batal dan tidak sah.

Subashini, 28, yang beragama Hindu, mahu menghalang suaminya itu, yang telah memeluk Islam dengan nama Muhammad Shafi Saravanan Abdullah, daripada membawa prosiding perceraian mereka ke mahkamah syariah.

Suaminya telah memeluk agama Islam pada bulan Mei 2006 bersama-sama dengan anak lelaki sulung mereka, Dharvin Joshua, 4.

Suaminya kemudiannya membawa prosiding perceraian mereka ke mahkamah syariah serta memohon hak penjagaan anak lelaki kedua mereka, Sharvin, 2.

Mahkamah Persekutuan juga memutuskan hari ini bahawa Muhammad Shafi tidak menyalahgunakan proses mahkamah apabila menukar agama anaknya yang berusia empat tahun itu tanpa pengetahuan ibunya.

Menurutnya, mengikut undang-undang Islam, hanya seorang sahaja - ibu atau bapa - mesti dimaklumkan mengenainya pertukaran agama anak tersebut.

Bawa ke mahkamah syariah

Dalam rayuan Subashini kepada Mahkamah Rayuan pada 13 Mac, Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datuk Hassan Lah - dalam penghakiman 2-1 - telah memutuskan wanita itu membawa kesnya ke mahkamah syariah. Seorang lagi panel hakim ialah Datuk Gopal Sri Ram.

Menurut penghakiman majoriti itu, mahkamah memutuskan bahawa perintah yang dipohon oleh Subashani adalah tidak perlu kerana mahkamah syariah layak dan berkemampuan untuk memutuskan kes tersebut.

Bagaimanapun, pada 30 Mac, Subashini mendapatkan perintah sementara dari Mahkamah Rayuan untuk menghalang Saravanan daripada mengemukakan tuntutannya itu di mahkamah syariah.

Perintah mahkamah itu juga melarang Saravanan daripada menukar agama anak bongsunya serta melarangnya daripada membawa kes tuntutan hak penjagaan anak-anaknya ke mahkamah syariah.

Ia juga memutuskan bahawa seseorang pasangan yang telah memeluk Islam boleh memohon kepada mahkamah syariah untuk menukar agama anak-anak mereka yang masih di bawah umur, kepada agama Islam, tanpa perlu mendapatkan kebenaran daripada pasangan yang seorang lagi.

Subashini, suami tidak hadir

Bagaimanapun, panel hakim sebulat suara tidak bersetuju dengan penghakiman majoriti 2-1 Mahkamah Rayuan sebelum ini yang meminta Subashini membawa kesnya ke mahkamah syariah kerana bidangkuasa mahkamah tersebut adalah ke atas orang Islam sahaja.

Subashini dan suaminya - seorang ahli perniagaan - tidak hadir ketika mahkamah mengumumkan penghakimannya hari ini.

Sementara itu, peguam Subashini, K Shanmuga berkata pelanggannya tidak berjumpa dengan anaknya Dharvin, yang tinggal bersama suaminya sejak suaminya itu memeluk Islam.

"Beliau juga sangat bimbang tentang anak bongsunya, Sharvin, kerana berdasarkan keputusan hari ini, agamanya juga boleh ditukar pada bila-bila masa tanpa pengetahuannya," kata Shanmuga.

Shanmuga menyifatkan keputusan mahkamah hari ini sebagai 'satu pukulan' terhadap pelanggannya itu.

"Keputusan tersebut...menimbulkan ketidaktentuan mengenai anak-anaknya dan apa akan jadi dengan agama mereka serta hak-hak penjagaan mereka," katanya.

Subashini gagal mendapatkan perintah mahkmah untuk menghalang suaminya itu daripada membawa prosiding perceraian mereka ke mahkamah syariah dan untuk menghalangnya daripada menukar agama anak-anak mereka.

Shanmuga berkata, Subashini tidak mencabar perceraian mereka tetapi mahu ianya diputuskan di mahkamah sivil.

Shanmuga juga menggesa kerajaan supaya menyegerakan pembaharuan undang-undang yang memberi hak yang sama kepada ibu dan bapa dalam perkara seumpama itu.

"Ini memerlukan pembaharuan perundangan yang segera bagi memastikan kedua-dua ibu dan bapa mempunyai hak yang sama dalam menentukan agama anak-anak mereka dan menghalang satu pihak daripada pergi ke mahkamah syariah berhubung sebarang perkara yang membabitkan perkahwinan bukan Islam," katanya.

Seorang peguam yang terbabit dalam kes tersebut berkata, keputusan hari ini mungkin memaksa Subashini lari bersama anak bongsunya kerana bimbang suaminya akan cuba menukar agama anaknya itu.

"Berdasarkan keputusan mahkamah, nampaknya suaminya boleh menukar agama anaknya untuk memeluk Islam," katanya kepada AFP tetapi tidak mahu namanya disebut.

"Satu-satunya pilihan yang ada padanya sekarang ialah untuk meninggalkan negara ini bersama anaknya itu bagi mengelaknya daripada masuk Islam," katanya lagi.


Sumber : Jundullah - Malaysiakini
Layari: PAS Johor Read more!

Al Kisah Pendayung sampan dengan Professor

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian.

Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?

" Tanya Professor itu. "Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. "Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.

Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.

Malang sungguh nasibkamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan dengan mendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.


Moral of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yang dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...



p/s: kisah ni aku ambil dari email yang dihantar kepadaku, mungkin bagi siapa² yang dah pernah baca menganggap cerita ni da basi, tapi bagiku nilai moral & pengajarannya sentiasa dapat dimanfaatkan oleh semua... Semoga bermanfaat, insha Allaah.. Read more!

Kepentingan Ilmu Tasawwuf

Assalamualaikum Warahmatullah

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta sahabat Baginda sekaliannya.

Ilmu Tasawwuf merupakan salah satu cabang ilmu-ilmu islam selain daripada ilmu akidah dan juga ilmu syariat(fiqh). Ia merupakan suatu ilmu yang perlu dipelajari oleh setiap muslim demi kesempurnaan sesuatu ibadah yang dilakukan. Oleh itu, ilmu tasawwuf ini harus difahami berlandaskan tuntutan Al-Quran dan Sunnah, agar kita tidak tergelincir menjadi kaum yang memahami secara melampau berkaitan ilmu tasawwuf ini seperti ada orang yang mendalaminya supaya mendapat kelebihan kelebihan tertentu seperti kebal, dapat terbang di udara, berjalan di atas air dan sebagainya. Kita tidak menolak karamah yang diberikan Allah, tetapi janganlah karamah itu yg menjadi tujuan utama.

Di dalam kesempatan ini, marilah kita sama sama meneliti beberapa kepentingan dan tujuan tujuan mendalami ilmu tasawwuf. Antara kepentingan dan tujuan mendalami ilmu tasawwuf adalah :

1. Agar ummat islam dapat menjalani hidup dengan baik dan seimbang selaras dengan identiti mereka yang difirmankan Allah Taala (maksud): "dan demikianlah kami telah menjadikan kamu satu ummat pertengahan"(143:Al Baqarah).

Ummat pertengahan adalah ummat yang bersikap sederhana dalam urusan kehidupan,tidak terlebih dan tidak terkurang. Mereka dapat mengimbangi antara urusan dunia dan urusan akhirat. Mereka mengambil kedua-duanya tetapi mereka mengutamakan akhirat kerana akhirat itu "khairun wa abqo". Mereka tidak mengabaikan dunia, malah menjadikan dunia sebagai "mazraa'tul akhirat".

Mereka sedar jika mereka tidak menguasai dunia nescaya ianya akan dikuasai oleh ummat lain yang akan mengancam keselamatan ummat islam dan keutuhan syariat islam itu sendiri. Sebagaimana yang dapat kita lihat pada hari ini,kuasa kuffar laknatullah sedang menggayang daging ummat islam seluruh dunia terutama di palestin, iraq,afghanistan dan sebagainya.

2. Agar ummat islam bukan hanya ummat yang berdoa semata mata kepada Allah tanpa adanya usaha yang bersunguh sungguh. Mereka tidak semata mata berdoa tetapi mereka terus berusaha kerana mereka faham maksud firman Allah Taala ( maksud): "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang berusaha
mengubahnya"(11:ArRa'd).

Mereka juga faham apa yang dilarang oleh Saidina Umar r.a "janganlah seseorang daripada kamu duduk tanpa berusaha mencari rezeki sambil berdoa"Ya Allah, kurniakan rezeki kepadaku" maka sesungguhnya kamu mengetahui bahawa langit tidak menurunkan hujan emas dan perak".

3. Agar kita memahami dan mengerti tentang pengertian ibadah itu sendiri dalam lingkungan yang luas.Mereka memahami ibadat itu sebagaimana yang tersebut dalam hadis nabi s.a.w daripada Abi said Al khudri, sabda nabi (maksud) "peniaga yang benar sifatnya lagi amanah adalah bersama sama para nabi,para siddiqin dan para syuhada'" (Riwayat at-Tirmizi).

Dr. Yusuf Al Qardawi dalam bukunya " Al Ibadah Fi Islam" telah memetik apa yang ditulis oleh Syaikh Islam ibnu Taimiah dalah risalahnya "Al Ubudiah", katanya "ibadah adalah satu nama yang merangkumi bagi semua perkara yang dikasihi dan diredhai Allah daripada perkataan-perkatan dan perbuatan-perbuatan, batinnya danzahirnya, sembahyang ,zakat, puasa, haji, bercakap benar, menunaikan amanah,berbuat baik pada ibubapa, menghubung silaturrahim, setia pada janji, menyuruh berbuat baik, baik pada jiran tetangga, anak yatim, orang musafir, orang miskin, hamba sahaya dan binatang,berdoa,berzikir,membaca dan seumpamanya itu adalah ibadah.

Begitu juga cintakan Allah dan rasulNya, takutkan Allah, kembali kepadaNya, ikhlas beragama kepada Allah, sabar terhadap hukumanNya, syukur atas nikmatNya, redha dengan qada'Nya, bertawakkal padaNya, berharap pada rahmatNya, takut pada azabNya dan seumpama itu adalah beribadah kepada Allah."

4. Memahami benar-benar pengertian sebenar zuhud,uzlah dan tawakkal. Dengan itu tidak menjadikan mereka lemah, tidak menjadikan mereka miskin dan makan bantuan orang lain, tidak menjadikan meraka jahil bebal dan mereka tidak dikuasai oleh orang kafir tetapi mereka menguasai orang kafir. Mereka sanggup berkorban bukan dikorbankan sebagaimana yang berlaku pada ummat islam hari ini.

5. Dengan kefahaman yang benar terhadap tasawwuf ini berlandaskan Al Quran, Sunnah dan sirah rasul dan disusuli dengan penghayatan, meletakkan ummat islam sebagai sebaik baik ummat. Dan pada ketika itu, ummat umat lain akan tertarik dan terpesona dengan "khairun ummat" ini dan seterusnya akan berlakulah apa yang difirmankan Allah Taala (maksud)

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, kamu melihat manusia masuk ke dalam agama Allah beramai-ramai" (1-2 : An Nasr).

Sebagai kesimpulannya, kemunduran ummat islam tidak boleh dipersalahkan kepada ulama' ulama' tasawwuf, mereka menekankan agar manusia bencikan dunia kerana mereka bimbang bila manusia memiliki dunia, mereka akan lupa daratan.Berkata Sayid Ahmad Al Badawi "orang boleh kaya dunia tetapi nabi s.a.w melarang kita cintakan dunia, seperti nabi Sulaiman a.s. dan para sahabat r.a yang kaya, kita harus menundukkan dunia, dunia tidak boleh diletak di dalam hati".

Mereka ( ulama' tasawwuf) mendesak agar beruzlah kerana bimbang terhadap mereka yang rapuh imannya, yang tiada ketahanan jiwa dan kurang takwa, kemungkinan akan terpengaruh dengan masyarakat yang sudah rosak tamadunnya. Mereka bertindak demikian untuk menyelamatkan mereka yang lemah agar tidak musnah.

Oleh itu, untuk memiliki dunia, setiap orang islam mesti mempunyai ilmu, iman yang kuat, takwa, kesabaran, ketahanan, keikhlasan dan kesedaran betapa pentingnya akhirat berbanding dunia. Dunia hanya batu loncatan sahaja untuk ke akhirat.

Wassalam.

Rujukan :

1. Kitab Minhajul Abidin / Menuju mukmin Sejati karangan Imam Al Ghazali
Bab sepatah kata penterjemah
Penterjemah : Hj. Engku Ali Engku Endut
Cetakan ASPIRASI TERAS SDN BHD, Terengganu.

2. Terjemahan Al Hikam ( karangan As syaikh Ibnu atho illah )
Penterjemah : H. Saleim Bahreisy
Penerbit : Victoria agencie, KL. Read more!

doPDF5.3 free PDF converter

Sebelum ini aku memang menggunakan Adobe Acrobat (i.e. Acrobat Pro bukan Acrobat Reader tau!) untuk menukarkan fail² ke format PDF, tapi tu kat rumah la. Masalahnya terjadi bila berada di tempat kerja cam sekarang ni, bukan sebarang software boleh di installkan pada komputer dek polisi syarikat yang strict. Jadi apa lagi terpaksa la aku mencari alternatif murah atau percuma untuk memudahkan kerja aku. Untuk pengetahuan semua banyak kelebihan menggunakan fail yang telah ditukarkan kepada format PDF. Why PDF?

Jalan-jalan dalam dunia maya ni akhirnya aku pun terjumpalah solution murah dan percuma yang aku inginkan tu, iaitu software doPDF v5.3. Ape yang bagusnya software ni, ianya satu²nya versi percuma untuk menukarkan fail kepada format PDF. Walaupunnya hanya mempunyai fungsi asas untuk menukarkan fail seperti Microsoft Word/Excel/Power Point dan lain² kepada format PDF tapi bagiku tu dah kira syukur sangat² daripada tiada langsung. Jika pembaca² berminat untuk menggunakan software ini, sila lah download dan install pada komputer anda doPDF v5.3.





Dah install? Dah! Ok, untuk menggunakan software ini senang saje, klik menu "print" pada dokumen yang ingin ditukarkan format. Sila lihat gambar diatas, kemudian satu tetingkap untuk "save" kan fail anda ke format PDF akan muncul. Anda hanya perlu "save" kan, boleh je kalu nak tukar nama fail sebelum "save". Itu saja! Dah jadi! hehe.. senang bukan?


Note: Bagi sesiapa yang pernah menggunakan Acrobat Pro, konsepnya sama saje di mana akan muncul satu "virtual printer" pada setting komputer anda. Sebarang kemusykilan boleh rujuk web asal F.A.Q doPDF ataupun utarakan padaku, insyaAllaah aku kan menolong sekadar termampu.. Read more!

Berhentilah Sejenak..

Suatu ketika, tersebutlah seorang pengusaha muda dan kaya. Ia baru saja membeli mobil mewah, sebuah BMW seri 7 merah metalic. Kini, sang pengusaha, sedang menikmati perjalanannya dengan mobil baru itu,dengan kecepatan penuh. Di pinggir jalan, tampak beberapa anak yang sedang bermain . Namun, karena berjalan terlalu kencang, tak terlalu diperhatikannya anak-anak itu. Tiba-tiba, dia melihat sesuatu yang melintas dari arah mobil-mobil yang di parkir di jalan. Tapi, bukan anak-anak itu yang tampak melintas. Aah..., ternyata, ada sebuah batu yang menimpa mobil BMW-nya.

Sisi pintu mobil itupun koyak, tergores batu yang dilontarkan seseorang. Cittt....ditekannya rem mobil kuat-kuat. Dengan geram dan bersumpah serapah, di mundurkannya mobil itu menuju tempat arah batu itu dilemparkan. "Kurang ajar!!".Amarahnya memuncak. Dia pun keluar mobil dengan tergesa-gesa. Di tariknya seorang anak yang paling dekat, dan di pojokkannya anak itu pada sebuah mobil yang diparkir.

"Apa yang telah kau lakukan!!! Lihat perbuatanmu pada mobil kesayanganku!! Lihat goresan itu", teriaknya sambil menunjuk goresan di sisi pintu.

"Kamu tahu nggak, mobil baru semacam itu akan butuh banyak ongkos di bengkel kalau sampai tergores." Ujarnya lagi dengan geram, tampak ingin memukul anak itu.

Sang anak tampak ketakutan, dan berusaha meminta maaf. "Maaf Pak, maaf. Saya benar-benar minta maaf. Sebab, saya tidak tahu lagi harus melakukan apa."

Air mukanya tampak ngeri, dan tangannya bermohon ampun. "Maaf Pak, aku melemparkan batu itu, karena tak ada seorang pun yang mau berhenti...."

Dengan air mata yang mulai berjatuhan di pipi dan leher, anak tadi menunjuk ke suatu arah, di dekat mobil-mobil parkir tadi. "Itu disana ada kakakku. Dia tergelincir, dan terjatuh dari kursi roda. Aku tak kuat mengangkatnya, dia terlalu berat. Badannya tak mampu kupapah, dan sekarang dia sedang kesakitan.."Kini, ia mulai terisak. Dipandanginya pengusaha tadi. Matanya berharap pada wajah yang mulai tercenung itu. "Maukah Bapak membantuku mengangkatnya ke kursi roda? Tolonglah, kakakku terluka, tapi dia terlalu berat untukku."

Pengusaha muda itu terdiam. Kerongkongannya tercekat. Ia hanya mampu menelan ludah. Segera, di angkatnya anak yang cacat itu menuju kursi rodanya. Kemudian, diambilnya sapu tangan mahal miliknya, untuk mengusap luka di lutut anak itudan dioleskannya Betadine. Memar dan tergores, sama seperti sisi pintu BMW kesayangannya. Setelah beberapa saat, kedua anak itu pun berterima kasih. "Terima kasih, dan semoga Allah akan membalas perbuatan Tuan." Begitu katanya...

Keduanya berjalan beriringan, meninggalkan pengusaha yang masih nanar menatap kepergian mereka. Matanya terus mengikuti langkah sang anak yang mendorong kursi roda itu, melintasi sisi jalan menuju rumah mereka.

Berbalik arah, pengusaha tadi berjalan sangat perlahan menuju BMW miliknya.Disusurinya jalan itu dengan lambat, sambil merenungkan kejadian yang baru saja dilewatinya. Kerusakan yang dialaminya bisa jadi bukanlah hal sepele. Namun, ia memilih untuk tak menghapus goresan itu. Ia memilih untuk membiarkan goresan itu, agar tetap mengingatkannya pada hikmah ini. Ia menginginkan agar pesan itu tetap nyata terlihat:
"Janganlah melaju dalam hidupmu terlalu cepat, karena, seseorang akan melemparkan batu untuk menarik perhatianmu."

***

Sahabat, sama halnya dengan kendaraan, hidup kita akan selalu berputar dan dipacu untuk tetap berjalan. Di setiap sisinya, hidup itu juga akan melintasi berbagai macam hal dan kenyataan. Namun, apakah kita memacu hidup kita dengan cepat... mengejar karir dan harta, pergi jam 6 pulang jam 11 malam, sehingga tak pernah ada masa buat kita untuk menyelaraskannya untuk melihat sekitar?Kita kadang memang terlalu sibuk dengan bermacam urusan, hingga terlupa pada banyak hal yang melintas di sekitar kita.


Sebagai orang yg terpelajar & dikaruniai kelebihan, mungkin kita ingin serba cepat belajar, bergelar, dan menjadi maju. Celaan pun kita lontarkan untuk mereka yang malas danbodoh. Sebagai orang yg sukses berkarir, mungkin kita akan terus haus dengan jabatan danmengejar kekayaan. Cibiran pun kita sandangkan pada mereka yang tidak sekayadanseperlente kita. Sebagai orang yg dikaruniai hidayah, mungkin kita juga rajin sholat danberamal .. tanpa mengajak mereka yang kita anggap awam, tidak taat beragama,dan ahli maksiat. Namun, apakah kita ingin pintar, ingin maju, ingin kaya, ingin masuk surga .. sendirian saja??

Sahabat, kadang memang, ada yang akan "melemparkan batu" buat kita agar kita mau dan bisa berhenti sejenak. Semuanya terserah pada kita. Mendengar bisikan-bisikan dan kata-kata-Nya, atau menunggu ada yang melemparkan batu-batu itu buat kita.



- Diambil dari www.eramuslim.com hasil tulisan Irfan Toni H, mudah-mudahan bermanfaat... Read more!

Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakahtuh buat pembaca blogku, aku mulakan bicara harini dengan menghayati firman Allah S.W.T:


الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ * أُولَـئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

"(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, ""Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun"(Kita semua kepunyaan Allah dan kepada Allah kita akan kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk". (al-Quran, Al-Baqarah: 156-157).


16 Zulhijjah 1428 (Rabu) - pagi, sahabiahku telah menghantar SMS yang menyatakan sepupunya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya dekat P.J. Aku tersentak sebentar, aah P.J dekat sangat dengan tempat tinggalku. Menurut sahabatku jenazah telah dihantar ke kampungnya di Melaka dan dia dalam perjalanan ke Melaka waktu itu, hmm aku tidak bertanya banyak dengan sahabatku kerna aku tidak ingin mengganggunya dengan pertanyaan² yang mungkin akan membuatkan dirinya bersedih. Sungguh ajal maut telah ditentukan Allah S.W.T, dan kita hambanya tidak dapat lari darinya. Firman Allah S.W.T;


كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."(al-Quran, Ali Imran: 185).

Memikirkan soal kematian akan membuatkan diri² kita insaf, insaf teringatkan akan amalan yang belum cukup untuk berhadapan dengan-Nya. Akhir kalam, masa tidak mengizinkanku untuk menaip lebih panjang lagi, marilah sama² kita mensedekahkan al-Fatihah buat arwah sepupu sahabiahku Mohd Najmi Bin Zamri agar rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama² para solihin.. Ameen. Read more!

It's Touching..

Assalamualaikum,

A long time ago, there was a huge apple tree. A little boy loved to come and play around it everyday. He climbed to the tree top, ate the apples, took a nap under the shadow...

He loved the tree and the tree loved to play with him. Time went by... the little boy had grown up and he no longer played around the tree everyday. One day, the boy came back to the tree and he looked sad. "Come and play with me," the tree asked the boy. "I am no longer a kid, I don't play around trees anymore." The boy replied, "I want toys. I need money to buy them." "Sorry, but I don't have money... but you can pick all my apples and sell them. So, you will have money." The boy was so excited. He grabbed all the apples on the tree and left happily. The boy never came back after he picked the apples. The tree was sad.

One day, the boy returned and the tree was so excited. "Come and play with me" the tree said. "I don't have time to play. I have to work for my family. We need a house for shelter. Can you help me?" "Sorry, but I don't have a house. But you can chop off my branches to build your house." So the boy cut all the branches of the tree and left happily. The tree was glad to see him happy but the boy never came back since then.

The tree was again lonely and sad. One hot summer day, the boy returned and the tree was delighted. "Come and play with me!" the tree said. "I am sad and getting old. I want to go sailing to relax myself. Can you give me a boat?" "Use my trunk to build your boat. You can sail far away and be happy." So the boy cut the tree trunk to make a
boat. He went sailing and never showed up for a long time.

Finally, the boy returned after he left for so many years. "Sorry, my boy. But I don't have anything for you anymore. No more apples for you... "the tree said. "I don't have teeth to bite" the boy replied. "No more trunk for you to climb on" "I am too old for that now" the boy said. "I really can't give you anything ... the only thing left is my dying roots" the tree said with tears. "I don't need much now, just a place to rest. I am tired after all years." The boy replied. "Good! Old tree roots is the best place to lean on and rest. Come, Come sit down with me and rest." The boy sat down and the tree was glad and smiled with tears.......

This is a story of everyone. The tree is our parents. When we were young, we loved to play with Mom and Dad... When we grown up, we left them... only came to them when we need something or when we are in trouble. No matter what, parents will always be there and give everything they could to make you happy. You may think the boy is cruel to the tree but that's how all of us are treating our parents.


P/S: For those who are leaving soon, reflect on this and make up for the time that you're gonna be gone by spending quality time with your parents.. for those who are away like me, call your parents more often! Read more!

Bolehkah Bercinta Sebelum Nikah?


Cinta adalah fitrah (komponen kejadian manusia). Firman Allah," ..fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah..," Maksud Surah Ar-Rum: 30

Imam Ibn Qayyim menjelaskan cinta adalah fenomena universal dan ia memberi kesan yang mendalam kepada jiwa manusia hinggakan dalam sastera Arab menghasilkan lebih dari 60 istilah cinta. Dunia Melayu pun apa kurangnya.

Syaikh (alMarhum) Abdullah Nasih Ulwan berpendapat: Islam mengiktiraf cinta yang bersemi pada setiap individu dan Islam telah menggariskan tiga tahap cinta:

* Cinta agung: Cinta kepada Allah, Rasul dan Islam serta berjihad membuktikannya.

** Cinta pertengahan: Cintakan sesama manusia: ibubapa, anak-isteri, kaum kerabat dan sahabat handai

*** Cinta bawahan: Menyintai sesuatu melebihi cinta kepada Allah, Rasul dan Islam.

Bolehkah pasangan bukan muhrim bercinta sebelum kahwin?

Syaikh Atiyyah Saqr menjawab: kenapa tidak? Cinta adalah suci, cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syara' asalkan tidak dikotori dengan niat dan aksi kotor; ia mestilah tidak
bercanggah dengn hukum-hukum syara' dan diiringi dengan cinta yang diredhai oleh Allah.

Cinta sejati boleh dibina sebelum berkahwin asalkan cinta yang direstui agama, dilahir dan dipupuk melalui saluran agama. Islam tidak menentang cinta kerana cintalah asas dalam ibadah antara hamba dengan Penciptanya; manakala cinta jugalah asas kepada pembentukan sebuah keluarga Islam yang harmonis.

Cinta yang dibenteras oleh Islam ialah cinta yang dicemari oleh maksiat dan menuruti hawa nafsu; manakala mereka yang memupuk cinta tapi tetap berpegang kepada ajaran Allah dan mengikuti saluran syara' adalah diharuskan oleh syara' dan seterusnya memadu cinta melalui jalan pernikahan yang sah dan halal.

Rujukan:
1. Syaikh Prof. Abdullah Nasih Ulwan, Islam wal Hubb (Islam dan Cinta)
2. Syaikh Atiyyah Saqr, Islam wa Musykilatul Hayah (Islam dan Permasalahan Hidup)
3. Ibn Qayyim alJauziah, Raudhah al Muhibbin wa Nuzhah al Musytaqin (Taman Orang-orang Bercinta dan Kerinduan) Read more!

Allah Knows Album by Zain Bhikha


Allah Knows by Zain Bhikha Video Clip



Zain Bhikha

Featuring Dawud Wharnsby Ali, Abdul-Malik Ahmad
Rashid Bhikha & Naadira Alli

A CD for the young (and the young at heart). 'Allah Knows' features the musical talents of Dawud Wharnsby Ali, Abdul-Malik Ahmad and Rashid Bhikha, in addition to introducing Naadira Alli and the young Muhammad Bhikha who makes his first recording debut on this album.

The album, is a collection of 10 songs to help kids through the early mysteries of life and the social challenges that present themselves to much of them, it is a ground breaking approach to tackling the questions of a youthful mind and the innocent hearts of our children.
The CD version includes 19 tracks with all tracks which contain drums as voice only versions as well.

Number of Discs: 1
Running Time (aprox.): 74 mins on CD (aprox 37min on Cassette)
Languages: English

Track Listing:

1- Allah Knows
2- Flowers are Red*
3- My Mum is Amazing*
4- Pizza in his pocket*
5- Lay down your head*
6- Can' t U See*
7- Slowly Slow*
8- Can' t take i t wi th you*
9- Deen-il-Islam*
10- A Child's Prayer*

*Voice only version & Drum version on CD

More info: Allah Knows album

I'm so tired now.. so there are no download link to put on this post, sorry ;) If you like to enjoy Zain's wonderful voice, please play the imeem playlist at my blog.. Read more!

Aplikasi Politik Islam di Malaysia: Halangan dan Cabaran

Ditulis oleh Mohd Rizal Hamdan
Wednesday, 02 May 2007

Pendahuluan

Polemik agama dan politik seringkali menjadi faktor percanggahan antara para penganalisis politik dan para ilmuwan agama. Dalam situasi semasa yang diselaputi oleh fahaman sekularisme, seringkali kedengaran suara-suara sumbang yang menggagaskan pemisahan antara politik dan agama. Sejak bermula era kolonialisasi ke atas umat Islam, fahaman pemisahan antara agama dan politik menjadi semakin jelas kedengaran khususnya dari para pimpinan tempatan yang terdidik dengan doktrin politik Barat [i]. Muhammad Asad (1980) di dalam karya nya yang berjudul The Principles of States and Government in Islam mengemukakan tesis betapa pemikiran umat Islam semakin condong kepada sekularisme dengan mengagungkan pemikiran-pemikiran politik yang terhasil akibat kekaguman kepada kebolehan penaakulan akal.

Islam secara teorinya merupakan sistem kehidupan yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia baik dari segi ekonomi, sosial mahupun politik. Ia diwahyukan oleh Allah bukan sekadar sebagai agama ritual tetapi sebagai satu sistem ataupun cara hidup yang baik untuk manusia (Maududi:1969). Analisis ini bukanlah sekadar andaian sahaja, tetapi turut dilengkapi oleh bukti-bukti yang sahih di mana Islam turut mengandungi elemen-elemen atau doktrin-doktrin yang berkaitan ekonomi, politik dan sosial dan sebagainya. Sebagai contoh, di dalam Islam umum sudah sedia maklum bahawa pemilikan harta peribadi adalah dibenarkan tetapi bersyarat iaitu dikenakan zakat yang bertujuan untuk membantu meningkatkan ekonomi masyarakat keseluruhan. Namun, pasca perang dunia pertama menyaksikan penularan fahaman sekularisme hasil kerja para orientalis yang menerobos ke dalam minda umat Islam diperparah dengan kejatuhan sistem politik Islam global. Secara perlahan-lahan, umat Islam mula mempercayai doktrin pengasingan di antara agama dan politik[ii]. Buktinya, kita dapat melihat kemunculan beberapa kerajaan nasionalis dan sosialis di negeri umat Islam seperti Iraq yang diperintah oleh parti Baath yang berpaksikan ideologi sosialis arab, Arab Saudi yang berpaksikan monarki konservatif dan Republik Rakyat Yaman yang suatu ketika dahulu berideologi marxisme.

Kemunculan pelbagai jenis pemerintahan sekular dalam kehidupan umat Islam ini adalah lantaran fahaman sekularisme yang sudah diindoktrinisasikan kedalam pemikiran uamt Islam. Syed Naquib(1985) menganalisis secara definitif bahawa, kebanyakan pucuk pimpinan negara umat Islam pasca kolonialisasi adalah terdiri daripada mereka yang berpendidikan sekular. Oleh kerana kerangka pemikiran pimpinan telah dijajah oleh idea-idea sekular, maka dengan suara yang lantang mereka turut mempertahankan pendirian pemisahan antara agama dan politik. Jika ditelusuri di nusantara sendiri, polemik agama dan politik sudah tercetus sebelum kemerdekaan tanah-tanah jajahan kolonial, sebagai contoh ia dapat dirujuk melalui polemik antara pemuka Islam Indonesia iaitu Mohd Natsir dan Sukarno yang berfahaman sekular[iii]. Begitu juga yang terjadi di Malaysia pasca kolonial di mana pemisahan agama dan politik begitu jelas sekali seperti yang diperuntukkan melalui perlembagaan Malaysia, di mana perlembagaan Malaysia yang dirangka oleh penjajah hanya melibatkan seorang umat Islam iaitu seorang hakim dari Pakistan dan majoriti penggubal perlembagaan adalah penganut Kristian yang sekular.

Esei ini bukanlah bertujuan untuk memperdebatkan penularan elemen-elemen sekularisme dalam pemikiran politik umat Islam global pasca keruntuhan sistem khilafah Uthmaniah atau pertentangan tamadun antara Barat dan Timur, tetapi lebih kepada menyelidik mengenai aplikasi Islam dalam politik Malaysia di mana terdapat pertentangan antara pemikiran politik Islam dan sekular dari pelbagai sudut oleh para ahli politik Malaysia dan percanggahan pendapat antara intelektual mengenai aplikasi Islam dan politik dalam iklim politik Malaysia secara khususnya dan dunia Islam secara globalnya.

2.0 Sejarah Awal Kolonialisasi Minda Umat Islam.

Revolusi industri yang melanda benua eropah dikira sebagai salah satu faktor terbesar yang mempengaruhi kegiatan kolonialisasi keatas negara-negara umat Islam. Tuntutan keatas bahan mentah dan peluang ekonomi telah menyebabkan pihak kolonial berusaha mencari tanah jajahan yang diharapkan akan menjadi ruang kepada pemasaran bahan-bahan siap dan seterusnya membekalkan bahan-bahan mentah untuk kegunaan sektor perindustrian. Syed Hussein(1974) melalui analisis nya berpendapat, disamping menguasai tanah jajahan demi keperluan kepada aspek material, pihak kolonial dengan progresif berusaha menguasai minda anak-anak tanah jajahannya dengan mengindoktrinasi idea-idea politik yang dianuti mereka agar kepentingan mereka akan tetap terjaga hatta selepas pemergian mereka daripada benua yang dijajah.[iv]

“ The Colonial has indoctrinate the mind of indegenious in its colony to be obey with their needs and ideology especially a mouslem. One of their biggest vision is to make sure that there is no Islamic Resistance movement after their departure from its colony. To make sure that there is no somekind of Islamic political thought, the colonial administrative has prepared its own leadership with same attitude and ideology”(Syed Hussein:1974)

Pernyataan ini menjelaskan betapa, pihak kolonial telah menyediakan tapak pemikiran jumud yang hampir kepada ideologi anutan mereka kepada pimpinan tempatan yang akan menggantikan mereka selepas kemerdekaan. Hasilnya, ramai dikalangan intelektual politik yang berpendidikan Barat ketika itu memperakui betapa perlunya diadakan pemisahan antara agama dan politik. Perkara seperti ini terjadi diseluruh bekas tanah jajahan kuasa-kuasa kolonial seperti di benua Afrika, Arab dan Asia. Syed Husin(1981) dalam karya nya “The Malays: Their Problem And Future” dengan jelas menyatakan bahawa disetiap tanah bekas jajahan kolonial, segala aspek sistem sosial

akan diubah mengikut piawaian Barat kerana pihak kolonial mahukan anak-anak bekas tanah jajahan berfikiran sama seperti apa yang mereka fikirkan. Di Malaysia, dapat dilihat betapa para pejuang-pejuang politik yang berteraskan Islam diharamkan seperti apa yang menimpa wadah politik Islam tanah air iaitu “Hizbul Muslimin”(HM)[v]. HM telah diharamkan oleh pihak penjajah British melalui ordinan darurat 1948 di mana para jemaah pimpinan nya ditangkap dan seterusnya parti ini diharamkan kerana didakwa bersifat militan. Perkara yang sama juga terjadi kepada parti politik Islam Indonesia iaitu Masyumi yang dipimpin oleh pemuka-pemuka Islam Nusantara yang tersohor seperti Dr Hatta dan M Natsir yang diharamkan oleh sukarno atas alasan bersifat militan. Pada dasarnya, kerangka pemikiran pimpinan tempatan yang mengambil alih negara pasca kolonial telah terjajah dengan corak pemikiran Barat yang memandang Islam sebagai bersifat militan dan autokratik.


Iklim politik Malaysia pasca kolonialisasi juga memperlihatkan situasi yang sama di mana konsep pemisahan antara agama dan politik sering diutarakan oleh pemuka-pemuka politik tempatan. Mereka yang terdidik dengan pemikiran politik Barat sering memandang sinis kepada pemikiran politik Islam dengan mengatakan bahawa kesucian agama tidak perlu dicemar oleh kekotoran yang dibawa oleh politik(Syed Naquib:1985). Pada hemat mereka, permainan politik adalah kotor dan tidak perlu kepada pengawalan moral oleh agama, sedangkan secara terang-terangan dalam Islam politik dan agama adalah bersatu di mana agama bertindak sebagai panduan politik dan politik bertindak sebagai pelindung kepada agama. Kerangka pemisahan politik dan agama di Malaysia dapat ditelusuri melalui perlembagaan Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) dan UMNO yang ketika itu menjadi wadah perjuangan politik bangsa Melayu. Ini kerana PKMM pada dasarnya sebuah parti politik yang berpegang teguh kepada prinsip-prinsip sosialis yang dilarutkan bersama ideologi nasionalisme manakala UMNO lebih senang berpegang kepada ideologi liberalisme yang dipacu oleh idea nasionalisme(Nik Anuar:1999­).


Pasca kemerdekaan Tanah Melayu memperlihatkan kemunculan pelbagai jenis parti politik dengan pelbagai jenis ideologi seperti nasionalisme, sosialisme dan marxisme. Terdapat hanya segelintir parti politik yang berjuang diatas paksi Islam. Ini berikutan implikasi dari momokan British yang mengaitkan Islam dengan ekstrimis. Semenjak pasca kemerdekaan Tanah Melayu, hanya parti UMNO sahaja yang begitu dominan dalam pentas sosiopolitik Malaya berikutan matlamatnya yang bertunjangkan kepentingan bangsa Melayu(Jamaie:2005). Walaupun bertunjangkan ideologi nasionalisme bangsa Melayu, namun matlamat awal UMNO adalah memelihara kesucian agama Islam. Ini berikutan tafsiran perlembagaan yang mentafsirkan Melayu sebagai beragama Islam(Jamaie:2005). Namun, selepas perjuangan UMNO diwarisi oleh pucuk pimpinan yang berpendidikan liberal Barat, terdapat pelbagai usaha-usaha yang dilakukan untuk memajukan ekonomi dan politik Tanah Melayu pasca kemerdekaan yang secara teorinya bercanggah dengan syariat Islam dan mengakibatkan ramai dikalangan ahli biro agama UMNO bertindak keluar parti sebagai membantah tindakan tersebut[vi]. Peristiwa ini secara tidak langsunag mewujudkan polemik mengenai politik Islam antara dua buah parti yang dominan di Malaya yang kemudian nya bertukar kepada Malaysia berikutan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura pada tahun 1963.

Secara teorinya aplikasi Islam dan politik di Malaysia telah melalui jalan yang berliku kerana melalui pelbagai rintangan yang besar dalam memartabatkan Islam di Malaysia. Ini terjadi lantaran halangan ideologi-ideologi sekular Barat yang kuat tertanam dalam pemikiran pimpinan dan individu-individu di Malaysia. Ini terjadi lantaran dominan nya fahaman pemisahan antara agama dan politik atau sekularisme di Malaysia yang sudah membarah dalam iklim politik. Syed Naquib(1985) menegaskan, apabila umum mengakui terdapat pembahagian dalam agama dan politik, pada suatu masa nanti, akan timbul para pemimpin palsu yang akan memimpin umat dengan penuh dusta dan akan runtuh peradaban manusia suatu hari nanti kerana implikasi pembahagian antara agama dan politik.

2.1 Pengaruh Islam Dalam Politik Malaysia

Islam pada dasarnya memainkan peranan yang besar dalam pembentukan iklim politik di Malaysia. Ini dapat dibuktikan melalui penyertaan golongan ulama dalam kebangkitan kesedaran bangsa dari era dahulu. Sebagai contoh, golongan ulama seperti syeikh syed al-hadi dan sheikh tahir jalaluddin adalah antara golongan intelektual pertama yang mengagaskan peranan Islam dalam politik(Jamaie:2005). Penubuhan parti politik kebangsaan seperti UMNO juga pada dasarnya mendapat sokongan para ahli agama. Kerana ia berfungsi sebagai medium politik bagi orang melayu yang rata-ratanya beragama Islam.

Terdapat ramai intelektual politik Malaysia adalah berlatarbelakangkan agama, seperti Dr Burhannudin Al-Hemy dan Profsessor Zulkifli Mohammad[vii]. Para intelektual inilah yang memainkan peranan yang besar dalam pengisian Islam dalam politik Tanah Melayu menjelang kemerdekaan(Jamaie:2005). Namun, diatas sikap tidak mahu bekerjasama dengan pihak penjajah, para ulama ini telah disenarai hitamkan berbanding para nasionalis yang mengambil sikap bekerjasama dengan pihak penjajah. Terdapat ramai tokoh-tokoh agama yang turut terlibat dalam kepimpinan Tanah Melayu pasca kemerdekaan tahun 1957 seperti Ahmad Badawi yang merupakan ulama tempatan yang terkenal dalam politik. Penglibatan golongan agama dalam politik ini kerana mereka percaya bahawa tidak terdapat pembahagian antara politik dan agama seperti yang difahami oleh para orientalis Barat. Namun, permainan politik Barat sedikit demi sedikit memisahkan ruang antara peranan agama dalam politik (Kamarulnizam:2003), ini terjadi lantaran pihak Barat telah menyediakan teraju pimpinan pelapis yang hampir dengan pemikiran politik mereka yang sekular. Ini dapat dibuktikan melalui barisan kabinet pasca merdeka yang rata-ratanya merupakan lepasan pendidikan Barat yang terdidik dengan pemikiran politik sekular.

Akibat kontradiksi yang berlaku dalam kepimpinan negara pasca merdeka, di mana berlaku pertembungan idea antara golongan ulama dan para ahli politik berpendidikan Barat, ramai ulama telah keluar dari parti pemerintah dan menubuhkan sebuah parti Islam sebagai wadah memperjuangkan politik Islam (Kamarulnizam:2003). Parti yang dimaksudkan ialah Parti Islam Semalaysia(PAS). Perjuangan politik Islam di Malaysia telah melalui pelbagai liku lantaran terpaksa bersaing dengan pelbagai pemikiran politik Barat seperti liberalisme yang didukung oleh UMNO dan sosialisme yang didukung oleh Barisan sosialis. Namun, politik Islam mendapat sambutan yang menggalakkan di negeri-negeri yang berpenduduk majoriti Melayu. Ini kerana terminologi Islam tidak dapat dipisahkan dari aspek budaya Melayu. Menurut Syed Naquib (1972), Islam dan Melayu tidak dapat dipisahkan kerana terdapat ikatan yang kuat antara kedua-dua nya dari segi budaya dan agama.
Penglibatan Islam dalam politik di Malaysia dapat dibahagikan kepada beberapa jangka masa. Era yang pertama ialah zaman pasca kemerdekaan, era pasca revolusi Iran dan era moden (Kamarulnizam:2003). Ketika era pasca kemerdekaan, penglibatan Islam agak menonjol hanya kepada negeri-negeri yang majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Ini kerana, pemikiran politik Barat seperti ideologi sosialisme dan liberalisme agak kuat mendominasi pentas politik arus perdana. Pada ketika era ini, politik Islam hanya berjaya mendapat tempat dikalangan para penduduk luar bandar. Namun, arus kebangkitan Islam yang benar-benar memberikan impak kepada pentas politik Malaysia hanya terjadi pasca revolusi Islam Iran pada awal tahun 70an, di mana timbul pelbagai gerakan Islam bukan sahaja parti politik, tetapi juga gerakan-gerakan dakwah seperti Abim dan Al-Arqam yang turut mendominasi pergerakan sosiopolitik Malaysia. Kamarulnizam (2003) menghujahkan bahawa, kesedaran Islam pada era ini adalah begitu hebat di mana setiap gerakan Islam mengambil inspirasi dari kejayaan revolusi Islam Iran.

Era yang ketiga ialah pasca peristiwa 11 september 2003[viii]. Arus kebangkitan Islam yang terjadi adalah lantaran dari kesedaran umat Islam secara global tentang betapa perlunya kembali kepada pemikiran politik Islam dan kesedaran bahawa Islam dan politik tidak dapat dipisahkan samasekali dalam kehidupan. Kemunculan kejayaan gerakan Islam seperti AKP di Turki, Hizbullah di Lebanon dan Hamas di Palestine serta kejayaan Ikhwanul Muslimin menguasai hampir separuh parlimen Mesir memberikan inspirasi kepada gerakan Islam di Malaysia (Maszlee:2006).

3.0 Kedudukan Islam dan Politik di Malaysia.
Di Malaysia, kedudukan Islam dalam politik agak kontroversi dan terdapat pelbagai polemik antara dua parti dominan di Malaysia iaitu UMNO dan PAS berkenaan persoalan politik dan Islam. Kedua-dua parti ini mewakili bangsa Melayu yang secara rasminya menurut perlembagaan Malaysia adalah beragama Islam. Polemik yang tercetus adalah berkenaan kedudukan Islam dalam politik. Parti UMNO yang berpegang teguh dengan prinsip nasionalisme menyatakan adalah sesuatu yang mencemar kesucian Islam apabila digunakan dalam politik kerana menurut mereka, Islam dan politik tidak boleh dicampur adukkan (Jamaie:2005). Namun realitinya, dalam Islam itu sendiri terkandung prinsip-prinsip politik. Kerana Islam bukan sekadar akidah, tetapi juga merupakan suatu sistem hidup yang lengkap mencakupi sistem ekonomi dan politik. Lukhman (1998), menghujahkan bahawa siyasah syar’iyyah dalam Islam sebenarnya adalah prinsip politik yang dipandukan oleh wahyu. Ini kerana menurut beliau, siyasah beretimologikan perkataan “sasa yasusu” yang mana jika digunapakai kepada binatang ternakan membawa maksud membela dan memeliharanya, manakala jika digunapkai kepada manusia, ia membawa pengertian menjaga hal ehwal pentadbiran dan kepentingan masyarakat. Manakala siyasah pula dipandukan oleh wahyu iaitu Syari’ah, yang bertujuan agar pemerintahan itu berlandaskan hukum Allah S.W.T. Ini sekaligus menolak hujah yang mengatakan bahawa Islam tidak boleh dicampurkan dengan politik.

Sistem politik di Malaysia yang mengakar kepada falsafah liberalisme, dan fahaman sekularisme[ix]. Oleh itu, kebnayakan ahli politik di Malaysia pasca merdeka 1957 yang berpendidikan Inggeris, tidak memahami prinsip politik dalam Islam. Aplikasi prinsip sekularisme ini berlanjutan sehinggalah kepada pentadbiran yang terkini. Pada tahun 2003, Dr Mahathir Mohammad selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Namun secara teorinya hal ini bertentangan dengan prinsip politik Islam itu sendiri. Ini kerana, pengisytiharan tersebut dikatakan sekadar menjawab polemik yang berlaku antara beliau dengan Al-marhum Dato Fadzil Noor berkenaan isu negara Islam.

Secara teorinya, pengisytiharan tersebut adalah tidak benar sama-sekali, kerana ia bercanggah dengan prinsip Islam yang sebenar. Kerana perlembagaan Malaysia masih menyatakan Islam merupakan agama rasmi sahaja dan bukan terkandung dalam amalan pentadbiran negara. Lukhman (1998) menyatakan sumber perundangan dan pentadbiran Islam adalah berasaskan kepada Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias, manakala dalam perlembagaan Malaysia pula secara terang-terangan berpaksikan hukum pentadbiran sekular yang diceduk daripada sistem westminster di England. Ini secara tidak langsung menafikan pengistiharan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri Malaysia tersebut.

Aplikasi Islam dalam pentadbiran politik di Malaysia secara amnya tidak menyeluruh dan hanya bersifat menjawab polemik politik sahaja. Sebagai contoh, kepimpinan Malaysia yang terkini, mengagaskan prinsip Islam Hadhari yang dikatakan sebagai panduan kepada pentadbiran Malaysia. Prinsip Islam Hadhari yang mengandungi 10 tonggak, secara amnya merupakan usaha-usaha kerajaan dalam mempraktikkan Islam dalam pentadbiran. Namun, ia dicurigai sebagai satu retorik politik sahaja dan bukan aplikasi politik Islam yang sebenarnya. Ini kerana prinsip Islam Hadhari secara teorinya tidak mengarah kepada pelaksanaan Syari’ah yang sebenar dan hanya merupakan ulangan kepada dasar Islamisasi ketika era Mahathir (Jamaie:2005). Malah, apa yang berlaku dalam realitinya adalah amalan sekularisme oleh pentadbiran masih diteruskan.

Pelaksanaan Islam yang lemah di Malaysia juga mengundang kepada kesilan demi kesilapan kepada pentadbiran negara. Akibat dari pembahagian Islam dan politik, terjadi beberapa peristiwa yang mengoncang akidah umat Islam di Malaysia. Antara yang terbaru ialah gesaan penubuhan suruhanjaya antara agama oleh badan bukan kerajaan yang berpaksikan prinsip humanisme. Suruhanjaya antara agama(IFC) yang mendukung perkara 11(1) iaitu kebebasan beragama dikalangan rakyat Malaysia lantang menyuarakan usaha-usaha humanisme yang inginkan tiada gesaan dan kekangan dalam beragama di Malaysia. Usaha-usaha oleh jawatankuasa hak asasi manusia majlis peguam Malaysia dan pertubuhan agama-agama lain yang bukan Islam berusaha menaja penubuhan IFC. Implikasi kepada penubuhan IFC ini ialah, akan berlaku gejala murtad dikalangan umat Islam dan gesaan IFC agar artikel 121(1A) yang melindungi kuasa mahkamah Syari’ah agar dimansuhkan merupakan malapetaka kepada umat Islam. Akibat daripada umat Islam yang sudah terbiasa dengan prinsip sekularisme, ramai yang menyokong penubuhan IFC dengan alasan ia meupakan hak peribadi individu.

Jika dilihat secara ilmiah, peristiwa sebegini berlaku adalah kesan daripada kegagalan aplikasi Islam dalam iklim politik Malaysia. Ini bertepatan dengan peringatan oleh analisis Maududi (1969) yang menghujahkan betapa perlunya dibentuk perlembagaan negara yang berpaksikan kepada prinsip-prinsip Syari’ah agar akidah umat terpelihara. Gesaan ini bukan bertujuan dari segi kepentingan politik sahaja, tetapi juga dari aspek akidah, di mana penggubalan perlembagaan dilihat sebagai melindungi kelangsungan Islam dalam bernegara. Selain itu, kedudukan Islam dalam politik di Malaysia juga sering dipertikaikan. Hujah yang jelas ialah tiadanya implimentasi Syari’ah dalam bernegara. Ini kerana, Malaysia yang mengamalkan undang-undang sekular sama sekali tidak mengamalkan prinsip-prinsip Syari’ah dalam pentadbiran. Akibat daripada ini, umat Islam terdedah kepada kerosakan akidah dan moral akibat pelaksanaan hukum manusia semata-mata. Oleh itu adalah mungkin ada benarnya analisis yang mengatakan bahawa Malaysia bukan merupakan sebuah negara Islam.

3.1 Pertembungan Sekularisme dan Islam dalam politik
Sejak era kemerdekaan Malaysia lagi, gagasan politik Islam menghadapi pelbagai tekanan akibat dari pertembungan dengan idea-idea sekular yang menjadi tunjang kepada pentadbiran negara. Jamaie (2005) menegaskan bahawa, pihak pemerintah yang rapat kepada ideologi penjajah menekan pendukung-pendukung idea politik Islam dan ini dapat dilihat melalui pengharaman parti politik Islam yang pertama iaitu Hizbul Muslimin pada tahun 1948 dibawah ordinan darurat.
Pertembungan yang dimaksudkan ialah kontradiksi antara idea-idea politik dan aplikasinya dalam iklim politik Malaysia. Sebagai contoh, parti yang menjadi teras kerajaan iaitu UMNO yang secara teorinya berpegang kepada ideologi nasionalisme sering dilihat berkontradiksi dengan aliran-aliran Islam yang lain (Lukhman:1998). Pertentangan secara politik inilah yang menyebabkan pertumbuhan idea-idea Islam di Malaysia tertutup rapat. Ia turut menyebabkan ramai dikalangan intelektual Islam yang mengambil jalan untuk tidak melibatkan diri dalam politik, sebaliknya lebih selesa berjuang dalam gerakan-gerakan bukan kerajaan seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Jemaah Islah Malaysia (JIM). Perkara ini terjadi lantaran pertembungan keras antara aliran politik Islam dan sekular di Malaysia. Secara amnya, gerakan Islam dalam politik mula mencetuskan kesedaran kepada semua pihak selepas pemikiran para revivalis Muslim, seperti Mawdudi, Hasan al-Banna, dan Sayyid Qutb mula memasuki pemikiran sarjana Muslim di negara ini. Kejayaan revolusi Islam Iran, di mana semangatnya menjadi inspirasi kepada pertubuhan-pertubuhan politik juga menjadi faktor pendorong untuk memulakan perjuangan memartabatkan prinsip Islam di Malaysia.

Turut tidak ketinggalan dalam menerapkan Islamisasi dalam iklim politik Malaysia ialah parti pemerintah iaitu UMNO. UMNO ketika era Dr Mahathir pada awal tahun 80an, telah melaksanakan dasar Islamisasi keatas politik Malaysia dengan penerapan beberapa elemen Islam dalam ekonomi, pendidikan dan politik. Antara strategi yang dilaksanakan ialah mengusahakan penubuhan Universiti Islam di Malaysia dan penubuhan perbankan Islam. Kemasukan tokoh Islam kontemporari ketika itu iaitu Anwar Ibrahim, telah menyemarakkan lagi idea pelaksanaan Islam dalam politik Malaysia. Antara yang diperkenalkan ialah prinsip masyarakat madani, iaitu penerapan prinsip Islam dalam pembentukan masyarakat yang harmoni(Jamaie:2005). Namun, pelaksanaan Islam di Malaysia sedikit tercalar dengan tercetusnya peristiwa berdarah seperti memali pada tahun 80an yang mana pertempuran keras yang berdarah kerana penentangan terhadap undang-undang keselamatan dalam negeri (ISA). Selain itu peristiwa operasi lalang turut mencemar proses aplikasi Islam di Malaysia, di mana ramai penentang kerajaan disumbatkan ke dalam tahanan di bawah ISA(Kamarulnizam:2003).

Pelaksanaan ISA yang secara jelas terbukti bercanggah dengan Islam telah menimbulkan kekeruhan antara para pendukung Islam dan pendukung politik sekular[x]. Pelaksanaan undang-undang ini yang jelas bertentangan dengan aplikasi Islam telah menimbulkan bantahan ramai ulama dari seluruh pelusuk dunia (Kamarulnizam:2003). Persoalan yang sering dibangkitkan adalah perlukah ISA dilaksanakan di sebuah negara yang mengaku mengamalkan prinsip Islam? Perkara inilah yang menjadi perdebatan di kalangan intelektual dan sarjana berkenaan aplikasi Islam di Malaysia. Golongan Islamis berpandangan bahawa penghapusan ISA perlu dilakukan kerana ia secara jelas bertentangan dengan prinsip perundangan Islam yang menolak sebarang ketidakadilan dan penganiayaan kepada para pesalah. Perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan aplikasi Islam dan politik di Malaysia.

Kesimpulannya, Islam di Malaysia tidak dilaksanakan secara menyeluruh kerana masih terdapat ramai pimpinan di negara ini yang tidak memahami politik Islam dan lebih terpesona dengan amalan politik Barat yang sudah jelas tidak bertepatan dengan Islam dan tidak mementingkan aspek keagamaan dan moral dalam menguruskan negara.

4.0 Kesimpulan

Malaysia walaupun telah lama merdeka dari belenggu penjajahan, sebenarnya masih lagi terperangkap dalam kerangka pemikiran Barat. Pelaksanaan Islam yang dilakukan di Malaysia adalah sekadar retorika politik parti-parti politik sahaja tanpa usaha positif kearah memartabatkan Islam dalam politik negara. Walaupun demikian terdapat beberapa pertubuhan yang giat berusaha memartabatkan politik Islam dalam pentadbiran negara.

Politik Islam telah dikambusi oleh idea-idea palsu sekularisme yang menjanjikan keharmonian, namun ironisnya menimbulkan seribu satu kekalutan (Lukhman:1998). Setiap usaha untuk memartabatkan Islam di Malaysia umumnya dan negara-negara Islam khususnya menerima tindak balas yang negatif daripada pendukung-pendukung ideologi sekularisme yang lain (Jamaie:2005). Seharusnya, umat Islam patut kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dalam memartabatkan maruah agama dan umat.


[i] Dari sudut pensejarahan kontemporari, permulaan kemasukan doktrin sekularisme di Negara-negara umat Islam ialah selepas kejatuhan sIstem khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 akibat kekalahan yang dialami pasca perang dunia pertama dan pemberontakan serta pengambilalihan kuasa pemerintahan oleh golongan Turki muda yang diketuai oleh Jeneral Mustafa Kamal Attarturk. Walaupun dicatatkan sebelum peristiwa tersebut, sudah banyak tanah air umat Islam khususnya di nusantara yang dijajah oleh pihak kolonial, namun para saintis politik bersepakat menyatakan tarikh kejatuhan sistem khilafah Uthmaniyyah sebagai tanda bermulanya penyebaran doktrin politik orientalis di seluruh dunia Islam khusus nya di Timur Tengah. Maududi(1969) di dalam karyanya yang berjudul “Teori Politik Islam” menegaskan bahawa kemasukan proses doktrin politik sekular telah menyebabkan umat Islam berada di dalam keadaan lemah dan berpuak-puak sehingga merugikan umat sendiri. Sebagai contoh, hasil daripada penjajahan minda umat Islam akibat proses kolonialisasi, terdapat sebilangan umat Islam yang beranggapan penting nya pemisahan antara agama dan politik melalui doktrin politik seperti nasionalisme dan liberalisme bahkan terdapat sebilangan ideologi politik yang menggalakan penyingkiran agama di dalam aspek kehidupan iaitu marxisme. Perkara ini mendorong umat menjadi atheis dan menolak peranan agama di dalam aspek kehidupan.

[ii] Kebanyakan ideologi Barat samada sosialisme, liberalisme, nasionalisme mahupun marxisme menyokong kepada pengasingan antara agama dan politik. Sebagai contoh, pelopor fahaman marxisme yang terkemuka Karl Marx dengan konsisten nya menyarankan penghapusan peranan agama dalam kehidupan seharian. Dalam karya nya yang terkemuka “Communist Manifesto” beliau menyatakan betapa agama mengongkong minda manusia dengan peraturan-peraturan yang disifatkan membataskan kreativiti manusia. Melalui analisis dangkal ini, beliau menyimpulkan bahawa agama seperti gam yang mengikat semua manusia dengan peraturan-peraturan yang kuno dan kolot serta menyatakan bahawa agama adalah candu kepada masyarakat. Ini bermaksud, dengan peranan agama dalam politik manusia akan gagal mengaplikasikan kreativiti penaakulan minda ketahap yang maksimum lantaran beliau mengandaikan bahawa dengan adanya peranan agama dalam politik, maka konsep penaakulan akal akan terbatas di mana segala aspek perlu dijalankan dengan batasan agama. Ramai antara sarjana Islam yang menolak fahaman marxisme seperti Al-Qardawi yang menyatakan dalam bukunya “Fiqh Daulah Menurut Perspektif Islam” bahawa fahaman marxisme adalah berdasarkan kepada analisis yang sempit dan dangkal oleh orang yang kecewa dengan agama kristian. Namun, impak daripada fahaman marxisme telah meracuni minda sebilangan besar umat Islam seperti di tanah bekas USSR dan sebahagian besar pimpinan politik di negara umat Islam seperti Gamal Abdel Nasser yang memperkenalkan sosialisme versi Islam atau konsep “Istrakiyyah Islamiyyah” yang ternyata cedukan idea sosialisme Barat yang sekular dan akhirnya gagal di dalam perang 6 hari antara Israel dan Mesir dibawah Anwar Sadat(Lukhman:0000)

[iii] Polemik antara M Natsir yang ketika itu sama-sama ditahan di penjara bersama Sukarno jelas membuktikan betapa pemikiran pimpinan umat Islam dijajahi idea secular. Peristiwa ini dirakamkan melalui beberapa dialog melalui buku antara M Natsir yang bertegas mahukan negara Islam sebagai bentuk negara Indonesia selepas merdeka, namun Sukarno yang berpendidikan Barat dan pejuang Indonesia yang terkenal bertegas mahukan pemisahan antara agama dan politik. Idea yang diceduk oleh Sukarno ini dapat dianalisis berakar-umbikan falsafah Mustafa Kamel Attarturk. Selepas merdeka, Indonesia dibawah pimpinan Sukarno memperkenalkan “Panca Sila”(Tiang Lima) iaitu aturan politik yang menjadi panduan negara Indonesia di mana idea ini adalah adunan idea-idea politik komunisme, sosialisme dan nasionalisme. Walaupun dimasukan sedikit elemen-elemen agama, namun sifat sekularisme lebih mendominasi panduan pemerintahan negara Indonesia.

[iv] Konsep yang dicipta oleh Syed Hussein Alatas ini dikenali sebagai “The Concept Of Captive Mind” ataupun konsep minda yang terjajah. Melalui konsep ini, Syed Hussein(1974) menganalisis bahawa walaupun selepas pemergian British, masih terdapat pimpinan atau anak watan yang bersifat seperti British. Samada dari segi perwatakan, gaya hidup mahupun pemikiran. Ini dapat dibuktikan melalui sifat pimpinan pasca kemerdekaan yang bersifat seperti British di mana masih mengagungkan tamadun Barat, menceduk idea-idea ekonomi dan politik Barat. Implikasinya, wujud golongan kapitalis kecil yang terdiri dari anak watan yang menindas rakyat marhaen demi keuntungan. Walaupun selepas pemergian British, setiap negara bekas kolonial ini akan terus bergantung dengan kolonial dari pelbagai aspek mahupun pertahanan dan ekonomi kerana British telah mempersiapkan pimpinan yang bakal menggantikan mereka terdiri daripada mereka-mereka yang dijajah kerangka pemikiran nya. Ini dapat dilihat melalui kedaan Malaya pasca merdeka yang terus mengamalkan prinsip politik liberal yang akhirnya menyebabkan umat Islam semakin jauh daripada syariat.

[v] Hizbul Muslimin merupakan parti politik Islam yang pertama di Tanah Melayu pasca perang dunia ke dua. Dari aspek pensejarahan, Hizbul Muslimin diasaskan oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir yang merupakan mudir(Pengetua) di Maahad Ehya As-Syariff di Gunung Semanggol. Hizbul Muslimin(HM) dianggotai oleh para ulama-ulama yang berpendidikan Arab dan mendapat sambutan yang meluas dari kalangan kaum melayu yang mendapat pendidikan Arab dan mempunyai kesedaran Islam yang tinggi. Sebagai parti yang berteraskan Islam, HM memulakan manifesto politik nya dengan mengajak orang ramai kembali kepada Islam dan mengagaskan penubuhan negara yang bakal merdeka berteraskan prinsip negara Islam. Nmaun, pihak British yang mengkelasifikasikan HM sebagai militan kerana sifat radikal pimpinan HM yang megamalkan polisi untuk tidak berkerjasama dengan British(Maksud radikal disini bukanlah bersifat ekstrimis tetapi lebih kepada berkeras dengan pendirian Islam yang jitu). Namun, HM tidak bertahan lama apabila ramai pimpinan nya seperti Abu Bakar Baqir ditahan dibawah “Emergency Ordinance 1948” atas tuduhan bersifat militan dan berniat menjatuhkan kerajaan penjajah(Qassim:1994). Walaupun mendapat sokongan majoriti etnik melayu luar bandar, tetapi HM secara realitinya dikritik oleh para politikus melayu yang berpendidikan Inggeris kerana dianggap menyaingi pengaruh mereka terutama nya UMNO. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kenyaatan Onn Jaafar yang menyatakan akan ada “Dangerous From the Mountain” yang akan memberikan ancaman kepada komuniti iaitu ia ditujukan kepada pengaruh HM yang dilihat akan menyaingi populariti UMNO(Nik Anuar:1999).

[vi] Peristiwa yang dimaksudkan ialah cadangan Presiden UMNO dan bendaharinya untuk memulakan penjualan loteri dengan tujuan mengumpul dana parti untuk menghadapi pilihanraya dan sekaligus menjadikan ia sebagai modal memajukan ekonomi Melayu(Jamaie:2005). Pendirian Presiden UMNO yang ketika itu Tunku Abd Rahman yang terlalu bercorak liberal dan menceduk elemen-elemen British dalam pentadbiran nya turut mengundang kemarahan golongan ulama dalam UMNO. Implikasi dari peristiwa ini ialah penubuhan Parti Islam SeTanah Melayu(PAS) di Pulau Pinang pada tahun 1951. Kemudian nya PAS menjadi saingan yang terdekat kepada UMNO serta memulakan polemik politik Islam dan Barat di Malaysia.

[vii] Dr Burhanuddin Al-Helmy merupakan Yang Dipertua PartI Islam Semalaysia yang ketiga dan merupaka bekas ahli parlimen bagi kawasan Terengganu tengah. Beliau pernah ditahan dibawah ISA pada tahun 1964 ketika kemuncak konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia dan beliau juga merupakan pejuang Islam yang konsisten dalam memperjuangkan kearah memartabat Islam di Malaysia dan nusantara. Manakala Professor Zulkiflee Mohammad merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS ketika dizaman Dr Burhannuddin memimpin PAS. Bliau juga merupakan ahli parlimen bagi kawasan bachok di Parlimen Malaysia(Jamaie:2005).

[viii] Peristiwa 11 sepetember 2003 merupakan titik jelas dalam permusuhan politik antara Islam dan Kristian di mana berlaku serangan keatas bangunan pusat perdagangan Amerika di New York. Implikasi daripada serangan ini, Islam telah dilabelkan sebagai pengganas oleh pentadbiran Amerika dibawah presiden Bush dan berlaku penaklukan keatas negara-negara umat Islam seperi Afghanistan dan Iraq(Kamarulnizam:2003).

[ix] Liberalisme merupakan asas kepada pentadbiran Malaysia yang mula diamalkan semenjak dari zaman penjajahan British dan diteruskan oleh Pentadbiran Malaysia seterusnya. Melalui prinsip ini, pengaruh agama dikurangkan dan di lakukan pemisahan antara agama dan politik di mana agama tidak berperanan dalam perjalanan politik negara.

Rujukan

Jamaie hj hamil. 2005. Umno dalam Politik dan Perniagaan Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia .
Syed Muhammad Naquib AL-Attas. 1972. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: UKM.
Syed Hussein Al-Attas. 1974.The myth of lazy native. London : Frank Cass and company press.
Lukhman Thaib. 1998. Politik Menurut Perspektif Islam. Kajang : Synergymate Sdn Bhd.
Maududi. 1969. Islamic Law and Constitution. Lahore , Pakistan:Islamic Publication.
Muhammad Asad. 1980. The Principles Of States and Goverment In Islam. Gibraltar : Dar Al-Andalus.
Kamarulnizam Abdullah. 2003. The Politics Of Islam In The Contemporary Malaysia . Bangi: Penerbit Universiti Kebnagsaan Malaysia Read more!

"Semakin bertambah masa, semakin berkurang masa.."

Semakin bertambah masa, semakin berkurang masa..

Alhamdulillah, ya Allah syukur kehadratMu kerna aku masih lagi dapat bernafas untuk mencoretkan sesuatu dalam blogku harini. Minggu ni memang memenatkan kerana terpaksa kerja sorang² menggantikan colleagueku yang bercuti hari raya Eidul' Adha, kerja yang sepatutnya dilakukan dua orang terpaksa di lakukan seorang diri. Ingin mengeluh je rasenya, tapi apakan daya tugas tetap tugas. Terase jugak dihati ni tak dapat balik beraye di kampung, sedih huhuuuu...

"Semakin bertambah masa, semakin berkurang masa.." begitulah adanya SMS yang aku terima dari sahabiahku.. Jazakallah untuk SMS tu.. Keywordnya disini ialah MASA! Masa semalam tidak akan berulang, dan masa hadapan itu adalah perancangan.. samada perancangan kita atau dariNya.. Perancangan kita amatlah dhaif melainkan perancangan dari yang Maha Esa. Waktu belajar dulu, terasa masa berlalu terlalu lama tetapi kini dialam pekerjaan masa itu satu yang singkat. Teringat dulu masih sempat untuk aku menonton drama² Korea, Jepun, Anime dan sebagainya. Terasa sangat sia² menghabiskan masa sebegitu rupa, tapi itulah realiti pelajar² di menara Gading! Dan aku adalah salah satu darinya.. Bercakap pasal masa maka tidak akan terlepas dari hubungannya dengan nikmat, kerana masa itu salah satu nikmat dari Allah kepada hambaNya.

Sabda Rasulullah s.a.w; "Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu." Riwayat Bukhari.

Nampaknya antara banyak² nikmat yang dikurniakan olehNya, maka kesihatan dan kelapangan waktu itulah yang paling banyak manusia cuaikan. Kata² sahabiahku tadi membuatkan aku terpikir bahawa waktu ini amatlah singkat sebenarnya jika ianya adalah untuk hal² yang membuatkan kita gembira tetapi amatlah lama waktunya jika ianya dipaksakan keatas pundak kita dengan hal² yang kita tidak menyukainya. Kesihatan juga sememangnya nikmat yang kita semua abaikan, bila sihat kita lupa untuk memanfaatkannya. Kita boleh saja keluar bersuka², tidur, menonton wayang, dan melakukan hal² yang tidak ada manfaatnya, dsb. Jarang sekali dengan keadaan yang sihat dan segar megar itu kita mempergunakannya untuk meningkatkan amalan, berdakwah secara tak langsung kepada non-muslim, melakukan kerja kebajikan masyarakat dan sebagainya. Aku coretkan tulisanku kali ini sebagai ingatan buatku dan pembaca² sekalian agar diri kita semua tidak tergolong di kalangan hamba² Nya yang mengkufuri nikmat yang dianugerahi Allah. Moga² kita semua dipanjangkan umur untuk memperbaiki amalan² kita yang tempang, dan jika ditakdirkan dipendekkan umur moga² kita menjadi golongan yang dikatakan oleh Ibnu Atailah, pengarang kita al-Hikam yang masyur itu sebagaimana kata²nya;

Sering terjadi pada umur yang panjang masanya, tapi sedikit manfaatnya. Ada pula umur yang pendek waktunya, tapi panjang manfaatnya.

Ayuh diriku dan pembaca² blogku sekalian sekarang tiba waktu untuk kembali kepada misi dan visi hidup kita! akhir kalam dariku sama² kita merebut 5 perkara yang akan menjadi kejayaan yang semestinya cemerlang, gemilang dan terbilang buat diri kita di dunia & di akhirat kelak. Wallahu 'alam.

Sabda Rasulullah: "Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa luangmu sebelum masa sibuk dan masa hidupmu sebelum matimu." Diriwayatkan oleh Imam Hakim dalam kitab al-Mustadrak nya

P/S: Post ini adalah sebagai ingatan buat diriku yang sering lupa, mungkin juga bermanfaat untuk semua, Inshaa Allah Read more!

Ayat² Cinta (AAC) The Movie



Sinopsis:
Ini adalah kisah cinta. Tapi bukan cuma sekedar kisah cinta yang biasa. Ini tentang bagaimana menghadapi turun-naiknya persoalan hidup dengan cara Islam. Fahri bin Abdillah adalah pelajar Indonesia yang berusaha menggapai gelar masternya di Al Ahzar. Berjibaku dengan panas-debu Mesir. Berkutat dengan berbagai macam target dan kesederhanaan hidup. Bertahan dengan menjadi penerjemah buku-buku agama. Semua target dijalani Fahri dengan penuh antusiasme kecuali satu: menikah.

Kenapa? Karena Fahri adalah laki-laki taat yang begitu ‘lurus’. Dia tidak mengenal pacaran sebelum menikah. Dia kurang artikulatif saat berhadapan dengan mahluk bernama perempuan. Hanya ada sedikit perempuan yang dekat dengannya selama ini. Neneknya, Ibunya dan saudara perempuannya. Tak sabar rasanya aku ingin menonton filem ini, moga² file

Betul begitu? Sepertinya pindah ke Mesir membuat hal itu berubah. Tersebutlah Maria Girgis. Tetangga satu flat yang beragama Kristen Koptik tapi mengagumi Al Quran. Dan menganggumi Fahri. Kekaguman yang berubah menjadi cinta. Sayang cinta Maria hanya tercurah dalam diary saja.

Lalu ada Nurul. Anak seorang kyai terkenal yang juga mengeruk ilmu di Al Azhar. Sebenarnya Fahri menaruh hati pada gadis manis ini. Sayang rasa mindernya yang hanya anak keturunan petani membuatnya tidak pernah menunjukkan rasa apa pun pada Nurul. Sementara Nurul pun menjadi ragu dan selalu menebak-nebak.

Setelah itu ada Noura. Juga tetangga yang selalu disika Ayahnya sendiri. Fahri berempati penuh dengan Noura dan ingin menolongnya. Sayang hanya empati saja. Tidak lebih. Namun Noura yang mengharap lebih. Dan nantinya ini menjadi masalah besar ketika Noura menuduh Fahri memperkosanya.

Terakhir muncullah Aisha. Si mata indah yang menyihir Fahri. Sejak sebuah kejadian di metro, saat Fahri membela Islam dari tuduhan kolot dan kaku, Aisha jatuh cinta pada Fahri. Dan Fahri juga tidak bisa membohongi hatinya.

Lalu bagaimana bocah desa nan lurus itu menghadapi ini semua? Siapa yang dipilihnya? Bisakah dia menjalani semua dalam jalur Islam yang sangat dia yakini?


************************************************************



Masih ingat lagi watak² dalam novel fenomena hasil karya Habiburrahman El Shirazy? Ya novel Ayat-ayat Cinta (AAC). Novel yang memaparkan watak² utama seperti Fahri, Aisha, Maria, Noura dan lain² kini telah difilemkan. Apa yang aku harapkan moga² filem ini digarab dengan baik dan tidak lari dari falsafah yang ingin ditekankan oleh penulis iaitu membangunkan jiwa. Amat malanglah jika filem ini lari dari isi novel asal! Lokasi pengambarannya dikatakan di Mesir dan katanya juga filem ini bakal ditayangkan 19 Disember baru² ni di pawagam² di Indonesia tetapi telah ditunda tayangannya pada awal tahun hadapan. Ada yang mengatakan filem ini akan ditayangkan bersempena hari Valentine. Jika benar khabar ni, maka memang amat malang sekali buat filem yang mengisahkan pelajar² Al-Azhar ini. Aku harap ianya sekadar khabar angin saja!

Aku pun sebenarnya masih memikirkan apakah motif sebenar filem ini dibikin... Seribu persoalan bermain dibenakku ketika aku terbaca dalam satu blog diwaktu dulu mengatakan novel AAC akan difilemkan... Adakah semata² untuk mengaut keuntungan ataupun benar² untuk tujuan dakwah? Atau adakah ingin memaparkan kisah² berkasihan ala² islamik... yang pasti berkasihan ala² Islamik tu untuk suami isteri sahaja!
Tak cukupkah sekadar novel? Tapi macam mana dengan filem ni? Sama²la kita nantikan tayangan filem ini di Malaysia nanti. Hmm, nak ngomen panjang² nampaknya kena la tonton dulu... More info


Ingin tahu kisah disebalik pembikinan filem AAC, sila klik untuk ke blog pengarahnya: http://dearestmask.blogs.friendster.com/my_blog/

(Note: bagi yang belum pernah baca novel AAC, sila klik untuk download)
Read more!

Happy Eid ul-Adha to all readers..


One of the Etiquette on `Eid is Congratulating one another:

People may exchange congratulations and good greetings on `Eid, no matter what form the words take. For example they may say to one another, “Taqabbal Allahu minnaa wa minkum (may Allah accept from us and from you our good deeds!)". Jubayr ibn Nufayr said: “At the time of the Prophet (peace and blessings be upon him) when people met one another on the day of `Eid, they would say, ‘Taqabbal Allahu minnaa wa minka.’” (Reported by Ibn Hajar)
Read more!

At last.. Acc Friendster ku telah kembali ;)

Alhamdulillah... malam tadi ku bukak email dan ku baca response dari pihak Friendster.

It appears your profile was suspended in error. We apologize for this mistake on our part. The rep that made the error has been spoken to. Your account has been restored. Again we apologize for this mistake.
CS
Nampaknya tak sia² la aku push pihak CS Friendster nih, dah hampir sebulan Acc Friendsterku kena suspended... Rase seperti hidup kembali di dunia Friendster... ingat nak merajuk je lama² dengan Friendster nih, tapi hmm... pandai je dia pujuk hati ni =) banyak message saing² antar, time untuk membalasnya... Read more!

For those who could not make it to Hajj

Do you know the story of the Cobbler's Hajj? .. See below

The Pilgrimage to Makkah, is one of the essential elements of the Islamic faith. It is obligatory on all believers provided they have the financial capability and physical ability to endure the challenges of the pilgrimage.

According to Islamic tradition the Kaaba, a simple square cube structure in Makkah, was the first house of worship established to remind humanity of the One Supreme God. The structure was reconstructed by Prophet Abraham and his son Prophet Ishmael.

The gathering of millions of faithful in Makkah during the days of annual pilgrimage, Hajj is a fulfillment of Prophet Abram's prayer.

The Pilgrimage to Mecca is a sign of supreme significance. It was Prophet Abraham's unconditional commitment to God that led him to leave his wife Hagar and his infant son Ishmael in this desolated desert. Prophet Abraham was reward for his unwavering submission to God, by a promise from Him to make this uninviting land into a place of promise and plenty.

Muslims who visit Makkah for Hajj become part of God's promise to Prophet Abraham.

Like any other article of faith, the pilgrimage can become meaningless if it is regarded as an end in itself rather than a means for the attainment of a meaningful life.

The following story reminds us of the spirit of Hajj.

The Cobbler's Hajj

It is related that a noted Muslim scholar Abdullah bin Mubarak, had a dream while he was sleeping near the Kaaba.

Abdullah bin Mubarak saw two angels' descend from the sky, and start talking to each other.

One of the angels asked the other: "Do you know how many people have come for Hajj this year?"

The other angel replied: "Six hundred thousand have come for Hajj."

Abdullah bin Mubarak had also gone for Hajj that year.

The first angel asked: "How many people's Hajj has been accepted?"

The second replied: "I wonder if anyone's Hajj has been accepted at all."

Abdullah bin Mubarak was grieved to hear that. He thought, "So many people have come from all over the world, crossing so many obstacles like rivers, jungles, mountains, suffered so many hardships, and meeting so many expenses. Would their effort be wasted? Allah does not let anyone's effort go to waste".

He had thought only so far when he heard the other angel speak: "There is a cobbler in Damascus. His name is Ali bin al-Mufiq. He could not come for Hajj, but Allah has accepted his intention of Hajj. Not only will he get the reward for Hajj, but because of him, all the Hajjis will be rewarded.

When Abdullah bin Mubarak woke up, he decided he would go to Damascus and meet that cobbler whose Hajj intentions carried such a lot of weight.

On reaching Damascus, Abdullah bin Mubarak inquired if anyone knew a cobbler named Ali bin al-Mufiq. The town people directed him to a house. When a man appeared from the house Abdullah bin Mubarak greeted him and asked his name. The man replied "Ali bin al-Mufiq".

Abdullah bin Mubarak asked: "What do you do for a living?"

Ali replied: "I am a cobbler". Then Ali asked the stranger's name that had come looking for him.

Abdullah bin Mubarak was a very well-known scholar of Islam, when Abdullah bin Mubarak introduced him self, the cobbler was anxious to find out why such a well known scholar was seeking him out.

When Abdullah bin Mubarak asked Ali to tell him if he had made any plans to go for Hajj. Ali replied "For thirty years I have lived in the hope of performing the Hajj. This year I had saved enough to go for Hajj, but Allah did not will it, so I couldn't make my intention translate into action.

Abdullah bin Mubarak was eager to find out how could this man's Hajj be accepted and blessed for all the people who went for Hajj that year when he didn't go for Hajj in the first place. While talking to the cobbler he could feel a certain purity in his heart. Islam regards greatness not in wealth or in power, but in civility, in good manners and the goodness of heart.

Abdullah bin Mubarak further asked: "why could you not go on Hajj?". In order not to disclose the reason, Ali again replied "it was Allah's will".

When Abdullah bin Mubarak persisted, Ali revealed: "Once I went to see my neighbor's house. His family was just sitting down for dinner. Although I was not hungry I thought my neighbor would invite me to sit down for dinner out of courtesy but I could see that my neighbor was grieved about something and wanted to avoid inviting me for dinner.

After some hesitation the neighbor told me: "I am sorry I cannot invite you for food. We were without food for three days and I could not bear to see the pain of hunger of my children. I went out looking for food today and found a dead donkey. In my desperation I cut out some meat from the dead animal, and brought it home so that my wife could cook this meat. It is halal (lawful or permitted) for us because of our extreme condition of hunger, but I cannot offer it to you."

Ali continued: "On hearing this, my heart bled with tears. I got up and went home, collected the three thousand dinars I had saved for Hajj, and gave my neighbor the money. I too had to go hungry but that was to save money for Hajj, but I thought helping my neighbor during his difficult times was more important. Although I still desire to go for Hajj if Allah wills."

Abdullah bin Mubarak was greatly inspired by the cobbler's story and told the cobbler of his dream.

God is merciful and shows mercy to those who do likewise to his creatures. This act of compassion on the part of the cobbler was so pleasing to God that it not only earned him the reward of Hajj but was extended to all the people who came for Hajj.

Hajj is a journey that can ignite the soul to be reminded of the time it was created and takes it beyond the dimensions of this life to the time it will meet the creator.

The sincere performance of Hajj can transcend a person's day to day life into a spiritual awakening of the highest magnitude. A successful Hajj experience connects us to our creator and the greater compassion of humanity.


Source: Taken from my IslamiCity email Newsletter

Read more!